10 April
Penampilan
<< | April | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | ||||
2024 |
10 April merupakan hari ke-100 (hari ke-101 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 265 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1815 - Gunung Tambora di pulau Sumbawa, Indonesia memulakan letusan gunung berapi yang paling kuat dalam catatan sejarah, membunuh lebih 71,000 orang dan menyebabkan perubahan iklim dunia.
- 1858 - Loceng menara jam Istana Westminster di London, Big Ben, dituang selepas loceng asal retak semasa ujian.
- 1912 - RMS Titanic mula berlayar dari Southampton, England untuk perjalanan pertama dan terakhirnya.
- 1919 - Ketua Pemberontakan Mexico Emiliano Zapata (gambar) ditembak mati berhampiran dengan Ciudad Ayala, Morelos.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Negara Merdeka Croatia ditubuhkan, dengan pemimpin Ustaše Ante Pavelic sebagai ketua kerajaan boneka Kuasa Paksi.
- 1959 - Bakal Maharaja Jepun, Putera Mahkota Akihito berkahwin dengan Michiko (gambar), orang biasa pertama berkahwin dengan kerabat diraja Jepun.
- 1998 - Republik Ireland dan United Kingdom memeterai Perjanjian Belfast, satu langkah utama dalam proses keamanan Ireland Utara.
- 2007 - Analisis spektroskop HD 209458 b (gambar), sebuah planet luar suria di buruj Pegasus, memberikan bukti pertama kehadiran wap air atmosfera di luar Sistem Suria.
- 2010 - Pertempuran antara tentera kerajaan Thai dan pembantah menyebabkan 21 orang terbunuh.
- 2010 - Pesawat Tupolev Tu-154M yang membawa Presiden Poland Lech Kaczyński terhempas ketika cuba mendarat dalam kabus tebal di pangkalan udara Smolensk-Utara berhampiran Smolensk, Rusia, mengorbankan semua di dalamnya.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1950 - Rahim Thamby Chik, seorang Ketua Menteri Melaka ke-6
- 1959 - Stephen Harper, Perdana Menteri Kanada ke-22
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1991 - Natalie Schafer, pelakon AS
- 2010 - Lech Kaczyński, Presiden Poland ke-4
- 2017 - Azhan Atan, juara Akedemi Nasyid 2008.