Takat didih
Penampilan
Takat didih satu bahan adalah suhu tertentu di mana bahan tersebut boleh berubah dari keadaan cecair kepada gas. Satu cecair juga boleh berubah kepada gas pada suhu di bawah takat didih melalui proses penyejatan. Apa-apa perubahan daripada cecair kepada gas pada takat didih dipanggil pemejalwapan. Walau bagaimanapun, penyejatan hanyalah satu fenomena permukaan di mana hanya molekul yang berada pada permukaan cecair/gas yang boleh tersejat. Pendidihan sebaliknya adalah satu proses menyeluruh di mana pada takat didih, mana-mana molekul di dalam cecair mungkin boleh diterluwapkan dalam bentuk buih-buih wap.