Bible dan Keganasan
Sejak dari zaman awalnya lagi, agama Kristian berhadapan dengan cabaran menyelaraskan keganasan dalam Bible dengan Tuhan yang Maha Penyayang. Ra'anan S. Boustan menegaskan bahawa "keganasan dapat ditemui di serata halaman-halaman Bible Ibrani (Perjanjian Lama) dan Perjanjian Baru."[1] Philip Jenkins menggambarkan Bible sebagai penuh sesak dengan "teks-teks /ketakutan/kezaliman".[2]
Dalam menjawab tuduhan-tuduhan ini dalam kitab suci mereka, ramai ahli teologi dan pembela Kristian membalas bahawa "Tuhan dalam Perjanjian Lama" adalah tuhan yang ganas manakala "Tuhan dalam Perjanjian Baru" adalah tuhan yang tenang dan penyayang, satu takwil yang pertama kali dicadangkan oleh Marcion dari Sinope. Pendekatan ini dicabar oleh mereka yang menunjukkan bahawa terdapat juga petikan-petikan dalam Perjanjian Baru yang bertahan, membiarkan dan malah menggalakkan pengunaan keganasan. Misalnya, Terence Freitheim menggambarkan Perjanjian Lama sebagai sebuah "kitab yang penuh dengan ...keganasan Tuhan". Dia menegaskan bahawa sementara Perjanjian Baru tidak memiliki reputasi yang sama, ia juga "dipenuhi dengan kata-kata dan perbuatan ganas, dan Jesus serta Tuhan dalam Perjanjian Baru bersubahat dalam keganasan ini.[3]
John Hemer menegaskan bahawa dua pendekatan utama yang digunakan ajaran Kristian untuk berhadapan dengan "masalah keganasan dalam Perjanjian Lama" adalah:
- Menumpukan lebih kepada banyak petikan yang menggambarkan Tuhan sebagai penyayang - sebahagian besar Isaiah, Hosea, Micah, Deuteronomy.
- Menjelaskan bahawa idea Tuhan sebagai pembawa peperangan yang menghukum lagi ganas adalah sebahagian daripada pelaziman pengarang yang bersifat sejarah dan budaya dan bahawa kita dapat mengabaikannya dengan keimanan yang baik, terutamanya dengan pencerahan Perjanjian Baru.
Dalam menentang dua pendekatan ini, Hemer berhujah bahawa tidak mengendahkan atau menjelaskan keganasan yang terdapat dalam Perjanjian Lama merupakan satu kesilapan. Dia menegaskan bahawa "Keganasan bukanlah perkara pinggiran dalam Bible, malah perkara teras, dalam banyak jalan ia adalah isunya, kerana suda tentu ia adalah masalah manusia." Dia menyimpulkan dengan mengatakan bahawa "Bible hakikatnya adalah kisah pelepasan diri yang perlahan, teliti dan kadang-kala terputus-putus daripada idea Tuhan yang ganas kepada Tuhan yang penyayang dan tidak terbabit langsung dengan keganasan."[4]
Gibson dan Matthews menegaskan bahawa banyak kajian tentang keganasan dalam Bible memfokuskan keganasan dalam Perjanjian Lama sambil tidak mengendahkan atau memberi sedikit perhatian kepada Perjanjian Baru. Malahan mereka mendapati lebih menyusahkan "kajian-kajian itu yang mengangkat Perjanjian Baru sebagai sesuatu yang entah kenapa mengandungi penawar bagi keganasan Perjanjian Lama."[5]
Pertentangan yang ketara ini dalam kita-kitab suci antara "Tuhan yang pendendam" dan "Tuhan yang penyayang" adalah asas bagi ketegangan antara kecenderungan irenik dan kecenderungan eristik agama Kristian yang berlanjutan hingga ke hari ini.
Perjanjian Lama
[sunting | sunting sumber]Prinsip "mata ganti mata" sering dirujuk kepada penggunaan frasa Latin lex talionis, undang-undang keserupaan. Prinsip mata ganti mata bermaksud seseorang yang mencederakan orang lain akan mengembalikan tindakan yang menyakitkan itu kepada orang yang memulakan sebagai pampasan. Pada dasar prinsip ini adalah bahawa salah satu tujuan undang-undang ialah untuk menyediakan pembalasan setimpal bagi pihak yang disakiti.
Tafsiran Kristian terhadap petikan-petikan Bible banyak dipengaruhi oleh petikan daripada Leviticus (19:18) dalam Khutbah di atas gunung oleh Jesus. Dalam Penghuraian Syariat, Jesus menggesa pengikutnya supaya memberikan pipi yang lain apabila berhadapan dengan keganasan:
Kamu pernah mendengar bahawa dikatakan, "Satu mata ganti satu mata dan sebatang gigi ganti sebatang gigi". Tetapi aku katakan kepada kamu, jangan melawan pembuat kejahatan. Sekiranya seseorang memukul pipi kananmu, palingkan pipi yang lain kepadanya. (Templat:Bibleverse-lb, NRSV)
Kata-kata Jesus ini sering kali ditafsirkan sebagai kritikan terhadap ajaran Perjanjian Lama, dan sering dianggap membayangkan bahawa "mata ganti mata" lebih kepada menggalakkan pembalasan dendam melampau berbanding cubaan menghadkannya. Ia adalah salah satu makna 'penunaian atau pemusnahan' syariat Ibrani yang telah pun dibincangkan St. Augustine dalam Contra Faustumnya, Buku XIX.[6]
Dr Ian Guthridge mencatatkan banyak contoh penghapusan bangsa dalam Perjanjian Lama:[7]:319-320
Bible juga mengandungi kisah mengerikan tentang apa yang cuma dapat digambarkan sebagai "holokus Bible". Untuk memelihara umat terpilih (yakni bangsa Yahudi) daripada dipengaruhi oleh kepercayaan dan amalan asing penduduk asli atau berjiran, apabila Tuhan memerintahkan umat terpilih-Nya untuk menakluki Tanah yang Dijanjikan, Dia meletakkan kota demi kota 'di bawah larangan'-yang bererti bahawa setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak akan disembelih dengan mata pedang.
Takat penghapusan digambarkan dalam petikan Bible Deut 20:16–18 yang mengarahkan Bani Israil supaya "tidak membiarkan apa sahaja yang bernafas hidup...musnahkah kesemua mereka habis-habisan...".[8] oleh itu membuatkan ramai sarjana menyifatkan penghapusan itu sebagai pembunuhan kaum.[9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] Niels Peter Lemche menegaskan bahawa kolonisme Eropah pada kurun ke-19 adalah berdasarkan secara ideologinya pada penceritaan Perjanjian Lama tentang penaklukan dan penghapusan.[19]
Gambaran Tuhan yang ganas dalam kitab-kitab suci Ibrani yang membiarkan malahan mengarahkan keganasan mendatangkan masalah kepada sesetangah penganut Kristian terawal yang melihat perkara ini sebagai satu pertentangan langsung dengan Tuhan keamanan dan kasih sayang yang diakui dalam Perjanjian Baru. Barang kali contoh paling masyhur ialah Marcion yang menyingkirkan kitab-kitab suci daripada Bible versinya kerana dia mendapati Tuhan yang ganas di dalamnya. Marcion memandang Tuhan dalam Perjanjian Lama, Demiurge dan Maha Pencipta alam semesta material sebagai tuhan kepuakan yang cemburu bagi orang Yahudi yang mempunyai syariat yang mewakili keadilan timbal balik dan tuhan yang menghukum manusia disebabkan dosa mereka dengan seksaan dan kematian. Marcion menulis bahawa Tuhan dalam Perjanjian Lama adalah "tuhan yang tidak bertamadun, cemburu buta, buas, suka berperang, pemarah dan ganas yang tidak sedikit pun serupa dengan Tuhan dalam Perjanjian Baru..."[perlu rujukan] Marcion berhujah bahawa agama Kristian seharusnya berasaskan sepenuhnya pada kasih sayang Kristian. Dia pergi jauh lagi dengan mengatakan bahawa misi Jesus adalah untuk menjatuhkan Demiurge-Tuhan yang mudah berubah-ubah, kejam lagi bersifat kuku besi-dan menggantikan-Nya dengan Tuhan Maha Agung yang penyayang yang didedahkan oleh Jesus.[20]
Ajaran Marcion ditolak oleh Tertullian dalam lima karya berjudul "Against Marcion" dan Marcion akhirnya dikucilkan oleh Gereja Rom.[21]
Kesukaran yang dibawa oleh pertentangan ketara antara Tuhan dalam Perjanjian Lama dan Tuhan dalam Perjanjian Baru berlanjutan membingungkan orang Krisitian yang cuba mengharmonikan antara keduanya sehingga ke hari ini. Eric Seibert menegaskan bahawa "(f)atau ramai orang Kristian, penglibatan dalam peperangan dan pembunuhan pada halaman-halaman Perjanjian Lama adalah bukti kukuh bahawa kegiatan sebgitu mendapat restu Tuhan. ...Sikap sebegini merunsingkan kelompok pengharmoni agama dengan dahsyat dan membuktikan jenis masalah-masalah yang dicipta teks-teks ini bagi mereka."[22] Sesetengah pengharmoni moden seperti Charles Raven berhujah bahawa gereja seharusnya menolak Perjanjian Lama sebagai kitab bukan kristian, dengan demikian menggema kembali pendekatan yang diambil oleh Marcion pada kurun ke-2.[23]
Lex talionis
[sunting | sunting sumber]Maksud prinsip mata ganti mata ialah seseorang yang mencederakan orang lain harus mengembalikan tindakan yang menyakitkan itu kepada pihak yang memulakan. The exact Latin (lex talionis) to English translation of this phrase is actually "The law of retaliation."Terjemahan tepat dari bahasa Latin ke bahasa Inggeris bagi frasa ini sebenarnya ialah "The law of retaliation" (undang-undang tindakan balas). Prinsip ini berakar umbi pada satu tujuan undang-undang untuk menyediakan hukuman setimpal bagi pihak yang disakiti.
Frasa "mata ganti mata" (bahasa Ibrani ayin tachat ayin "mata di bawah mata") ialah petikan daripada beberapa petikan dalam Bible Ibrani(Templat:Bibleverse-lb, Templat:Bibleverse-lb, and Templat:Bibleverse-lb) yang bermaksud seseorang yang mencederakan mata orang lain diperintahkan untuk memberi nilai matanya sendiri sebagai pampasan. Ia mentakrifkan dan membataskan takat hukuman dalam syariat Torah.
Perkataan Inggeris talion bermaksud hukuman yang serupa terhadap kesalahan, dari perkataan Latin talio. Prinsip "mata ganti mata" sering dirujuk pada penggunaan frasa Latin lex talionis, undang-undang talion.
Ungkapan "mata ganti mata" muncul dalam Bible Ibrani. Ayat-ayat seperti Templat:Bibleverse-lb dan Templat:Bibleverse-lb yang kadang kala dialih bahasa ke dalam terjemahan orang Kristian sebagai "mata ganti mata" atau yang seumpamanya, berungkapan ayin tachat ayin yang bererti "setiap mata (kata demi kata "mata di bawah mata") dalam bahasa Ibrani yang asal. Ayat-ayat yang mengandungi ungkapan itu menyenaraikan situasi-situasi hukuman dikenakan untuk memberi pampasan bagi kecederaan dan menyatakan setiap kecederaan mesti diberi pampasan. Talmud (dalam Bava Kamma, 83b-84a), betul-betul membincangkan tabiat pampasan wang ini dalam kes-kes tort dan berhujah bahawa tafsiran sebegitu tidak boleh dipakai terhadap pesalah yang cacat penglihatan. Memandangkan Torah menghendaki bahawa hukuman boleh dipakai secara universal, frasa itu tidak boleh ditafsirkan sebegini tetapi sebegitu yang menggunapakai revisionisme pragmatik yang sama, kecederaan bernilai serupa, seperti kehilangan tangan atau kaki boleh dikenakan sekiranya pesalah itu tidak mempunyai mata. Malahan, hukuman perseorangan dengan jelas dilarang oleh Torah Templat:Bibleverse-lb, keadilan timbal balik sebegitu diperuntukan dengan ketat untuk majistret masyarakat (selalunya dalam bentuk mahkamah tempatan).
Syariat Lisan menjelaskan, berdasarkan ayat-ayat Bible, bahawa Bible memerintahkan satu bentuk pampasan wang lima bahagian yang canggih yang mengandungi bayaran bagi "kerosakan, kesakitan, belanja perubatan, ketidakupayaan dan kesakitan mental"-yang mendasari banyak kod undang-undang moden. Sebahagian buku-buku rabbi menjelaskan bahawa ungkapan "mata ganti mata, dsb." menyarankan bahawa pesalah layak kehilangan matanya sendiri, tetapi syariat Bible bersikap lembut terhadapnya. − Diparafrasa dari Jemaah Ortodoks Bersatu[24]
Bagaimana pun, Torah juga membincangkan satu bentuk keadilan timbal balik terus yang mengandungi frasa ayin tachat ayin yang muncul di tempat lain (Templat:Bibleverse-lb). Di sini, Torah membincangkan saksi palsu yang berpakat untuk memberi kesaksian terhadap orang lain. Torah menghendaki mahkamah untuk "memperlakukan terhadapnya sebagaimana dia telah berpakat memperlakukan saudaranya"(Templat:Bibleverse-lb). Dengan mengandaikan pematuhan kriteria-kriteria teknikal tertentu (seperti menghukum yang tertuduh yang belum menerima hukuman), di mana sahaja mungkin untuk menghukum orang-orang yang berpakat dengan hukuman yang betul-betul sama menerusi apa yang mereka rancang untuk mengugat saudara mereka, mahkamah menjalankan keadilan timbal balik terus ini (termasuklah apabila hukuman itu melibatkan hukuman mati). Jika tidak, pesalah akan menerima sebatan (Makot 1:1; ibid., Bab. Talmud 2a berdasarkan tafsiran kritikal Templat:Bibleverse-lb).
Torah yang wujud pada hari ini dengan jelas mengharamkan "mata ganti mata" samada dalam konteks balas dendam ataupun pampasan. Bagaimana pun, kelihatan tiada pengharaman bagi saksi palsu yang berpakat sulit dalam sesuatu konspirasi. (Terdapat satu kes Torah menyatakan "...dan kamu harus potong tangannya..." Templat:Bibleverse-lb. Para pendeta Talmud memahami erti harfiah ayat ini yang merujuk pada kes perempuan itu menyerang seorang lelaki dengan cara yang berpotensi membawa maut. Ayat ini mengajarkan bahawa walaupun seseorang mesti masuk campur untuk menyelamatkan mangsa, seseorang tidak perlu membunuh penyerang yang memabwa maut sekiranya dapat menjadikan penyerang itu tidak berkesan melalui kecederaan yang tidak membawa maut {Sifrei; Maimonides' Yad, Nezikin, Hil. Rotze'ach u'Sh'mirat Nefesh 1:7}. Apa pun, tiada satu ayat pun yang memerintahkan kecederaan kepada mata, gigi atau kaki.) Jadi, mustahil bagi kita untuk memahami "mata ganti mata, gigi ganti gigi" secara harfiah dalam konteks saksi konspirasi.
Templat:Bibleverse-lb membincangkan satu bentuk sahaja keadilan timbal balik terpencil yang tidak dilaksanakan secara langsung oleh mahkamah, yang dalam keadaan yang sangat terbatas, seseorang didapati bersalah membunuh orang dengan cuai mungkim dihukum bunuh oleh sanak saudara si mati yang mengambil peranan "penebus darah".
Bagi kes sebegitu, mahkamah menghendaki pihak yang bersalah supaya melarikan diri ke kota pelarian yang ditentukan. Ketika pihak bersalah berada di situ, "penebus darah" mungkin tidak dapat membunuhnya. Bagaimana pun, jika pihak bersalah itu meninggalkan pembuangannya secara tidak sah, "penebus darah", sebagai peserta mahkamah, mungkin dapat membunuh pihak yang bersalah itu. Meskipun begitu, peruntukan "penebus darah" tidak bertugas sebagai keadilan timbal balik yang sebenarnya, kerana penebus itu hanya bertindak untuk menghukum pembunuh yang cuai yang meninggalkan pembuangannya. Malahan, pembunuhan dengan niat tidak sejajar dengan pembunuhan cuai dan oleh itu tidak dapat memberikan secara langsung hukuman timbal balik bagi pematian orang, sebaliknya memberi penalti kerana melepaskan diri daripada hukuman (Makot 7a–13a). (Menurut syariat Yahudi tradisional, penggunaan undang-undang ini memerlukan kewujudan dan penyelenggaraan kota-kota pelarian yang ditentukan menurut Bible, dan juga sabitan di mahkamah yang layak dengan 23 orang hakim seperti yang digariskan oleh Taurat dan Talmud. Keadaan yang terkemudian itu juga terpakai kepada sebarang hukuman mati. Keadaan ini tidak wujud selama lebih kurang 2,000 tahun.)
Tafsiran Kristian terhadap petikan Bible kuat dipengaruhi oleh petikan daripada Leviticus (19:18 di atas) dalam Khutbah di Bukit Jesus. Dalam Huraian Syariat (sebahagian daripada Khutbah di Bukit), Jesus menggesa para pengikutnya supaya memberikan pipi yang lain apabila berhadapan dengan keganasan:
Kamu telah mendengar "mata dibalas dengan mata dan gigi dibalas dengan gigi". Tapi aku katakan kepada kamu, jangan melawan penjahat. Sekiranya seseorang menampar pipi kananmu, berikan juga pipi yang satu lagi [untuk ditampar]. (Templat:Bibleverse-lb, NRSV)
Kata-kata Jesus ini sering kali ditafsirkan sebagai kritikan terhadap ajaran Perjanjian Lama, dan sering dianggap sebagai membayangkan bahawa "mata dibalas mata" lebih menggalakkan balas dendam melampau daripada cubaan membataskannya. Itu adalah salah satu titik 'penunaian atau pemusnahan' syariat Ibrani yang sudah pun dibincangkan St. Augustine di dalam Contra Faustum, Buku XIX.[6]
Sebagaimana yang disebutkan di dalam bahagian terdahulu, kecenderungan semulajadi manusia adalah untuk dendam dan secara melampau. “Kamu melukai saya atau menyinggung saya jadi saya akan ambil ‘tangan dan kaki’ atau menyaman kamu atas semua yang kamu buat!” Walaupun Kod Hammurabi dan Syariat Ibrani mempunyai hukuman mati bagi banyak jenayah, “mata dibalas mata” adalah untuk membataskan pampasan kepada nilai kehilangan itu; dalam Kod Hammurabi ia dilaksanakan secara harfiah, dan dalam Syariat Ibrani dilaksanakan secara kewangan. Oleh itu, ia mungkin lebih baik dibaca 'hanya satu mata dibalas dengan satu mata'.
Genocide
[sunting | sunting sumber]Penghapusan bangsa
[sunting | sunting sumber]Dr Ian Guthridge memetik banyak contoh penghapusan bangsa di dalam Perjanjian Lama:[7]:319-320
Bible juga mengandungi cerita menggerunkan mengenai apa yang hanya dapat digambarkan sebagai "holokus Bible". Kerana, untuk memastikan umat pilihan itu jauh daripada dan tidak dipengaruhi oleh kepercayaan dan amalan asing kaum asli atau berjiran, apabila Tuhan mengarahkan umat pilihannya menakluki Tanah yang Dijanjikan, dia menempatkan kota demi kota "di dalam larangan" - yang bermaksud setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak akan disembelih dengan mata pedang.
Jadi kita baca di dalam Kitab Bilangan bahawa orang Yahudi "memerangi Midian, seperti yang diarahkan Yahweh kepada Musa, dan mereka membunuh setiap lelaki... Bani Israel menawan wanita-wanita Midian bersekali dengan anak-anak kecil mereka, dan merampas semua lembu, ternakan dan barang-barang mereka. Mereka membakar pekan-pekan tempat tinggal kaum Midian dan perkhemahan mereka... Kemudian, apabila mereka membawa tawanan-tawanan itu, dan harta rampasan perang kepada Musa..., Musa menjadi berang.... "kenapa kamu biarkan semua perempuan itu hidup...? Jadi bunuh semua kanak-kanak lelaki itu. Bunuh juga semua wanita yang pernah tidur dengan lelaki. Biarkan hanya gadis-gadis muda yang belum pernah tidur dengan lelaki sahaja hidup dan ambil mereka untuk diri kamu sendiri".Num 31:7–19.
Serupa juga di dalam Kitab Ulangan, apabila orang Yahudi menyerang kerajaan Amorite yang diperintah Sihon, "Yahweh Tuhan kita mengirimnya kepada kita... Kita menawan semua kotanya dan meletakkan keseluruhan pekan dalam larangan, lelaki, perempuan dan kanak-kanak; kita tidak biarkan sesuatu pun hidup melainkan ternakan yang kita ambil sebagai harta rampasan perang kita".Deut 2:33–35
Begitu juga dengan kerajaan Transjordan Og, raja Bashan: "Kami menawan semua pekannya pada masa itu... 60 buah pekan... Kami meletakkan mereka dalam larangan... - keseluruhan pekan itu, lelaki, perempuan dan kanak-kanak, di dalam larangan".Deut 3:4–7.
Kadang kala, larangan mungkin berbeza-beza; kerana di dalam bab terkemudian dalam kitab yang sama, kita baca bahawa "jika (sebuah pekan) menolak keamanan dan memberi penentangan,... Yahweh Tuhan kita akan menghantarnya kepada kekuasaan kamu dan kamu hendaklah bunuh semua kaum lelaki dengan pedang. Tetapi kaum perempuan, kanak-kanak, ternakan dan semua yang ada di dalam pekan itu, semua rampasannya, kamu boleh ambil untuk dirimu sendiri sebagai harta rampasan perang.Deut 20:12–14.
Di dalam Kitab Joshua, kita baca tentang kes yang paling masyhur - jatuhnya Jericho: "Kemudian Yahweh berkata kepada Joshua, 'Sekarang aku menghantar Jericho dan rajanya ke dalam tanganmu". Jadi, apabila "tembok-tembok Jericho runtuh", pahlawan-pahlawan Yahudi "memaksakan larangan ke atas setiap yang ada di dalam pekan itu: lelaki dan perempuan, tua dan muda, malahan lembu dan kambing serta keldai, semuanya mereka bunuh".Joshua 6:21Template:Bibleverse with invalid book
Sama juga dengan orang Ai; kerana "Yahweh berkata kepada Joshua... "Kamu harus buat terhadap Ai dan rajanya seperti mana yang kamu buat terhadap Jericho dan rajanya..."Joshua 8:2Template:Bibleverse with invalid book dan "bilangan mereka yang mati pada hari itu, lelaki dan perempuan semua sekali, adalah 12 ribu orang, semua orang Ai ... Semuanya dibunuh dengan mata pedang".Joshua 8:24–25Template:Bibleverse with invalid book
Sama juga dengan Kan'an selatan, yang "Yahweh berikan kepada kekuasaan Israel; dan Israel memukul setiap makhluk bernyawa di situ dengan mata pedang, dan tiada satu pun yang dibiarkan hidup".Joshua 10:30Template:Bibleverse with invalid book Sama juga di Lachish yang "tiada seorang pun dibiarkan hidup."Joshua 10:33Template:Bibleverse with invalid book
Perjanjian Lama mengandungi petikan-petikan Tuhan mengarahkan Bani Israel menghapuskan tujuh bangsa Kan'an, dan menggambarkan beberapa peperangan penghapusan yang menghancurkan keseluruhan kota-kota atau kumpulan manusia. Contohnya termasuklah cerita Amalek(Deut 25:17–19, 1 Sam 15:1–6), dan arahan untuk memusnahkan mereka,[25] cerita Midian(Numbers 31:1–18Template:Bibleverse with invalid book),[26] dan pertempuran Jericho (Joshua 6:1–27Template:Bibleverse with invalid book).[27]
[28] [29] [30][31][32] Takat penghapusan itu digambarkan di dalam petikan kitab suci Deut 20:16–18 yang mengarahkan Bani Israel supaya "tidak membiarkan sebarang benda yang bernyawa hidup... musnahkan mereka sepenuhnya...".[33] lalu membawa ramai sarjana untuk menyifatkan penghapusan-penghapusan itu sebagai penghapusan bangsa.[9] [10] [12] [13] [14] [15] [17] [18] [34] [35] Niels Peter Lemche menegaskan bahawa kolonisme Eropah pada kurun ke-19 adalah berdasarkan secara ideologi pada penceritaan Perjanjian Baru mengenai penaklukan dan penghapusan.[19] Arthur Grenke mendakwa bahawa pandangan atau perang yang diungkapkan di dalam Ulangan menyumbang pada kemusnahan Orang Asli Amerika dan kepada kemusnahan Orang Yahudi Eropah.[36]
Perjanjian Baru
[sunting | sunting sumber]Gedaliahu G. Stroumsa menegaskan bahawa kecenderungan 'irenik' dan 'eristik' (iaitu keamanan dan persengketaan) wujud bersama di dalam Perjanjian Baru.[37] Stroumsa memetik Khutbah di Bukit (Matthew 5:43–48Template:Bibleverse with invalid book, Luke 6:25–33Template:Bibleverse with invalid book) sebagai contoh petikan irenik di dalam Perjanjian Baru. Sebagai contoh kitab suci eristik, Stroumsa memetik petikan Injil yang berikut:[37]
- Jangan fikir bahawa aku datang membawa keamanan kepada dunia; aku tidak datang membawa keamanan sebaliknya membawa pedang.Matthew 10:34Template:Bibleverse with invalid book
- Aku datang membawa api kepada dunia dan betapa aku berharap ia sudahpun dinyalakan! Adakah kamu fikir aku datang membawa keamanan kepada dunia? Tidak, aku katakan kepada kamu, tetapi perpecahan.Luke 12:49–51Template:Bibleverse with invalid book
- Dan dia berkata kepada mereka, Apabila aku hantar kamu tanpa wang, dan skrip, dan kasut, adakah kamu kekurangan sesuatu? Dan mereka berkata, tiada. Kemudian dia berkata kepada mereka, Tetapi sekarang, dia yang mempunyai wang, biarkan dia mengambilnya, dan juga skripnya: dan dia yang tidak mempunyai pedang, biarkan dia menjual pakaiannya, dan sebilah. Kerana aku katakan kepada kamu, bahawa ini adalah apa yang tertulis masih belum ditunaikan padaku, dan dia dianggap di kalangan pelanggar: kerana perkara yang berkaitan denganku mempunyai penamat. Dan mereka berkata, Tuan, lihatlah, di sini ada dua bilah pedang. Dan dia berkata kepadaa mereka, Itu sudah cukup.Luke 22:35–38Template:Bibleverse with invalid book
Kata-kata dan perlakuan Jesus yang lain yang dipetik sebagai contoh penerimaan tanpa kata-kata terhadap keganasan termasuklah: ketiadaan sebarang kecaman terhadap askar yang meminta Jesus supaya menyembuhkan pelayannya, pembersihan Haikalnya, dan menerusi pesuruhnya, membaptis seorang Centurion Rom yang tidak pernah diminta terlebih dahulu melepaskan senjatanya.[38]
W.E. Addis memetik kes askar diarahkan menjalankan tugas mereka oleh Yahya si Pembaptis, dan kes tentera yang dikasihi al-Maish dan pesuruhnya dan berbual dengan rapat (Luke 3:14Template:Bibleverse with invalid book, Acts 10Template:Bibleverse with invalid book,Matthew 8:5Template:Bibleverse with invalid book), tanpa sepatah perkataan pun yang membayangkan bahawa panggilan mereka adalah haram, cukup membuktikan perkara itu."[38]
Menurut Steve Friesen, Kitab Wahyu telah digunakan dalam kumpulan meluas setting, banyak daripadanya yang bersifat maut. Antaranya, Friesen menyenaraikan permusuhan Kristian, imperialisme Kristian dan keganasan mazhab Kristian.[39]
Terdapat juga petikan yang disandarkan kepada dakwah Jesus yang digunakan untuk menyokong pasifisme Kristian, seperti:[40]
"Jangan melawan orang jahat. Jika seseorang menampar pipi kananmu, berikan juga pipi yang satu lagi" (Matthew 5:39Template:Bibleverse with invalid book)
"Sarungkan pedangmu di tempatnya.. kerana orang yang menghunuskan pedang akan mati disebabkan pedang" (Matthew 26:52Template:Bibleverse with invalid book)
"Pendamai akan diberkati, kerana mereka akan digelar anak-anak Tuhan" (Matthew 5:9Template:Bibleverse with invalid book)
"Kasihilah musuhmu, berbuat baiklah kepada mereka yang memusuhimu, berkatilah mereka yang mengutukmu, doakanlah mereka yang menganiayaimu" (Matthew 5:43–48Template:Bibleverse with invalid book, Luke 6:27–28Template:Bibleverse with invalid book)
"Berbuatlah kepada oraang sebagaimana kamu mahu diperbuatkan oleh orang lain" (Matthew 7:12Template:Bibleverse with invalid book, Luke 6:31Template:Bibleverse with invalid book)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Boustan, Ra'anan S. (2010). Violence, Scripture, and Textual Practice in Early Judaism and Christianity. BRILL.
- ^ Jenkins, Philip (March 8, 2009). "Dark Passages". Boston Globe. Dicapai pada 2010-11-26.
the Bible overflows with "texts of terror," to borrow a phrase coined by the American theologian Phyllis Trible. The Bible contains far more verses praising or urging bloodshed than does the Koran, and biblical violence is often far more extreme, and marked by more indiscriminate savagery. … If the founding text shapes the whole religion, then Judaism and Christianity deserve the utmost condemnation as religions of savagery.
- ^ |quote=The Old Testament has a reputation: it is a book filled with violence, including the violence of God. The New Testament commonly avoids such a charge; but it, too, is filled with violent words and deeds, and Jesus and the God of the New Testament are complicit in this violence.
- ^ Hemer, John (April 2003). "Violence & The Bible". Dicapai pada 2010-11-21.
- ^ Gibson, Leigh; Matthews, Shelly (2005). Violence in the New Testament. Continuum International Publishing Group. m/s. 3.
- ^ a b Contra Faustum, Augustine of Hippo, NewAdvent. Diarkibkan 2006-12-06 di Wayback Machine
- ^ a b Ian Guthridge (1999). The Rise and Decline of the Christian Empire. Medici School Publications,Australia. ISBN 978-0-9588645-4-1.
- ^ Ruttenberg, Danya, Jewish Choices, Jewish Voices: War and National Security Danya Ruttenberg (Ed.) page 54 (citing Reuven Kimelman, "The Ethics of National Power: Government and War from the Sources of Judaism", in Perspectives, Feb 1987, pp 10-11)
- ^ a b Grenke, Arthur, God, greed, and genocide: the Holocaust through the centuries, pp 17-30
- ^ a b Philip Jenkins - quoted in NPR article "Is The Bible More Violent Than The Quran?" by Barbara Hagerty. Online at Is The Bible More Violent Than The Quran? : NPR.
- ^ Kravitz, Leonard, "What is Crime?", in Crime and punishment in Jewish law: essays and responsa, EditorsWalter Jacob, Moshe Zemer, Berghahn Books, 1999, p 31.
- ^ a b Magid, Shaul, "Subversion as Return: Scripture, Dissent, and Renewal in Contemporary Judaism, in Subverting Scriptures: Critical Reflections on the Use of the Bible Beth Hawkins Benedix (Ed), pp 217-236, p 234.
- ^ a b Cohn, Robert L, "Before Israel: The Canaanites as Other in Biblical Tradition", in The Other in Jewish thought and history: constructions of Jewish culture and identity, Laurence Jay Silberstein, (Ed.), NYU Press, 1994, pp 76-77
- ^ a b Boustan, Ra'anan S., Violence, Scripture, and Textual Practice in Early Judaism and Christianity, BRILL, 2010, pp 3-5
- ^ a b Firestone, Reuven, "Judaism on Violence and Reconciliation: An Examination of Key Sources", in Beyond violence: religious sources of social transformation in Judaism, Christianity, and Islam, James Heft (Ed.), Fordham Univ Press, 2004, p 75
- ^ Ehrlich, Carl S., "Joshua, Judaism, and Genocide" in Jewish Studies at the Turn of the Twentieth Century,BRILL, 1999, pp 121-122
- ^ a b Garber, Zev, "Deconstructing Theodicy and Amalekut", in Post-Shoah dialogues: re-thinking our texts together, James F. Moore (Ed.), University Press of America, 2004, pp 241-243.
- ^ a b Van Wees, Hans, "Genocide in the Ancient World", in The Oxford Handbook of Genocide Studies, Donald Bloxham, A. Dirk Moses (Eds), p 242.
- ^ a b Lemche, Niels Peter, The Old Testament between theology and history: a critical survey, Westminster John Knox Press, 2008,
pp 315–316:
- "The [Biblical] story of the 'morally supreme people' that defeats and exterminates another, inferior, nation was part of the ideological baggage of European imperialists and colonizers throughout the nineteenth century. It was also carried by European Jews who,... migrated to Palestine to inherit their ancestral country … In this modern version of the biblical narrative, the Palestinian population turned into 'Canaanites', supposed to be morally inferior to the Jews, and of course the Arabs were never considered their equals … The Bible was the instrument used to suppress the enemy".
- ^ Metzger, Bruce. Canon of the NT ISBN 978-0-19-826180-3; The Catholic Encyclopedia of 1913 characterized Marcion as "perhaps the most dangerous foe Christianity has ever known."; Harnack's Origin of the New Testament: "Marcion, on the contrary, treats the Catholic Church as one that “follows the Testament of the Creator-God,” and directs the full force of his attack against this Testament and against the falsification of the Gospel and of the Pauline Epistles by the original Apostles and the writers of the Gospels. He would necessarily have dealt with the two Testaments of the Catholic Church if the Church had already possessed a New Testament. His polemic would necessarily have been much less simple if he had been opposed to a Church which, by possessing a New Testament side by side with the Old Testament, had ipso facto placed the latter under the shelter of the former. In fact Marcion’s position towards the Catholic Church is intelligible, in the full force of its simplicity, only under the supposition that the Church had not yet in her hand any “litera scripta Novi Testamenti.”"
- ^ Pixley, Jorge V. (2004). Jeremiah. Chalice Press. m/s. 65.
- ^ Seibert, Eric A. (2009). Disturbing divine behavior: troubling Old Testament images of God. Fortress Press.
- ^ Hawkin, David J. (2004). The twenty-first century confronts its gods: globalization, technology, and war. SUNY Press. m/s. 121.
- ^ Torah, Union of Orthodox Congregations.
- ^ A. G. Hunter "Denominating Amalek: Racist stereotyping in the Bible and the Justification of Discrimination", inSanctified aggression: legacies of biblical and post biblical vocabularies of violence, Jonneke Bekkenkamp, Yvonne Sherwood (Eds.). 2003, Continuum Internatio Publishing Group, pp 92-108
- ^ Dawkins, Richard (2006). The God delusion. Houghton Mifflin Harcourt. m/s. 245. ISBN 978-0-618-68000-9.
- ^ Dawkins, Richard, The God Delusion', pp 289 - 296
- ^ Hitchens, Christopher, God is Not Great page 117
- ^ Selengut, Charles, Sacred fury: understanding religious violence, p 20
- ^ Cowles, C. S., Show them no mercy: 4 views on God and Canaanite genocide, page 79
- ^ Salaita, Steven George (2006). The Holy Land in transit: colonialism and the quest for Canaan. Syracuse University Press. m/s. 54. ISBN 978-0-8156-3109-5.
- ^ Armstrong, Karen (2007). The Bible: a biography. Atlantic Monthly Press. m/s. 211–216. ISBN 978-0-87113-969-6.
- ^ Ruttenberg, Danya, Jewish Choices, Jewish Voices: War and National Security Danya Ruttenberg (Ed.) page 54 (citing Reuven Kimelman, "The Ethics of National Power: Government and War from the Sources of Judaism", inPerspectives, Feb 1987, pp 10-11)
- ^ Kravitz, Leonard, "What is Crime?", in Crime and punishment in Jewish law: essays and responsa, Editors Walter Jacob, Moshe Zemer, Berghahn Books, 1999, p 31.
- ^ Ehrlich, Carl S., "Joshua, Judaism, and Genocide" in Jewish Studies at the Turn of the Twentieth Century, BRILL, 1999, pp 121-122
- ^ Grenke, Arthur, God, greed, and genocide: the Holocaust through the centuries, New Academia Publishing, LLC, 2005, pp 17–18:
- "Discussing the influence of Christian beliefs on the destruction of the Native peoples in the Americas, Stannard argues that while the New Testament view of war is ambiguous, there is little such ambiguity in the Old Testament. He points to sections in Deuteronomy in which the Israelite God, Yahweh, commanded that the Israelites utterly destroy idolaters whose land they sought to reserve for the worship of their deity (Deut 7:2, 16, and 20:16-17). … According to Stannard, this view of war contributed to the .. destruction of the Native peoples in the Americas. It was this view that also led to the destruction of European Jewry. Accordingly, it is important to look at this particular segment of the Old Testament: it not only describes a situation where a group undertakes to totally destroy other groups, but it also had a major influence on shaping thought and belief systems that permitted, and even inspired, genocide."
- ^ a b Stroumsa, Gedaliahu G. "Early Christianity as Radical Religion". Concepts of the other in Near Eastern religions. m/s. 176. Diarkibkan daripada yang asal
|archive-url=
requires|url=
(bantuan) pada 2012-03-10. Unknown parameter|editors=
ignored (bantuan); Unknown parameter|chapterurl=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|trans_chapter=
(bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ a b War, A Catholic Dictionary: Containing some Account of the Doctrine, Discipline, Rites, Ceremonies, Councils, and Religious Orders of the Catholic Church, W. E Addis, T. Arnold, Revised T. B Scannell and P. E Hallett, 15th Edition, Virtue & Co, 1953, Nihil Obstat: Reginaldus Philips, Imprimatur: E. Morrogh Bernard, 2 October 1950, "In the Name of God : Violence and Destruction in the World's Religions", M. Jordan, 2006, p. 40
- ^ Barr, David L. (2006). The reality of Apocalypse: rhetoric and politics in the book of Revelation. Society of Biblical Literature. m/s. 127.
- ^ Orr, Edgar W. (1958). Christian pacifism. C.W. Daniel Co. m/s. 33. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)