29 Julai
Penampilan
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
29 Julai merupakan hari ke-210 (hari ke-211 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 155 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1030 – Raja Olaf II (gambar) terbunuh dalam Pertempuran Stiklestad ketika cuba mendapatkan semula takhta Norway daripada orang Denmark.
- 1836 – Arc de Triomphe (gambar) di Paris dirasmikan, memperingati mereka yang terkorban dalam Perang Revolusi Perancis dan Perang Napoleon.
- 1858 – Jepun dengan berat hati menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan, suatu perjanjian tak setaraf dengan Amerika Syarikat.
- 1907 – Gerakan Pengakap bermula dengan perkhemahan pengakap pertama di Pulau Brownsea, Dorset, England.
- 1947 – Komputer digit elektronik serbaguna pertama di dunia ENIAC dihidupkan; komputer ini beroperasi secara berterusan sehingga 2 Oktober 1955.
- 1950 – Perang Korea: Pembunuhan Beramai-ramai di No Gun Ri.
- 1954 – Bahagian pertama novel The Lord of the Rings, The Fellowship of the Ring diterbitkan di United Kingdom.
- 1957 – Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) diasaskan.
- 1958 – NASA ditubuhkan.
- 1981 – Lebih 700 juta orang di seluruh dunia menonton siaran langsung perkahwinan Putera Charles dan Diana Spencer di Katedral St Paul di London.
- 2005 – Sekumpulan ahli astronomi mengumumkan penemuan "planet kesepuluh Sistem Suria", Eris, kini dianggap sebagai planet kerdil.
- 2007 – Iraq membuat kejutan dengan menjuarai kejohanan Piala Asia 2007.
- 2008 – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menarik balik larangan menyertai Sukan Olimpik 2008 yang dikenakan terhadap Iraq lima hari sebelumnya.
- 2010 – Bot karam di Sungai Kasai, Republik Demokratik Congo mengorbankan sehingga 140 orang.
- 2011 – Ollanta Humala mengangkat sumpah sebagai Presiden Peru.
- 2012 – Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Hungary 2012.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1883 - Benito Mussolini, seorang Perdana Menteri Itali
- 1945 - Muhammad Haji Muhd Taib, seorang Menteri Besar Selangor ke-11
- 1997 - Axel Matthew Thomas, pelakon lelaki Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1887 – Agostino Depretis, ahli politik dan Perdana Menteri Itali ke-9 (lahir 1813)
- 1890 – Vincent van Gogh, pelukis dan juruilustrasi dari Belanda (lahir 1853)
- 1951 – Ali Sami Yen, pemain dan pengurus bola sepak Turki, pengasas Galatasaray S.K. (lahir 1886)