17 Ogos
Penampilan
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
17 Ogos merupakan hari ke-229 (hari ke-230 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 136 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Indonesia (1945) dan Gabon (1960).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1807 - Robert Fulton memulakan perkhidmatan kapal wap komersil pertama di dunia.
- 1862 - Orang Sioux mengambil keputusan mengusir orang putih keluar dari lembah Sungai Minnesota, mencetuskan Perang Dakota.
- 1914 - Perang Dunia Pertama: Hermann von François (gambar) tidak mempedulikan arahan berundur, dan berjaya dalam serangan balas mempertahan Prusia Timur, menjadikannya kemenangan pertama Jerman di sebelah timur.
- 1945 - Soekarno dan Mohammad Hatta mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia (gambar) di mana kejadian ini memulakan Revolusi Nasional Indonesia terhadap Empayar Belanda.
- 1945 - Alegori satira George Orwell terhadap totalitarianisme Soviet, Ladang Binatang diterbitkan.
- 1962 - Pengawal sempadan Jerman Timur menembak mati Peter Fechter yang cuba melintas Tembok Berlin ke Berlin Barat.
- 1969 - Hurikan Camille (gambar) melanda persisiran Mississippi, A.S. mengorbankan 259 nyawa dan menyebabkan kerosakan bernilai AS$1.45 bilion.
- 1978 - Double Eagle II menjadi belon udara panas pertama berjaya menyeberangi Lautan Atlantik, mendarat di Miserey berhampiran Paris enam hari selepas meninggalkan Presque Isle, Maine.
- 1988 - Presiden Pakistan Muhammad Zia-ul-Haq terbunuh dalam satu nahas kapal terbang.
- 1999 - Gempa bumi bermagnitud 7.5 Mw melanda barat laut Turki, mengorbankan lebih 17,000 orang dan meninggalkan setengah juta lagi tanpa tempat tinggal.
- 2008 - Michael Phelps memenangi pingat emas kelapannya di Sukan Olimpik Beijing 2008, mengatasi rekod Mark Spitz untuk emas paling banyak dalam satu Sukan Olimpik, dan juga rekod emas Olimpik moden paling banyak (14).
- 2009 - Kapal dagang MV Arctic Sea yang hilang sejak dirampas pada akhir Julai, dijumpai berhampiran Tanjung Verde oleh Tentera Laut Rusia.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1940 - Joseph Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah ke-7
- 1977 - William Gallas, pemain bola sepak Arsenal F.C.
- 1977 - Thierry Henry, pemain bola sepak New York Red Bulls
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1988 - Muhammad Zia-ul-Haq, seorang Presiden Pakistan ke-6
- 2017 - Mohamed Refaat El-Saeed, seorang ahli politik dari Mesir.