20 Jun
Penampilan
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
20 Jun merupakan hari ke-171 (hari ke-172 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 194 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Pelarian Sedunia dan Hari Bendera Argentina (sejak 1938).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 451 - Angkatan gabungan Jeneral Rom Flavius Aetius dan Raja Visigoth Theodoric I menahan serangan perikatan pimpinan Attila si Hun.
- 1756 - Garison Angkatan Tentera British di India dipenjarakan di Lubang Gelap Calcutta.
- 1789 - Berhampiran Istana Versailles, 577 ahli majlis perundangan Darjat Ketiga (Tiers état) mengangkat Sumpah Setia Gelanggang Tenis yang memulakan Revolusi Perancis.
- 1837 - Ratu Victoria (gambar) menaiki takhta United Kingdom.
- 1900 - Pemberontakan Boxer: Tentera Empayar China memulakan pengepungan 55-hari Kota Perwakilan di Beijing.
- 1947 - Pembunuh upahan Mafia membunuh samseng Bugsy Siegel di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat.
- 1973 - Penembak hendap menembak sekumpulan pengikut Peronisme berhampiran Lapangan Terbang Ezeiza di Buenos Aires, Argentina, membunuh 13 orang dan mencederakan 365 yang lain.
- 2010 - Juan Manuel Santos menjadi Presiden Colombia selepas memenangi pusingan kedua pemilihan presiden Colombia, 2010.
- 2011 - Bekas Presiden Tunisia Zainal Abidin bin Ali dijatuhkan hukuman in absentia penjara 35 tahun.
- 2013 - Asap daripada penanaman tebas dan bakar di Indonesia menyebabkan jerebu paling teruk di Singapura (gambar).
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1946 - Xanana Gusmao, Perdana Menteri Timor Leste ke-4
- 1978 - Frank Lampard, pemain bola sepak Chelsea F.C.
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 2017 - Bahyah Mahmood, seorang wartawan hiburan terkenal di Malaysia.