Pergi ke kandungan

Daerah Mukah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mukah)
Mukah
موكه
Peta daerah Mukah
Peta daerah Mukah
Map
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianMukah
Pusat pentadbiranMukah
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Dalat dan Mukah
Keluasan
 • Jumlah2,536 km2 (979 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah42,275
 • Kepadatan17/km2 (43/batu persegi)
Poskod
96xxx

Mukah merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Mukah. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Bandar Mukah.

Daerah ini dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 2,536 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk seramai 42,275 orang pada tahun 2020. Daerah ini mempunyai bilangan penduduk paling ramai di Bahagian Mukah. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat Bumiputera Sarawak, yang majoritinya berbangsa Melanau dan Iban.

Pentadbiran daerah Mukah telah bermula seawal tahun 1911, dengan Pegawai Daerah pertamanya bernama Henry Herbert Kortright. Pentadbiran daerah Mukah pada waktu tersebut terletak di bawah bidang kuasa Bahagian Ketiga.

Pada 1 Mac 2002, daerah Mukah telah diletakkan di bawah pentadbiran satu bahagian yang baharu iaitu Bahagian Mukah. Sebahagian daripada kawasan selatan daerah Mukah dan daerah kecil Balingian telah diberikan kepada daerah baharu, Selangau.  Kawasan asal daerah Mukah ialah seluas 5,020 km persegi manakala keluasan baru selepas persempadanan semula seluas 2,536 km persegi. Daerah kecil Balingian pula dikurangkan saiz dari 3,032 km persegi kepada 1,170 km persegi.[2]

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Daerah Mukah terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Mukah yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Mukah. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Dalat dan Mukah. Terdapat sebuah daerah kecil yang berada di bawah pentadbiran daerah ini, iaitu Balingian.

Daerah Mukah diletakkan di bawah tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tellian (N57) dan Balingian (N58) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Mukah (P213) serta Kakus (N60) yang terletak di bawah Parlimen Selangau (P214).

Jambatan merentasi Batang Mukah

Daerah Mukah terletak di tengah negeri Sarawak, iaitu di timur bahagian Mukah. Daerah Mukah bersempadan dengan daerah Tatau di timur, daerah Selangau di selatan, daerah Dalat di barat dan Laut China Selatan di utara.

Daerah Mukah mempunyai keluasan kira-kira 2,536 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 67 meter. Bentuk muka bumi daerah ini keseluruhannya merupakan kawasan rata dan mendatar kerana kedudukannya di kawasan pinggir laut. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Batang Mukah, yang mengalir di barat daerah ini dan Batang Balingian yang mengalir di timur daerah.

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
197047,425—    
198033,205−30.0%
199141,831+26.0%
200044,837+7.2%
201041,481−7.5%
202042,275+1.9%
Sumber: [1]
Kumpulan etnik warganegara (2010)
Etnik Peratusan
Melanau
  
46.5%
Iban
  
31.6%
Cina
  
9.4%
Melayu
  
7.6%
Bumiputera lain
  
4.5%
Lain-lain
  
0.4%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Mukah ialah seramai 42,275 orang dengan kepadatan penduduk 17 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 11,938 isi rumah dengan 14,573 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Mukah merupakan Bumiputera Sarawak, dengan majoriti antara mereka berbangsa Melanau dan Iban. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan warganegara bukan Bumiputera terbesar di daerah ini. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 4,538 orang.[3][4]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 3,180
Bumiputera lain 31,306
Cina 3,140
India 28
Lain-lain 83
Bukan warganegara - 4,538
Jumlah 42,275
Agama di Mukah - Banci 2020
Agama Peratusan
Islam
  
47.1%
Kristian
  
41.6%
Tiada agama
  
4.3%
Buddha
  
4.0%
Lain-lain
  
3.0%

Di daerah Mukah, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 47 peratus diikuti agama Kristian sebanyak lebih 41 peratus. Sebanyak lebih empat peratus penduduk tidak beragama, sama dengan peratusan penduduk beragama Buddha. Penduduk beragama Hindu dan lain-lain membentuk kumpulan minoriti.

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Islam 19,930
Kristian 17,566
Tidak beragama 1,797
Buddha 1,708
Lain-lain 1,216
Hindu 58
Jumlah 42,275
  1. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  2. ^ "Sejarah Pentadbiran Daerah Mukah - Portal Web Rasmi Pentadbiran Bahagian Mukah". mukah.sarawak.gov.my. Dicapai pada 2024-11-18.
  3. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  4. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.