Pergi ke kandungan

Wikipedia:Tahukah anda/Arkib/2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Templat "Tahukah anda...?"
Senarai daftar mingguan terkiniMinggu 52
Senarai 1, 2STA1, STA2
Perbincangan & CadanganPW:TA
PeraturanWP:TA
Arkib Tahunan TAT:ATTA
Arkib Bulanan TAWP:ABTA

Laman ini adalah sebahagian daripada laman projek Tahukah anda. Jika anda mahu menambah info baharu, sila cadangkan kepada kami atau menyumbang terus info baharu itu ke dalam senarai pemaparan info automatik kami.

Berikut adalah senarai info yang didaftarkan secara mingguan dalam tahun 2014.

Arkib

Daftar mingguan

Minggu 1 Minggu 2
Robert Bobby Tufts
Robert Bobby Tufts
Antropomorfimes moe untuk pelayar web Opera, dikenali sebagai Opera-tan
Antropomorfimes moe untuk pelayar web Opera, dikenali sebagai Opera-tan
Minggu 3 Minggu 4
Air batu hanyutan
Air batu hanyutan
Permatang Kuartza Genting Klang
Permatang Kuartza Genting Klang
  • "... bahawa permatang kuartza yang terletak di timur laut Kuala Lumpur adalah yang terpanjang di dunia?"
  • "... bahawa satu dwilapisan lipid berketebalan sekitar lima nanometer sahaja?"
  • "... bahawa organisma yang berhenti menerima ransangan sedang mengalami proses pembiasaan?"
  • "... bahawa teratologi adalah kajian keabnormalan yang merangkumi sebelum atau selepas kelahiran sesuatu organisma?"
  • "... bahawa wujudnya sebuah projek bagi sesiapa yang mahu belajar bahasa Al-Quran?"
Minggu 5 Minggu 6
Seekor kuda dari baka kuda Turkoman yang sudah pupus.
Seekor kuda dari baka kuda Turkoman yang sudah pupus.
  • "... bahawa Kuda Turkoman yang kini telah pupus telah mempengaruhi banyak baka kuda lain?"
  • "... bahawa kuda bergerak secara berirama yang memimik pergerakan jalan kaki manusia apabila ditunggang?"
  • "... bahawa seseorang tidak perlu terlibat dalam analisis diri apabila melakukan tugas-tugas yang rutin?"
  • "... bahawa penyahpekaan merupakan proses yang digunakan terutamanya untuk membantu individu dalam mengikis fobia dan keresahan?"
  • "... bahawa screentone merupakan alatan lukisan yang memudahkan untuk mencipta corak dan bayang dalam manga?"
Mesohippus
Mesohippus
  • "... bahawa mesohippus secara umum ditemui di Amerika Utara seperti kebanyakan kuda fosil yang lain?"
  • "... bahawa kromosom X terdapat dalam kedua-dua jantan dan betina?"
  • "... bahawa tentera juga mengamalkan konsep ketua staf tetapi dalam penggunaan istilah yang berlainan?"
  • "... bahawa Kuda Shire merupakan sejenis baka kuda penarik?"
  • "... bahawa plankton berkapur dan zarah enapan boleh dijumpai di turus air di atas CCD?"
Minggu 7 Minggu 8
Pakan tumbuhan
Pakan tumbuhan
  • "... bahawa pakan adalah makanan untuk haiwan ternakan yang berasaskan daripada tumbuhan atau haiwan?"
  • "... bahawa burung ajuk-ajuk suka mengajuk lagu daripada burung lain, bunyi daripada serangga dan amfibia?"
  • "... bahawa kromosom Y adalah antara bahagian yang paling cepat berevolusi dalam genom manusia?"
  • "... bahawa siput laut dan lintah bulan laut menggunakan kaki sayap untuk berenang?"
  • "... bahawa ekozon holartik mempunyai banyak ekosistem seperti tundra dan padang pasir?"
  • "... bahawa ulser peptik juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen, dan lain-lain NSAID?"
Kuda tertua
Kuda tertua
Minggu 9 Minggu 10
Seorang atlet angkat berat melakukan snatch
Seorang atlet angkat berat melakukan snatch
  • "... bahawa sukan angkat berat Olimpik dilaksanakan lebih cepat berbanding sukan menguji kekuatan yang lain?"
  • "... bahawa ijazah kehormat disarankan supaya disenaraikan dalam résumé sebagai anugerah bukannya kelayakan akademik?"
  • "... bahawa warna berangan adalah warna umum untuk kuda?"
  • "... bahawa pistol pelepas digunakan bersama dengan pemasa elektronik automatik bagi acara larian?"
  • "... bahawa sukan ‎paraekuestrian adalah sukan khas bagi orang kurang upaya?"
  • "... bahawa terdapat kuda kacukan di antara kuda betina dengan keldai jantan?"
Kekecohan diantara pelajar universiti di Indonesia
Kekecohan diantara pelajar universiti di Indonesia
  • "... bahawa terdapat empat kematian akibat daripada perjanjian yang ditandatangani oleh Suharto?"
  • "... bahawa asal perkataan "karamel" adalah daripada tebu?"
  • "... bahawa kartun politik Malaysia bermula pada zaman penjajahan menerusi keluaran akhbar Warta Ahad sebagai edisi mingguan Warta Malaya pada tahun 1936?"
  • "... bahawa alun terhasil mengikut saiz jasad air?"
  • "... bahawa kadar kelajuan angin menentukan saiz gulungan ombak?"
  • "... bahawa Kawalan Happy Crowd digunakan untuk merakam setiap ahli penonton yang memasuki stadium?"
Minggu 11 Minggu 12
Tanaman lorong sebagai tampan angin
Tanaman lorong sebagai tampan angin
Kereta kebal T-64
Kereta kebal T-64
Minggu 13 Minggu 14
Taijitu
Taijitu
  • "... bahawa simbol taijitu atau lebih dikenali sebagai yin dan yang telah wujud hampir tujuh ratus tahun lebih awal daripada tarikh kehadiran di China?"
  • "... bahawa pioderma atau penyebab kepada skabies menjejaskan lebih daripada 111 juta orang kanak-kanak sedunia?"
  • "... bahawa alkohol dan ubat bantuan tidur dos-preskripsi biasa digunakan sebagai dadah rogol janji temu?"
  • "... bahawa lebam serius boleh membawa kepada bahaya atau membawa kepada bentuk hematoma yang boleh mengancam nyawa?"
  • "... bahawa tingkah laku anjing dipercayai dipengaruhi oleh sebab genetik, sosial, keadaan dan persekitaran?"
Defibrilator luaran
Defibrilator luaran
Minggu 15 Minggu 16
Sate Padang
Sate Padang
Tembikai
Tembikai
Minggu 17 Minggu 18
Defibrilator luaran automatik
Defibrilator luaran automatik
  • "... bahawa defibrilator luaran automatik direka khas bagi orang awam?"
  • "... bahawa lukisan gua bukan hanya untuk hiasan tempat tinggal?"
  • "... bahawa selepas jangka hayat berguna kereta konsep berakhir, ia selalunya dimusnahkan?"
  • "... bahawa pengesahan dan penentusahan adalah komponen kritikal bagi sistem pengurusan kualiti seperti ISO 9000"
  • "... bahawa lembangan bertindak sebagai corong dengan mengumpulkan semua air di dalam kawasan terbabit dan menyalurkannya ke satu titik tunggal?"
Alat pengukuran
Alat pengukuran
  • "... bahawa metrologi merangkumi segala segi ilmu pengukuran yang teori mahupun amali?"
  • "... bahawa telinga dan mata bionik hanya membantu pesakit yang pekak atau buta atas faktor tertentu?"
  • "... bahawa banyak HEV mematikan enjin ketika melahu dan menghidupkannya kembali apabila diperlukan?"
  • "... bahawa penghasilan insulin ialah tujuan utama pankreas buatan?"
  • "... bahawa ABS amnya memendekkan jarak membrek, kecuali pada permukaan berkerikil atau bersalji?"
Minggu 19 Minggu 20
Lampu pencahayaan siang LED
Lampu pencahayaan siang LED
Kuda belang
Kuda belang
Minggu 21 Minggu 22
Ikan pacu
Ikan pacu
Anjing pemburu Andalusia maneto
Anjing pemburu Andalusia maneto
Minggu 23 Minggu 24
Asid hipobromus
Asid hipobromus
  • "... bahawa HBrO adalah asid lemah dan tidak stabil yang digunakan dalam ubat penyahjangkitan?"
  • "... bahawa kes pembunuhan Maarof Zakaria pada tahun 1947 masih misteri sehingga kini?"
  • "... bahawa Mexico mempunyai dua tarikh kemerdekaan?"
  • "... bahawa istilah Darwinisme tidak lagi digunapakai dalam teori evolusi genetik moden?"
  • "... bahawa kasus tatabahasa tidak begitu ketara dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris?"
Koala
Koala
  • "... bahawa koala adalah dari golongan marsupial yang sering disalah anggap sebagai beruang?"
  • "... bahawa sebelum negara Sweden dan Norway berkerajaan sendiri, negara-negara ini pernah bersatu?"
  • "... bahawa unit SI asas bagi jisim molar ialah kg/mol, namun disebabkan sejarah, ia lebih kerap dinyatakan dalam g/mol.?"
  • "... bahawa istilah komandan adalah hanya sebuah jawatan dibeberapa buah negara selain dianggap sebagai pangkat?"
  • "... bahawa karbon trioksida boleh juga dihasilkan dengan menghembuskan ozon pada ais kering (CO2 pejal)?"
Minggu 25 Minggu 26
Bendera Kanada
Bendera Kanada
  • "... bahawa bendera Kanada juga dikenali sebagai Daun Mapel?"
  • "... bahawa dos maut median (LD50) digunakan untuk pengujian dadah kosmetik BOTOX tanpa ujian haiwan?"
  • "... bahawa kaedah pelancungan sering digunakan untuk mengurangkan kos pengeluaran modal?"
  • "... bahawa budaya kafe di Austria bermula sejak abad ke-17 selepas tentera Uthmaniyyah meninggalkan banyak biji kopi?"
  • "... bahawa bahagian depan mukan anjing dikenali sebagai topeng?"
Sibur-sibur S. jade
Sibur-sibur S. jade
  • "... bahawa spesies Semachrysa jade dijumpai apabila seorang jurugambar amatur memuat naik gambarnya di laman perkongsian foto Flickr?"
  • "... bahawa disebabkan mengekalkan sudut dan bentuk objek kecil, unjuran Mercator mengherotkan saiz dan bentuk objek besar?"
  • "... bahawa trioksidana ialah bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas ciri-ciri antimikrob campuran ozon/hidrogen peroksida yang dikenali?"
  • "... bahawa bergantung kepada banyak mana cat akrilik dilarutkan, lukisan akrilik yang disiapkan mampu menyerupai cat air atau lukisan minyak?"
  • "... bahawa anak gahara yang mahu menjadi Sultan di Perak yang juga dikenali sebagai Raja-Raja Bergelar, mereka perlu menjawat jawatan salah satu yang bermula dengan Raja Kechil Bongsu dan sehingga Raja Muda?"
Minggu 27 Minggu 28
  • "... bahawa apabila Venera 7 mendarat di permukaan Zuhrah, ia menjadi kapal angkasa buatan manusia pertama yang berjaya mendarat di permukaan planet lain dan memancar data dari sana ke Bumi?"
  • "... bahawa air akuifer boleh diambil dengan menggali perigi?"
  • "... bahawa campuran sama 3He dan 4He cecair di bawah suhu 0.8 K akan terpisah kepada dua fasa yang tidak boleh bercampur?"
  • "... bahawa tindak balas berantai proton-proton merupakan tindak balas pelakuran utama dalam bintang bersaiz Matahari atau lebih kecil?"
  • "... bahawa selain anjing, haiwan seperti serigala, anjing laut, rubah dan kucing harimau juga menyalak?"
Pancaran planet Bumi
Pancaran planet Bumi
Minggu 29 Minggu 30
Masjid Abidin
Masjid Abidin
  • "... bahawa Masjid Abidin di Terengganu adalah tempat letak perkuburan empat Sultan dan seorang Permaisuri Terengganu yang terdahulu?"
  • "... bahawa tindakan menggunakan kekebalan diplomatik bukan sesuatu yang ganjil apabila kerajaan memanggil balik diplomatnya selepas melakukan kesalahan?"
  • "... bahawa antroposofi berkaitan dengan aspek pengetahuan yang ingin menjelaskan tentang Tuhan atau yang disebut teosofi?"
  • "... bahawa pokok penanti merupakan satu-satunya cara membiakkan secara besar-besaran pokok jenis lain yang tidak membiak nyata daripada biji benih, atau sangat terdedah kepada penyakit apabila ditanam dengan akar sendiri?"
  • "... bahawa Perang Itali-Habsyah Kedua adalah peperangan yang paling rugi dilakukan oleh Itali kerana telah melanggar undang-undang Liga Bangsa sendiri?"
Jam 24 jam
Jam 24 jam
  • "... bahawa sistem jam 24 jam adalah sistem jam yang paling laris digunakan di dunia pada masa kini?"
  • "... bahawa baka anjing gembala Australia sebenarnya dikembangkan di barat Amerika Syarikat?"
  • "... bahawa ketika mendapat kekuatan yang besar daripada hantu air, Badang ialah seorang kuli?"
  • "... bahawa anjing juga mengalami keresahan perpisahan apabila ditinggalkan?"
  • "... bahawa banyak isotop yang dikelaskan sebagai stabil diramalkan memiliki separuh hayat yang teramat panjang?"
Minggu 31 Minggu 32
Poster animasi Jinggo
Poster animasi Jinggo
  • "... bahawa Jinggo adalah animasi pertama yang diadaptasi dari komik tempatan Malaysia?"
  • "... bahawa terdapat hampir 1/2 juta hingga 2 juta keping batu bersurat pepaku telah ditemui pada zaman moden tetapi hanya kira-kira 30,000 ke 100,000 keping telah ditafsir atau diterbitkan?"
  • "... bahawa mustard adalah hasil daripada biji sawi?"
  • "... bahawa pingat dan reben biasanya dipersembahkan dalam paket kertas, namun ia selalunya dibuang?"
  • "... bahawa penetapan adalah berhentinya perkembangan suatu bahagian dari peribadi seseorang dari segi psikologi, sebagai contoh seksualiti?"
De parabel der blinden
De parabel der blinden
  • "... bahawa Cerita Ibarat Si Buta menggambarkan cerita ibarat Bible mengenai si buta memimpin si buta daripada kitab Gospel Matthew 15:14?"
  • "... bahawa isu berkenaan bible dan keganasan masih berlarutan sehingga kini?"
  • "... bahawa Solaris dalam sejarahnya dikenali sebagai perisian yang dibangunkan berasaskan kod sumber tertutup?"
  • "... bahawa Tiga Pakatan (1882) diluluskan oleh Umberto I?"
  • "... bahawa makaw biru besar pernah pupus akibat kehilangan habitat pada tahun 1800-an tetapi muncul semula pada awal tahun 1980-an?"
Minggu 33 Minggu 34
Dollar Sepanyol
Dollar Sepanyol
  • "... bahawa ringgit bermaksud "bergerigi" dan asalnya memaksudkan sisi bergerigi yang terdapat pada wang perak dolar Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman penjajahan Portugis?"
  • "... bahawa sifat genre grindcore adalah "microsong" atau lagu-lagu hardcore punk dengan hanya sesaat panjang dan pernah dinobatkan dalam Rekod Dunia Guinness?"
  • "... bahawa kereta kebal SMK silap dikenal pasti oleh perisikan Jerman sebagai T-35C.?"
  • "... bahawa Tripanosomiasis Afrika atau penyakit tidur adalah penyakit bawaan dari lalat tsetse yang dijangkiti penyakit ini?"
  • "... bahawa Gua Krubera adalah gua yang paling dalam di Bumi dan sehingga kini tiada gua yang menandingginya?"
Pergunungan Batu Pasir Elbe
Pergunungan Batu Pasir Elbe
Minggu 35 Minggu 36
HMHS Britannic
HMHS Britannic
Pokok Jabuticaba
Pokok Jabuticaba
Minggu 37 Minggu 38
Bunga tulip
Bunga tulip
Sebatang arroyo kecil atau anak air di Gurun Sonora di Arizona.
Sebatang arroyo kecil atau anak air di Gurun Sonora di Arizona.
Minggu 39 Minggu 40
Anak buldogue campeiro dalam pertunjukan
Anak buldogue campeiro dalam pertunjukan
Din Beramboi pada tahun 2009
Din Beramboi pada tahun 2009
Minggu 41 Minggu 42
Kambing liar, Capra aegagrus aegagrus
Kambing liar, Capra aegagrus aegagrus
  • ... bahawa eolianit difahamkan terbentuk dalam tempoh satu juta tahun yang lampau, dan saat-saat endapan berlaku berhubung kait dengan paras laut, akan tetapi sifat penghubungkaitan itu masih dibahaskan? Wikipedia:Tahukah anda/36/2
Sferoid buntal
Sferoid buntal
  • "... bahawa dalam kartografi, Bumi sering dianggarkan sebagai sferoid buntal berbanding sfera?"
  • "... bahawa kebangkitan rasionalisme dan sains telah mengurangkan banyak pantang larang dahulu dan membentuk yang baharu?"
  • "... bahawa air kapur tulen adalah jernih dan tidak berwarna, dengan sedikit bau tanah?"
  • "... bahawa menurut hukum Murphy, "apa-apa yang boleh silap, akan menjadi silap"?"
  • "... bahawa ungulat menggunakan hujung jari kaki untuk menampung seluruh berat badannya?"
  • "... bahawa pic ialah ciri persepsi yang membolehkan aturan bunyi mengikut skala berasaskan frekuensi?"
Minggu 43 Minggu 44
Burger yang mengiurkan
Burger yang mengiurkan
Ikan bandaraya
Ikan bandaraya
  • "... bahawa ikan bandaraya mampu membersihkan akuarium dan tangki dengan memakan alga serta saki baki makanan ikan?"
  • "... bahawa lapisan nipis di bahagian dalam kulit telur bersifat separa telap?"
  • "... bahawa kuda dahulu dibela sebagai ternakan daging sebelum dilatih sebagai haiwan kerja?"
  • "... bahawa pada mesin kira, logaritma biasa selalunya dilabelkan sebagai "log" mengikut notasi jurutera, dan bukannya ahli matematik?"
  • "... bahawa perdayaan DNS boleh digunakan untuk membawa pengguna sesebuah tapak web ke tapak web lain?"
Minggu 45 Minggu 46
Kiswah 1910
Kiswah 1910
  • "... bahawa kain kiswah Kaabah diganti setahun sekali, sewaktu musim haji?"
  • "... bahawa pelayan nama mengehos khidmat rangkaian untuk menjawab pertanyaan ke atas khidmat direktori?"
  • "... bahawa pasta basah dibuat bukan untuk dipasarkan, kerana ia tidak tahan lama?"
  • "... bahawa IUPAC telah menyeret Jerman ke dalam Perang Transfermium antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet?"
  • "... bahawa gelaran wira dasar laut diberi berdasarkan berat dan jumlah kapal yang ditenggelamkan?"
  • "... bahawa kebanyakan lampu jalan suria boleh kekal menyala bagi lebih daripada satu malam?"
Salib Besi Kesatria
Salib Besi Kesatria
  • "... bahawa Knight Cross of the Iron Cross ialah darjah kebesaran tertinggi yang boleh dicapai oleh mana-mana askar Jerman Nazi kecuali seorang?"
  • "... bahawa di Internet, nama hos juga adalah nama domain yang ditetapkan pada komputer hos?"
  • "... bahawa tidak sesiapapun harus menulis autobiografi sehinggalah dia mencapai usia 40 tahun?"
  • "... bahawa anjing laut gajah utara jantan mampu menghamilkan sehingga 50 ekor betina?"
  • "... bahawa sesetengah kereta kebal kecil amat rendah sehinggakan orang di dalamnya perlu baring?"
  • "... bahawa perdagangan rokok tak sah dipacu oleh bekalan dan permintaan?"
Minggu 47 Minggu 48
  • ... bahawa nama bangunan Menara Jam ini bukanlah Big Ben? Nama sebenarnya ialah Menara Elizabeth. Big Ben ialah gelaran yang diberikan untuk loceng besar jam itu iaitu Great BellWikipedia:Tahukah anda/27/3
Fail:NoMemling Vanity and Salvation.jpg
Minggu 49 Minggu 50
Imej Hubble Ultra-Deep Field terhadap kawasan alam semesta boleh cerap (bersamaan saiz kawasan langit ditunjukkan di sudut kiri bahagian bawah), berdekatan dengan buruj Fornax. Setiap titik cahaya ialah galaksi yang mengandungi berbilion bintang. Cahaya dari galaksi yang paling kecil ke paling kemerah-merahan wujud hampir 14 bilion tahun lalu.
Imej Hubble Ultra-Deep Field terhadap kawasan alam semesta boleh cerap (bersamaan saiz kawasan langit ditunjukkan di sudut kiri bahagian bawah), berdekatan dengan buruj Fornax. Setiap titik cahaya ialah galaksi yang mengandungi berbilion bintang. Cahaya dari galaksi yang paling kecil ke paling kemerah-merahan wujud hampir 14 bilion tahun lalu.
  • "... bahawa jejari bagi alam semesta boleh cerap ialah 46 bilion tahun cahaya? Hal ini disebabkan oleh cahaya yang hanya boleh bergerak dalam anggaran 13.7 bilion tahun. Akan tetapi disebabkan pengembangan alam semesta, jarak cahaya yang sepatutnya 13.7 bilion tahun cahaya sekarang telah bertambah kepada 46 bilion tahun cahaya"  Wikipedia:Tahukah anda/8/3
Minggu 51 Minggu 52
Masa di ISS bergerak lebih perlahan
Masa di ISS bergerak lebih perlahan
  • ... bahawa bunga mistletoe yang sinonim dengan masyarakat Barat sebagai tempat bercumbu dan takal cinta untuk kesuburan pada hari Krismas ialah sebahagian daripada alat sulit pokok oak?? Wikipedia:Tahukah anda/37/3
  • "... bahawa lambang Hermes Kaduseus sering dikelirukan dengan lambang perubatan tongkat Asklepios?"
  • "... bahawa kawasan Medina Fes dipercayai kawasan bandar bebas kereta yang terbesar di dunia?"
  • "... bahawa hipster dikaitkan dengan muzik bebas, selera berpakaian yang menentang arus perdana, pandangan politik yang bebas atau liberal, serta kepercayaan dan gaya hidup alternatif?"