Pergi ke kandungan

Jabatan Akauntan Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
جابتن اكاءونتن نڬارا مليسيا
Kerajaan Malaysia
Intisari kerajaan
Dibentuk1946; 78 tahun yang lalu (1946)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya
Eksekutif kerajaan
  • Nor Yati binti Ahmad C.A.(M), Akauntan Negara
Agensi induk
Kementerian Kewangan Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Akauntan 1967
Laman sesawang
www.anm.gov.my

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن اكاءونتن نڬارا مليسيا; singkatan: JANM) telah diwujudkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. JANM bermula dari satu bangunan pejabat yang kecil bertempat di Bangunan Life Insurance Corporation of India di persimpangan Jalan Melaka dan Jalan Tun Perak (Mountbatten Road). Pejabat ini kemudiannya ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, dan seterusnya beroperasi di Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kini, JANM beroperasi di Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Sejak beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam. Pada masa ini, JANM terdiri daripada 8 bahagian setelah Bahagian Kumpulan Amanah Pencen diperbadankan sebagai badan berkanun di bawah Akta Wang Kumpulan Persaraan 2007 (Akta 662) berkuat kuasa 1 Mac 2007. [1]


Bahagian-bahagian di JANM terdiri daripada :

  1. Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP)
  2. Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
  3. Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA)
  4. Bahagian Khidmat Perunding (BKP)
  5. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
  6. Bahagian Pengurusan Wang Tak DItuntut (BWTD)
  7. Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD)
  8. Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)
  9. Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF)
  10. Institut Perakaunan Negara (IPN)
  1. ^ "Latar Belakang Jabatan Akauntan Negara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-20. Dicapai pada 2013-12-20.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]
  1. Laman Web JANM Diarkibkan 2013-10-25 di Wayback Machine