Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: artikel ini tidak menulis mengikut gaya tulisan Wikipedia dengan gambar tidak berkaitan diletakkan. (Mei 2013) |
جابتن كبودايان دان كسنين نڬارا | |
Intisari kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 1953 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Aras 16, 18, 19, 26, 27, 30 dan 34, Lot 1001, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur |
Kakitangan | 376 (2024) |
Eksekutif kerajaan |
|
Agensi induk | Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia |
Laman sesawang | www |
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (Tulisan Jawi: جابتن كبودايان دان كسنين نڬارا; singkatan: JKKN) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Tahun 1953 : Bahagian Kebudayaan ditubuhkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat
Tahun 1964 : Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Penerangan
Tahun 1972 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
Tahun 1987 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Tahun 1992 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Tahun 2004 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA)
22 Mac 2005 : Di naik taraf kepada JKKN ( Waran bil. S20 Tahun 2005)
1 Feb 2007 : Pewujudan bahagian baru iaitu bahagian perancangan , penyelidikan dan pembangunan ( waran bil.S40 tahun 2007)
18 Mac 2008 : JKKN sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW)
April 2009 : JKKN bernaung di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
Mulai 16 Mei 2013, JKKN menjadi satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Pada 2 Julai 2018, Kementerian ini telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentukan kabinet selepas pilihanraya umum yang ke-14.
Visi dan misi
[sunting | sunting sumber]Peneraju Seni Budaya dalam mendukung Seni untuk Seni, Seni untuk perpaduan dan Seni Budaya untuk Penjanaan Pendapatan kepada pemain industri ke arah pembentukan jati diri dan kesejahteraan masyarakat.
MISI
1) Memantapkan usaha memulihara, mengekal, mengembang dan menyemarak seni budaya warisan Negara;
2) Menggembleng elemen seni budaya untuk meningkatkan jati diri, kesejahteraan dan perpaduan Negara;
3) Menggalakkan aktiviti seni budaya yang inovatif bagi meningkatkan pendapatan pemain industri; dan
4) Menyumbang kepada pertumbuhan aktiviti pelancongan budaya.
Pengurusan tertinggi
[sunting | sunting sumber]Ketua Pengarah: YBrs Encik Mohd Amran bin Mohd Haris
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan): kosong
Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian): YBrs Encik Rosnan bin Nordin
JKKN Negeri
[sunting | sunting sumber]Terdapat 14 pejabat JKKN di setiap negeri di Malaysia . Kawasan ini juga termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.[2]
JKKN Perlis
JKKN Kedah
JKKN Pulau Pinang
JKKN Perak
JKKN Selangor
JKKN Kuala Lumpur
JKKN Negeri Sembilan
JKKN Melaka
JKKN Johor
JKKN Pahang
JKKN Terengganu
JKKN Kelantan
JKKN Sabah
JKKN Sarawak