Pergi ke kandungan

Mohd Razlan Rafii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii (Jawi : محمد رزلن بن محمد رافيا) dilahirkan pada tanggal 31 Januari 1974 di Sungai Besar, Selangor. Beliau merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Kini beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia, YAB Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

Di peringkat UMNO, beliau merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan juga memegang jawatan selaku Ketua UMNO Bahagian Seputeh.

Beliau mula dikenali kerana kelantangan menyuarakan pendapat dan memperjuangkan kepentingan UMNO.

Datuk
Mohd Razlan Rafii
محمد رزلان رفيعي
RajaKDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Perdana MenteriYAB Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim
Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia
Menyandang jawatan
2022
Menteri Ahmad Zahid Hamidi
Maklumat peribadi
Lahir31 Januari 1974 (50 Tahun)
Sungai Besar, Selangor
KewarganegaraanMalaysian
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
KediamanPutrajaya
PekerjaanAhli Politik

Wilayah Persekutuan

2017 : Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W)

2015 : Johan Mahkota Wilayah (J.M.W)

Melaka

2014 : Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M)

2022 - Kini : Setiausaha Politik, kepada YAB Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

2020 - 2022 : Anggota Suruhanjaya, Syarikat Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

2021 - 2021 : Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

2016 - 2018 : Ahli Lembaga Pengarah, BHIC Defence Techservices Sdn Bhd ; Boustead Holding Berhad

2015 - 2018 : Pengarah, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan ; Kementerian Wilayah Persekutuan

2017 - 2018 : Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Stadium Malaysia

2017 - 2018 : Ahli Lembaga Pelawat, Institut Jantung Negara (IJN)

2012 - 2015 : Pengerusi Lembaga Pengarah, Sewara Engineering Sdn Bhd

2004 - 2011 : Pengurus Pre-Press, Utusan Melayu (M) Berhad

1995 - 2004 : Penolong Pengurus Jabatan Pengeluaran, New Straits Times Berhad (NST)

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

2024 : Professional Master In Business Administration, Universiti Teknologi Malaysia

1995 : Diploma Teknologi Maklumat, Institut Teknologi Tun Abdul Razak / Program Berkembar Institute Technology Swansea, Wales, United Kingdom

1993 : Diploma Sains Komputer, Institut Teknologi Tun Abdul Razak / Program Berkembar Institute Technology Swansea, Wales, United Kingdom

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Ugutan Bakar Pejabat DAP

2014 : DAP telah membuat laporan Polis mendakwa bahawa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan bersama beberapa barisan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan melakukan ugutan membakar Ibu Pejabat DAP di Jalan Pudu.

Hal ini berlaku ekoran ketidakpuasan hati ahli-ahli UMNO terutamanya yang mengecam kenyataan ‘UMNO Celaka’ oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, YB RSN Rayer.


Tembak

2019 : Bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Rafii memperjelaskan maksud 'tembak' yang dikatakan ditujukan kepada DAP menerusi Twitternya. Menurutnya, perkataan tembak ini mempunyai banyak maksud.

"Tembak ini boleh juga membawa maksud balun, balas kata-kata, sembur...ia macam bahasa pasar...di sini maksudnya bukanlah saya suruh angkat senjata atau apa. Maksud tembak itu telah disalah tafsir oleh pemimpin DAP yang kurang fasih Bahasa Melayu," katanya selepas dirakam keterangan berikutan kenyataan yang berbaur ancaman.


Warkah Ke Istana Negara

2021 : Beliau telah mengirimkan warkah kepada Yang diPertuan Agong Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menyatakan kebimbangan serta kegusaran rakyat di bawah ketika YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui negara tanpa hala tuju yang jelas.

Dalam warkah tersebut, beliau memohon perkenan Tuanku untuk melihat keadaan rakyat, baik dari segi ekonomi dan pelbagai lagi.