Perang Napoleon
Perang Napoleon | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Gambar Atas: Pertempuran Abukir Gambar Tengah: Pengunduran tentera Napoleon daripada Moscow semasa serangan di Rusia Gambar Bawah: Peperangan terakhir pihak Napoleon iaitu Pertempuran Waterloo berdekatan dengan Belgium | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Tentera pihak Penentang:
Empayar Britain Tujuh ahli kecil pihak Penentang: |
Empayar Perancis dan pihak bersekutu: Amerika Syarikat[j]: | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
George III |
Napoléon I dari Perancis # | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
antara 3,350,000 hingga 6,500,000 orang, lihat senarai penuh | |||||||
|
Perang Napoleon ialah satu siri konflik yang diisytiharkan terhadap Empayar Perancis Pertama Napoleon dengan beberapa set pertukaran negara bersekutu Eropah oleh penentang kerajaan campuran yang berlangsung dari tahun 1803 sehingga 1815. Peperangan yang berterusan dalam siri Napoleon adalah disebabkan oleh Revolusi Perancis pada tahun 1789, yang telah menyebabkan Perancis merevolusikan tentera Eropah dengan skala yang sangat besar yang tidak pernah berlaku sebelumnya, disebabkan oleh permodenan terhadap kerahan tentera secara besar-besaran yang digunapakai oleh Empayar Perancis. Kuasa serta pengaruh Perancis berkembang dengan cepat sekali, dengan menakluk sebahagian besar Eropah dan kemudian kuasanya merosot dengan mendadak selepas pihak Perancis dilanda serangan oleh Rusia pada tahun 1812. Empayar Napoleon akhirnya mengalami kekalahan yang teruk yang membawa kepada pengembalian semula raja Bourbon di Perancis. Siri peperangan ini menyebabkan berakhirnya Empayar Suci Rom. Dalam masa yang sama, Empayar Sepanyol mula berkembang semula selepas penguasaan Perancis ke atas wilayah jajahannya di Sepanyol mula lemah, memberi peluang kepada revolusi pejuang kebebasan di Amerika Latin untuk bebas daripada cengkaman pihak Perancis. Hasil daripada perang Napoleon, Empayar British pula yang menjadi kuasa yang paling kuat pada abad yang seterusnya.
Tiada kata sepakat yang pernah wujud bila Perang Revolusi Perancis berakhir dan Perang Napoleon tercetus. Antara peristiwa-peristiwa penting semasa era Perang Napoleon tercetus termasuklah 9 November 1799, iaitu apabila Napoleon Bonaparte merampas kuasa di Perancis bersama-sama 18 Brumaire; 18 Mei 1803, apabila pengisytiharan baharu peperangan antara pihak Britain dan Perancis yang membawa kepada zaman akhir keamanan di Eropah antara tahun 1792 dan 1814; dan 2 Disember 1804, apabila Bonaparte menjadi seorang Maharaja.
Siri Peperangan Napoleon berakhir dengan kekalahan Napoleon di Waterloo pada 18 Jun 1815 dan Perjanjian Kedua Paris.
Latar belakang 1789-1802
[sunting | sunting sumber]Revolusi Perancis tahun 1789 memberikan impak yang besar sekali kepada Eropah, dimana impak ini meningkat lagi dengan penahan Raja Perancis Louis XVI pada tahun 1792 dan hukuman yang dijatuhkan keatasnya akibat daripada “jenayah tirani” yang dilakukannya terhadap penduduk Perancis pada Januari 1793. Cubaan pertama bagi menghancurkan Republik Perancis bermula pada tahun 1793 apabila Austria, Kerajaan Sardinia, Kerajaan Naples, Jerman, Spain dan Kerajaan Britain yang bersatu membentuk Pertelingkahan Pertama. Langkah yang diambil oleh pihak Perancis seperti perlaksanaan tentera sukarelawan secara besar-besaran, pembentukkan semula tentera beberapa siri peperangan menyumbang kepada kekalahan pihak Perancis dalam Pertelingkahan Pertama. Peperangan berakhir apabila Bonarparte memaksa orang-orang Austria menerima terma yang ditetapkannya dalam Perjanjian Campo Formio. Hanya Kerajaan Britain sahaja kekal sehingga tahun 1797 yang benci kepada kuasa Perancis.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The Napoleonic Wars Exhibition held by The European Library Diarkibkan 2014-04-27 di Wayback Machine
- 15th Kings Light Dragoons (Hussars) Re-enactment Regiment
- The Napoleonic Wars Collection Website
- Napoleon, His Army and Enemies Diarkibkan 2007-08-16 di Wayback Machine
- Napoleonic Guide
- Napoleonic Wars Diarkibkan 2009-01-09 di Wayback Machine from the United States Military Academy
- War and Peace by Leo Tolstoy
- Anne S. K. Brown Military Collection, Brown University Library Military history and graphics