4 Julai
Penampilan
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 | |||
2024 |
4 Julai merupakan hari ke-185 (hari ke-186 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 180 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Amerika Syarikat (1776)
- Hari Republik di Filipina (1946)
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- 1187 – Salahuddin al-Ayyubi menewaskan Raja Jerusalem Guy dari Lusignan dalam Pertempuran Hattin dan merampas Salib Benar.
- 1776 – Kongres Benua Kedua Tiga Belas Jajahan di Amerika Utara British meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan (gambar), membentuk Amerika Syarikat.
- 1862 – Dalam perjalanan dari Oxford ke Godstow, Lewis Carroll bercerita kepada Alice Liddell dan saudara perempuannya kisah yang membentuk asas Alice's Adventures in Wonderland.
- 1865 – Buku Alice's Adventures in Wonderland (gambar) oleh Lewis Carroll diterbitkan.
- 1894 – Republik Hawaii diisytiharkan di Istana ʻIolani, Honolulu dengan Sanford B. Dole sebagai presiden pertama.
- 1941 – Selepas menawan Lwów, tentera Nazi menjalankan hukuman mati terhadap 45 profesor Universiti Lwów.
- 1976 – Komando Israel menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe di Uganda, bagi membebaskan tebusan yang ditangkap oleh perampas PFLP dan RZ.
- 2007 – Alan Johnston, wartawan BBC yang diculik pada Mac lalu, dibebaskan.
- 2008 – Penerbangan rentas selat hujung minggu antara Taiwan dan tanah besar China bersambung semula selepas 59 tahun.
- 2010 – Pemangku Presiden Poland Bronisław Komorowski memenangi pilihan raya khas presiden, menewaskan Jarosław Kaczyński dalam pusingan kedua.
- 2012 – CERN mengumumkan penemuan zarah baharu dengan sifat sejajar boson Higgs dengan uji kaji menggunakan Pelanggar Hadron Besar.
- 2012 – Parlimen Eropah mengundi menolak perjanjian Anti-Counterfeiting Trade Agreement.
Kelahiran
[sunting | sunting sumber]- 1872 - Calvin Coolidge, Presiden Amerika Syarikat ke-30
- 1957 - M. Nasir, seniman Malaysia kelahiran Singapura
Kematian
[sunting | sunting sumber]- 1826 - John Adams, Presiden Amerika Syarikat ke-2.
- 1826 - Thomas Jefferson, Presiden Amerika Syarikat ke-3.
- 2010 - Ayatollah Utama Mohammad Hussein Fadlallah dari Lubnan.