Pergi ke kandungan

Kodeks Leicester

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Halaman Kodeks Leicester

Kodeks Leicester ialah himpunan penulisan Leonardo da Vinci yang sebahagian besarnya terdiri daripada penulisan saintifik. Kodeks ini mengambil nama Thomas Coke, Earl of Leicester, yang membelinya pada tahun 1719. Daripada 30 jurnal saintifik Leonardo, Kodeks ini mungkin yang paling termasyhur.

Kodeks ini memberi wawasan tentang minda ingin tahu pelukis, ahli sains dan pemikir Zaman Pembaharuan yang definitif dan sebagai contoh luar biasa pertalian antara seni dan sains, dan daya cipta proses saintifik.

Gambaran am

[sunting | sunting sumber]

Manuskrip tidak dalam bentuk skrip lelurus, akan tetapi ia merupakan campuran pemerhatian dan teori-teori Leonardo berkaitan ilmu falak; sifat-sifat air, batu, dan fosil; udara, dan chaya cakerawala. Tajuk-tajuk yang dibincangkan termasuk:

  • penjelasan mengapa fosil dan ditemui di kawasan gunung-ganang. Beratus tahun sebelum plat tektonik menjadi teori, Leonardo mempercayai bahawa gunung-ganang berasal dari dasar laut yang menaik sehinggalah membentuk gunung.
  • pergerakan air. Ini menjadi topik utama Kodeks Leicester. Antara lain, leonardo menulis tentang pengaliran air di dalam sungai, dan bagaimana ia terjejas oleh rintangan kepada pengaliran. darpiada pemerhatiannya beliau membuat saranan berkaitan pembinaan jambatan dan hakisan.
  • kilauan Bulan. Leonardo membuat tekaan bahawa permukaan Bulan disaluti air, yang memantul cahaya Matahari. Dalam model ini, ombak-ombak pada permukaan Bulan menyebabkan pantulan cahaya ke pelbagai arah, dan dengan ini cuba menerangkan mengapa Bulan tidak seterang Matahari. Leonardo menerangkan bahawa cahaya kabur pada bahagian gelap bulan sabit disebabkan cahaya Matahari yang terpantul dari Bumi. Justeru, beliau memerikan fenomenon pancaran planet seratus tahun sebelum ahli falak Jerman, Johannes Kepler, membuktikannya.

Dari segi fizikal, Kodeks berbentuk 18 helaian kertas, setiap satu dilipat setengah dan ditulis pada kedua-dua muka, membentuk dokumen lengkap berhalaman 72 muka. Helaian-helaian digam buat sautu ketika, akan tetapi sekarang halaman-halaman dipamerkan berasingan. Ia ditulis tangan dalam bahasa Itali oleh Leornado, dengan tulisan cermin dan disokong dengan banyak lukisan dan diagram.

Kodeks dibeli pada tahun 1980 oleh tokoh industri dan pengumpul seni Armand Hammer daripada pewaris Leicester. Hammer cuba menukar nama Kodeks kepada Kodeks Hammer.[1]


Sejarah terakhir

[sunting | sunting sumber]

Kodeks dijual kepada Bill Gates oleh syarikat lelongan Christie's pada 11 November 1994 dengan harga $US30,802,500 di New York.[2] Selepas pembelian, Gates mengimbas halaman-halamannya yang sebahagiannya diedarkan sebagai fail penyelamat skrin dan kertas dinding dalam CD-ROM sebagai Microsoft Plus! for Windows 95. sebuah CD komprehensif bertajuk Leonardo da Vinci diedarkan oleh Corbis pada tahun 1997.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Christopher Reynolds and Hugh Hart (15 January 2007). "The Da Vinci codex versus the museum code". LA Times. Dicapai pada 27 March 2013.
  2. ^ Christie, Manson and Woods, sale 8030, 11 November 1994

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Leonardo da Vinci