Pergi ke kandungan

Jabatan Tenaga Manusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Tenaga Manusia
جابتن تناڬ مأنسي
Kerajaan Malaysia
Intisari kerajaan
Dibentuk1967; 57 tahun yang lalu (1967)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 6, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya
Eksekutif kerajaan
  • Sutekno Bin Ahmad Belon, Ketua Pengarah
Agensi induk
Kementerian Sumber Manusia Malaysia
Laman sesawang
www.jtm.gov.my

Jabatan Tenaga Manusia (Tulisan Jawi: جابتن تناڬ مأنسي; singkatan: JTM) merupakan salah satu dari jabatan yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Pada awalnya, ia dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) yang ditubuhkan pada tahun 1967. [1]

Pada awal tahun 2000, fungsinya yang difokuskan kepada aktiviti program latihan kemahiran sahaja, dengan itu namanya ditukarkan kepada Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Pada awal penubuhan JTR, ia berfungsi sebagai pusat melatih tenaga mahir untuk pasaran industri tempatan, mengumpul maklumat buruh, dan menempatkan pencari-pencari pekerjaan disektor swasta.

Pada ketika ini Jabatan Tenaga Manusia telah dan akan melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran. Oleh kerana dengan perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja mahir yang mendesak, maka Jabatan Tenaga Manusia telah menubuhkan beberapa institusi latihan diseluruh negara.

Dari tahun penubuhannya sehingga kini, Ketua Pengarah - Ketua Pengarah yang menerajui jabatan JTR-JTM ini adalah:-

  • En Fong Soon Heng
  • En. Anuar Latip bin Abdul
  • En. Mahmud Bin Idris
  • Tuan Hj Alias Bin Sulaiman
  • Tuan Haji Hasnan Pie (16 Mei 1981 ~ 18 Oktober 1994)
  • Y.Bhg. Tan Sri Zainol Abidin Bin Abd. Rahsid (19 Oktober 1994 ~ 31 January 1998)
  • Y.Bhg. Dato' Nawi Bin Haji Ahmad (1 Feb 1998 ~ 11 September 2004)
  • Y.Bhg. Dato' Abdul Rashid Bin Saad.(12 September 2004 ~ 24 Julai 2006)
  • Y.Bhg. Dato' Hj. Romli Bin Hj. Hassan (16 Ogos 2006 hingga 24 April 2014)
  • Y.Bhg. Dato' Chin Phaik Yoong (25 April 2014 hingga 25 Disember 2016)
  • YBrs. Dr. Mary Wong Lai Lin (27 Disember 2016 sehingga 21 Ogos 2017)
  • YBhg. Dato' Sri Nadzri Siron ( 18 September 2017 sehingga 24 Oktober 2017 )
  • YBhg. Datuk Muhd Khair Razman Bin Mohamed Annuar ( 25 Oktober 2017 sehingga 26 Julai 2019 )
  • YBrs. Encik Sutekno Bin Ahmad Belon (26 Julai 2019-kini)
  1. ^ "Laman Web Rasmi Jabatan Tenaga Manusia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-05. Dicapai pada 2014-02-09.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]