Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia
جابتن ڤرخدمتن كوارنتين دان ڤمريقسأن مليسيا | |
Intisari kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 1 April 2013 |
Jenis | Kerajaan |
Bidang kuasa | Kerajaan Persekutuan Malaysia |
Ibu pejabat | Ibu Pejabat MAQIS, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, Aras 4, Menara 4G1, Wisma Tani, No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif kerajaan | |
Agensi induk | Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia |
Dokumen penting | |
Laman sesawang | www |
Nota kaki | |
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia di Instagram |
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ialah sebuah jabatan Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia. Penubuhannya ialah cetusan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada tahun 2005.[1] Ia mengikut model yang diinspirasikan dari Australian Quarantine and Inspection Services (AQIS).
Akta penubuhan
[sunting | sunting sumber]Jabatan ini ditubuhkan melalui Akta 728 Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.[2]
Fungsi
[sunting | sunting sumber]Fungsi utama jabatan ini adalah untuk mengawal semua 57 pintu masuk sempadan Malaysia dengan membuat pemeriksaan ke atas semua barangan pertanian yang diimport ke negara ini selamat untuk setiap rakyat Malaysia. Jabatan ini juga menghalang kemasukan barangan pertanian yang tidak selamat dan banyak cubaan untuk membawa masuk barangan pertanian yang tidak selamat ke negara ini berjaya disekat.
Selain daripada itu, jabatan ini memberikan perkhidmatan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di semua pintu masuk sempadan Malaysia.
Pengurusan Tertinggi
[sunting | sunting sumber]Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Pengarah, seorang Timbalan Ketua Pengarah, 5 orang Pengarah Bahagian dan 3 orang Ketua Unit[3]
Senarai Mantan Ketua Pengarah
[sunting | sunting sumber]1. Encik Mazlan Bin Saadon
2. Dato' Haji Mokhtarud-din Bin Husain
3. Encik Saiful Yazan Bin Alwi
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jaga 57 pintu negara
- ^ Akta 728
- ^ "Perutusan Ketua Pengarah MAQIS". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-20. Dicapai pada 2020-08-18.