22 November
Penampilan
<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
2024 |
22 November merupakan hari ke-326 (hari ke-327 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 39 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Abjad di Albania (1908);
- Hari Kemerdekaan di Lubnan (1943).
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1869 - Cutty Sark (gambar), salah satu kapal layar laju terakhir dibina, dilancarkan di Dumbarton, Scotland.
- 1963 - Lyndon B. Johnson mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-36 di atas Air Force One (gambar), beberapa jam selepas pembunuhan Presiden John F. Kennedy.
- 1967 - Resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB diterima sebulat suara selepas Perang Enam Hari antara Israel dan jiran Arabnya Jordan, Mesir dan Syria.
- 1922 - Howard Carter, dibantu oleh Earl Carnarvon, membuka makam Tutankhamun.
- 1975 - Juan Carlos I diangkat sebagai Raja Sepanyol mengikut undang-undang pewarisan yang diisytiharkan Francisco Franco.
- 1986 - Mike Tyson menewaskan Trevor Berbick untuk memenangi kejohanan tinju heavyweight World Boxing Council, dan menjadi juara tinju termuda di dunia.
- 1988 - Pesawat pengebom senyap B-2 Tentera Udara Amerika Syarikat (gambar) diperlihatkan kepada umum buat pertama kali.
- 1995 - Filem cetera pertama dihasilkan dengan imej janaan komputer keseluruhannya, Toy Story dikeluarkan.
- 2005 - Angela Merkel mula berkhidmat sebagai Canselor wanita pertama Jerman.
- 2005 - Konsol permainan video kedua dari Microsoft, Xbox 360 telah dilancarkan kepada umum dan merupakan konsol yang paling banyak dilancarkan di beberapa negara dalam masa setahun
- 2008 - Letupan gunung berapi Nevado del Huila (gambar) di selatan Colombia menyebabkan sekurang-kurangnya 10 kematian dan pemindahan 12,000 orang.
- 2011 - Sukan Asia Tenggara ke-26 berakhir dengan tuan rumah Indonesia mendapat pingat terbanyak.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1957 - Wan Jamak Wan Hassan, ketua jurulatih Kedah FA
- 1958 - Sultan Ibrahim Ismail, Sultan Johor dan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-17
- 1958 - Jamie Lee Curtis, pelakon Amerika Syarikat
- 1981 - Hoda Saad, penyanyi dan pelakon wanita Maghribi
- 1984 - Scarlett Johansson, pelakon dan penyanyi Denmark-Amerika Syarikat.
- 1989 - Chris Smalling, pemain bola sepak Manchester United F.C.
- 2003 - Yasmin Napper, pelakon wanita Indonesia
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1963 - John F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat ke-35