20 Februari
Penampilan
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
20 Februari merupakan hari ke-51 dalam kalendar Gregory. Tinggal 314 hari (atau 315 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1472 - James III dari Scotland mengilhak Kepulauan Orkney dan Shetland daripada Christian I dari Denmark–Norway.
- 1547 - Edward VI yang berumur sembilan tahun ditabalkan sebagai Raja England dan Ireland di Westminster Abbey.
- 1798 - Louis Alexandre Berthier menggulingkan Paus Pius VI.
- 1810 - Kaunti Tyrol dan pemimpin pemberontakan yang menentang Napoleon Bonaparte, Andreas Hofer dihukum tembak sampai mati.
- 1835 - Bandar Concepción, Chile diranapkan oleh gempa bumi.
- 1872 - Muzium Kesenian Metropolitan dibuka di Bandar Raya New York.
- 1913 - King O'Malley (gambar) memacak pancang ukur pertama untuk menandakan permulaan kerja pembinaan Canberra, Australia.
- 1915 - 47 orang sipahi Benggala yang membelot dari Singapura ditangkap pasukan Askar Timbalan Setia di Johor.[1]
- 1931 - Kongres Amerika Syarikat merestui California untuk membina Jambatan San Francisco – Oakland Bay.
- 1943 - Para eksekutif studio filem bersetuju untuk membenarkan Jabatan Penerangan Perang untuk menapis filem.
- 1943 - Gunung berapi Parícutin mula membentuk di Parícutin, Mexico.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: "Minggu Besar" bermula apabila pesawat pengebom Amerika Syarikat membedil pusat-pusat pembinaan pesawat Jerman Nazi.
- 1944 - Perang Dunia Kedua: Amerika Syarikat menawan Pulau Eniwetok.
- 1959 - Program jet pemintas supersonik Avro Canada CF-105 Arrow di Kanada dibatalkan oleh kerajaan Diefenbaker di tengah-tengah debat politik.
- 1962 - Program Mercury: Ketika menaiki Friendship 7, John Glenn mengorbit Bumi sebanyak tiga kali dalam 4 jam, 55 minit, menjadikan beliau warga Amerika pertama yang mengorbit Bumi.
- 1965 - Kapal angkasa lepas NASA Ranger 8 (gambar) berjaya menghantar 7,137 gambar foto bulan semasa 23 minit terakhir misinya sebelum terhempas di Mare Tranquillitatis.
- 1976 - Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara dibubarkan.
- 1987 - Unabomber: Di Salt Lake City, Utah, terjadinya letupan bom dalam kedai komputer.
- 1993 - Konsol permainan video FM Towns Marty keluaran syarikat Fujitsu dikeluarkan untuk pasaran di Jepun sahaja dan merupakan konsol 32-bit pertama di dunia.
- 1998 - Tara Lipinski yang mewakili Amerika Syarikat dalam sukan luncur ais berbunga menjadi pemenang pingat emas termuda di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Nagano, Jepun.
- 2009 - Perdana Menteri Latvia Ivars Godmanis dan kerajaannya meletakkan jawatan.
- 2010 - Filem Turki Bal memenangi Goldener Bär di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-60.
- 2010 - Banjir dan gelongsoran lumpur di pulau Madeira, Portugal membunuh 42 orang.
- 2010 - Kerajaan campuran Belanda pimpinan Perdana Menteri Jan Peter Balkenende runtuh kerana isu pembaharuan misi tentera negara itu di Afghanistan.
- 2012 - Spesimen Silene stenophylla dilaporkan berjaya dijana semula daripada tisu plasenta yang beku sekitar 32,000 tahun dahulu.
- 2013 - NASA mengumumkan penemuan Kepler-37b, planet luar suria terkecil yang diketahui.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1951 - Gordon Brown, Perdana Menteri United Kingdom
- 1987 - Reem Abdullah, pelakon wanita Arab Saudi
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1934 - Syed Sheikh Syed Ahmad Al-Hadi, ulama dan tokoh islah Melaka
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Execution of Twenty Two Renegades". The Straits Times. 26 March 1915. m/s. 7.