10 Ogos
Penampilan
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
10 Ogos merupakan hari ke-222 (hari ke-223 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 143 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 610 - Wahyu pertama diturunkan melalui Jibril kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira.
- 1511 - Alfonso de Albuquerque dan pengikutnya berjaya menjarah kota Melaka.
- 1675 - Batu asas Balai Cerap Greenwich Diraja (gambar), asas Meridian Perdana hari ini, diletakkan di Greenwich, London.
- 1792 - Revolusi Perancis: Pemberontak di Paris menawan Istana Tuileries lalu menamatkan pemerintahan beraja Perancis sehinggalah ia dipulihkan semula pada 1814.
- 1793 – Di Paris, Muzium Louvre dibuka secara rasmi, kepada orang ramai, dengan pameran 537 lukisan ketika Revolusi Perancis.
- 1809 - Sejarah Ecuador: Selepas hampir tiga abad di bawah pemerintahan Sepanyol, teriakan yang pertama untuk kemerdekaan terdengar di Quito.
- 1846 - Institusi Smithsonian dipiagamkan oleh Kongres Amerika Syarikat.
- 1904 - Perang Jepun-Rusia: Pertembungan besar pertama antara armada kapal tempur keluli moden terjadi dalam Pertempuran Laut Kuning.
- 1920 - Wakil Sultan Mehmed VI menandatangani Perjanjian Sèvres yang mengiktiraf pemecahan Empayar Uthmaniyyah selepas Perang Dunia Pertama.
- 1986 - Kompleks Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur.
- 1990 - Kuar angkasa lepas NASA Magellan (gambar) sampai ke Musytari, 15 bulan selepas pelancarannya.
- 2006 - Polis British menahan 25 orang yang disyaki terbabit dalam rancangan komplot keganasan meletupkan sekurang-kurangnya 10 pesawat dari UK ke Amerika Syarikat dan Kanada.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1782 - Vicente Guerrero, Presiden Mexico
- 1874 - Herbert Hoover, Presiden Amerika Syarikat ke-31
- 1947 - Dato' Seri Diraja Anwar Ibrahim, seorang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bekas Ketua Pembangkang Malaysia dan Ketua Umum Pakatan Harapan.
- 1959 - Rosanna Arquette, pelakon/pengarah filem/aktivis Amerika Syarikat
- 1981 - Taufik Hidayat, pemain badminton Indonesia.
- 1992 - Enzy Storia, pelakon wanita Indonesia.
- 1993 - Erika Carlina, pelakon wanita Indonesia.