Jabatan Taman Laut Malaysia
جابتن تامن لاوت مليسيا | |
Intisari kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 16 Julai 2007 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Aras 11, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, 62574 Putrajaya |
Kakitangan | 253 (2018) |
Belanjawan tahunan | MYR 16,190,400 (2018) |
Eksekutif kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia |
Laman sesawang | www |
Jabatan Taman Laut Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن تامن لاوت مليسيا; singkatan: JTLM) ialah sebuah jabatan di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab memantau keselamatan dan persekitaran taman-taman laut yang diwartakan di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan, Laut Sulawesi dan Laut Sulu yang termasuk dalam perairan Malaysia.
Ketua Pengarah JTLM terkini ialah Ab Rahim Gor Yaman.
Peranan
[sunting | sunting sumber]Pegawai pemantau serta bot peronda siapsiaga bagi memastikan kawasan yang diwartakan sebagai taman laut tidak menjadi mangsa pencerobohan oleh mana-mana pihak termasuk nelayan. Kini ada 22 buah bot peronda bagi menjalankan rondaan bagi menghalang kegiatan menangkap ikan di kawasan itu.
JLTM mendapat kerjasama daripada Jabatan Perikanan Malaysia Polis Marin Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi memastikan kawasan taman laut terus selamat daripada sebarang ancaman.
Taman laut
[sunting | sunting sumber]Taman laut dilindungi kerana ia bertindak sebagai zon penampan yang mengekalkan dan memastikan sumber ikan negara tidak merosot serta mampu menggalakkan aktiviti pelancongan dan penyelidikan. Taman laut merupakan salah satu pusat utama sumber genetik kehidupan di mana kawasan terumbu karang merupakan zon biodiversiti paling tinggi.
Akta Perikanan 1985 menetapkan sebarang kegiatan penangkapan ikan di sekitar kawasan dua batu nautika dari pulau atau kawasan yang diwartakan sebagai taman laut adalah dilarang.
Kempen kesedaran
[sunting | sunting sumber]Kempen Pengalaman Bersama Taman Marin dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup di Aquaria Suria KLCC, Kuala Lumpur pada 30 Julai 2009.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web rasmi Diarkibkan 2018-10-22 di Wayback Machine