Razali Ibrahim
Razali Ibrahim DIMP, DCSM, SMW[1] | |
---|---|
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Timbalan Menteri Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 10 April 2009 – 3 April 2013 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | Liow Tiong Lai |
Digantikan oleh | M. Saravanan |
Timbalan Menteri Pelajaran | |
Dalam jawatan 13 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
Perdana Menteri | Abdullah Ahmad Badawi |
Didahului oleh | Noh Omar |
Digantikan oleh | Mohd Puad Zarkashi |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Muar | |
Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Robia Kosai |
Digantikan oleh | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman |
Majoriti | 1,646(PRU-13) 4,661 (PRU-12) 13,415 (PRU-11) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Seri Menanti, Muar, Johor | 14 Oktober 1970
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Seri Melissa Shireen Munshir |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (LLB) |
Pekerjaan | Peguam |
Laman web | Blog YB Razali Ibrahim |
Datuk Seri[2] Razali Ibrahim (lahir 14 Oktober 1970) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dan bekas Ahli Parlimen Muar, Johor dari Barisan Nasional - UMNO. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Johor.[3] adalah seorang ahli politik Malaysia dan merupakan Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Muar di Negeri Johor selama tiga penggal (2004-2018).[4] Beliau adalah ahli parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di dalam gabungan parti pembangkang Malaysia Barisan Nasional. Sebelum ini, beliau adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2013 hingga 2018.[5][6]. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih).
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]YB mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Kebun Teh, Johor Bahru dan kemudian di Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Beliau kemudiannya meneruskan persekolahan menengahnya di Maktab Rendah Sains MARA Terendak, Kem Terendak, Melaka. Selepas Peperiksaan SPM yang cemerlang, beliau melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya memperolehi Ijazah (Sarjana muda Undang-Undang) Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994.
Bekas aktivis pelajar dan pernah dilantik memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) selama dua penggal iaitu dari 1991-1992 dan 1992-1993. Aktif Bermain Ragbi semasa zaman pelajar dan pernah menjadi Kapten Bangi Bandit dari tahun 1990-1993. Beliau sekarang aktif bermain badminton. Beliau telah berkahwin dengan seorang peguam iaitu Datin Melissa Shireen Munshir dan telah mendapat dua orang cahaya mata iaitu Razmel Razali (16 tahun) dan Myra Alissa Razali (14 tahun).
Politik
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1999, Datuk Seri Razali menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda dan Bendahari UMNO Cawangan Seri Impian, Bahagian UMNO Muar. Setelah itu pada tahun 2004, beliau menjadi Pengerusi Belia Dan Sukan UMNO Bahagian Muar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar dan Johor. Setelah YB Khairy Jamaluddin memegang Ketua Pemuda UMNO, beliau dilantik menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2008.
Pilihan raya Malaysia
[sunting | sunting sumber]2004
[sunting | sunting sumber]Beliau memenangi kerusi Muar dengan majoriti 13,415 undi pada pilihan raya umum ke-11 menewaskan calon Pas, Mohamad Taib.[7][8][9]
2008
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Razali Bin Ibrahim bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Muar , negeri Johor. Razali Bin Ibrahim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16986.
Calon lawan ialah Nah binti Budin dari PKR, mendapat 12,325 - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 73.8%. Undi rosak sebanyak 902.
Ahli Parlimen
[sunting | sunting sumber]Beliau menjadi Ahli Parlimen Muar di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 setelah mengalahkan Mohamad Taib dari PAS dengan majoriti ssebanyak 13,415 undi.
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi ahli parlimen Muar setelah mengalahkan calon dari Parti Keadilan Nasional, Nah Budin dengan majoriti sebanyak 4,661 undi. Beliau memperolehi 16,986 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 12,325 undi.
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 beliau menjadi ahli parlimen Muar sekali lagi setelah mengalahkan calon dari Parti Keadilan Nasional, Norhizwan Ahmad dengan majoriti sebanyak 1,646 undi. Beliau memperolehi 20,867 undi berbanding dengan lawannya yang memperolehi hanya 19,221 undi.
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Pagoh | Razali Ibrahim | BN (UMNO) | 14,426 | Mahiaddin Yassin | PN (BERSATU) | 24,986 | 10,007 |
Iskandar Shah | PH (PKR) | 14,979 | ||||||
2018 | Muar | Razali Ibrahim | BN (UMNO) | 15,388 | Syed Saddiq Syed Abdul Rahman | PH (BERSATU) | 22,341 | 6,953 |
Abdul Aziz Talib | PAS | 4,354 | ||||||
2013 | Razali Ibrahim | BN (UMNO) | 20,867 | Nor Hizwan Ahmad | PKR | 19,221 | 1,646 | |
2008 | Razali Ibrahim | BN (UMNO) | 16,986 | Nah Budin | PKR | 12,325 | 4,661 | |
2004 | Razali Ibrahim | BN (UMNO) | 21,116 | Mohamad Taib | PAS | 7,701 | 13,415 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 370 dapat pingat sempena Hari Wilayah
- ^ YB DATUK SERI HAJI RAZALI BIN HAJI IBRAHIM
- ^ Razali serah nasib kepada pengundi, Utusan Malaysia. 1 Februari 2008.
- ^ "Hindraf's Waytha Moorthy, Maybank CEO & Khairy all appear in Najib's new Cabinet". Yahoo Newsroom. 15 May 2013. Dicapai pada 29 October 2014.
- ^ "Four to contest Umno deputy Youth chief post". The Star. 5 September 2013. Dicapai pada 29 October 2014.
- ^ Irwan Muhammad Zain (20 October 2013). "Three UMNO Youths in supreme council". Astro Awani. Dicapai pada 29 October 2014.
- ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Star Publications (Malaysia). Dicapai pada 28 January 2010. Angka peratusan dikira berdasarkan jumlah pemilih. Termasuk hasil daripada pilihan raya umum 2004. * menunjukkan penyandang terkini.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 11 March 2017. Keputusan hanya boleh didapati pada pilihan raya umum 2004.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 March 2010. Angka peratusan dikira berdasarkan jumlah pemilih.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Orang hidup
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Muar
- Orang dari Johor
- Kelahiran 1970
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13