Rizam Ismail
Rizam Ismail PMW (WP) | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
Menyandang jawatan 21 Ogos 2023 | |
Menteri Besar | Amirudin Shari |
Didahului oleh | Borhan Aman Shah (Pembangunan Luar Bandar & Kampung Tradisi) Siti Mariah Mahmud (Perpaduan) |
Portfolio | Kemajuan Desa dan Luar Bandar, Kemampanan Kampung Tradisi dan Perpaduan Nasional |
Setiausaha Politik kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia | |
Dalam jawatan 2022–2023 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Sungai Air Tawar | |
Menyandang jawatan 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 846 (PRU-15) 1,440 (PRU-14) |
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia | |
Dalam jawatan 2021–2022 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor | 30 Januari 1981
Parti politik | ![]() ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Berhormat Datuk Rizam Ismail (lahir 30 Januari 1981) ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Selangor dan ADN Sungai Air Tawar. Di peringkat parti beliau ialah Ketua UMNO Sabak Bernam.
Latar Belakang
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 30 Januari 1981 berasal dari Kampung Tebuk Mufrad, Sungai Air Tawar Sabak Bernam.
Berpendidikan tinggi dalam Diploma of Leadership and Management Institute of Australia pada 2016, beliau kini menyambung pelajaran di Lincoln University College dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Politik.
Rizam kini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan Selangor (PAC) dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) sejak tahun 2018.
Pada peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Selangor sejak 2018 sehingga kini.
Malah beliau juga mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam selama lapan tahun dan masih menerajui tampuk kepimpinan itu.
Bekas Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sabak Bernam ini bukan sahaja aktif membantu golongan memerlukan, beliau juga sering dilihat menyantuni anak muda.
Beliau berusia 40 tahun, kini menjadi Penaung Kelab Belia MAYC Era Baru, Pengerusi Kelab Rekreasi dan Komuniti Parlimen Sabak Bernam dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Kampung Tebuk Mufrad.
Bukan itu sahaja, beliau juga diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun kecil Malaysia daerah Sabak Bernam.
Pada Pilihan Raya Umum Ke -14, Rizam daripada Barisan Nasional menang dengan mendapat 5,437 undian ketika menentang Zamri Yahya daripada parti Gagasan Sejahtera yang mendapat 3,997 undi. Majoriti undi sebanyak 1,440.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]- Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (January 2023 - Kini)
- Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan (2021-2022)
- ADUN Sungai Tawar (2018-kini)
- Ketua Pembangkang DUN Selangor (2018-kini)
- Koordinator Pembangunan Persekutuan N.01 Kawasan Dun Sungai Air Tawar (2016-2018)
Jawatan dalam parti politik:
[sunting | sunting sumber]- Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam (2023-kini)
- Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia (2021-2023)
- Ketua Pemuda UMNO Selangor (2018-2023)
- Jawatankuasa Biro Pengkaderan UMNO Malaysia (2018-2023)
- Ketua Pemuda Umno Bahagian Sabah Bernam (2013-2023)
- Ketua UMNO Cawangan Tebuk Mufrad (2018-kini)
- Naib Ketua Pemuda UMNO Sabak Bernam (2008-2013)
- AJK Pemuda UMNO Bahagian Sabah Bernam (2004-2008)
Penglibatan dalam pertubuhan sukarela:
[sunting | sunting sumber]- Ahli Jemaah Pengarah Peladang PPK Bernam Jaya (2014-kini)
- Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sabak Bernam (2016-2018)
- AJK Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Selangor (2017-2019)
- Pengerusi Gerakan Belia 4B Kampung Tebuk Mufrad (2017-kini)
- Pengerusi Persatuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Sabak Bernam (2015-kini)
- Pengerusi Kelab Rekreasi dan Komuniti Parlimen Sabak Bernam (2013-kini)
- Pengerusi Kelab Sukan bermotor Sg Lang Drag Race Parlimen Sabak Bernam (2014-kini)
- Penaung Kelab Belia MAYC Era Baru (2018-kini)
- Pengerusi Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun kecil Malaysia daerah Sabak Bernam
Pencapaian anugerah:
[sunting | sunting sumber]- Ikon Pengerusi JKKKP Negeri Selangor (2015)
- Johan Anugerah Belia Perdana Kategori Pertubuhan Peringkat Negeri Selangor (2008)
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]- Sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam Master of Business Administration (MBA) in Public Policy (by coursework) (2018)
Politik
[sunting | sunting sumber]Rizam Ismail bertanding pada pilihan raya umum ke-14 dan memenangi kerusi DUN Sungai Air Tawar. Pada 4 September 2018, Rizam Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor.[2][3]
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | Sungai Air Tawar | Rizam Ismail | BN (UMNO) | 7,870 | Zaidi Selamat | PN (BERSATU) | 7,024 | 846 |
2018 | Rizam Ismail | BN (UMNO) | 5,437 | Zamri Yahya | PAS | 3,997 | 1,440 | |
Mohd Hamizar Sulaiman | PH (BERSATU) | 3,921 |
Skuad Sabil Malaysia
[sunting | sunting sumber]SKUAD SABIL MALAYSIA adalah badan uniform dibawah Pergerakan Pemuda UMNO. ia merupakan badan sukarela yang di anggotai oleh ahli UMNO tanpa mengira umur ataupun keupayaan fizikal.
Skuad ini diwujudkan secara bertanzim dan bersistem di mana ia membolehkan peserta tidak sahaja mampu untuk mencurahkan khidmat bakti namun turut melatih mereka untuk bekerja secara sistematik, berkumpulan dan terancang. Ia juga merupakan satu platform baharu bagi para sukarelawan Pemuda UMNO Malaysia untuk mendalami ilmu berorganisasi dan berpasukan.[4]
Idea asal menubuhkan pasukan beruniform sukarelawan datang dari Pemuda UMNO Negeri Selangor dibawah kepimpinan YB Datuk Rizam Ismail , Ketua Pemuda Negeri Selangor pada tahun 2019 yang mahu sebuah badan yang khusus dalam membantu rakyat menghadapi masalah bencana alam dan masalah masyarakat di Selangor.
Idea ini mendapat perhatian Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan diangkat ke peringkat Pemuda UMNO pusat dan kemudiannya di tubuhkan Skuad Sabil Malaysia.
Skuad Sabil Malaysia telah ditubuhkan secara rasmi pada 25 Ogos 2019 oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO di majlis penutupan Kursus Asas Skuad Sabil Malaysia Siri 1 di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU) Janda Baik.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Keputusan pilihan raya negeri: Selangor
- ^ ADUN Sungai Air Tawar dilantik Ketua Pembangkang Selangor
- ^ Rizam dilantik Ketua Pembangkang Selangor
- ^ Skuad Sabil Setia Berkhidmat | Sinar Harian | 28 Ogos 2019 | https://www.sinarharian.com.my/article/45173/KOLUMNIS/Skuad-Sabil-setia-berkhidmat
- ^ Skuad Sabil Kekuatan Baru Parti | 25 Ogos 2019 | UMNO Online | https://umno-online.my/2019/08/25/umno-iktiraf-skuad-sabil-pemuda-kekuatan-baru-parti/
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Rizam Ismail di Facebook - Profil Facebook