Pergi ke kandungan

Mahfuz Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Dato' Wira
Mahfuz Omar
DGMK, DSDK (Kedah)
Pengerusi
Lembaga Pertubuhan Peladang
Menyandang jawatan
10 Mei 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriMohamad Sabu
Didahului olehChe Abdullah Mat Nawi
Naib Presiden
Parti Amanah Negara
Menyandang jawatan
2019
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Pokok Sena, Kedah
Dalam jawatan
2008 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Abdul Rahman Ibrahim
Digantikan oleh Ahmad Yahaya
Dalam jawatan
19992004
Didahului oleh Wan Hanafiah Wan Mat Saman
Digantikan oleh Abdul Rahman Ibrahim
Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Menteri M. Kulasegaran
Didahului oleh Ismail Abd Muttalib
Digantikan oleh Awang Hashim
Pesuruhjaya PAS Kedah
Dalam jawatan
20132015
Didahului oleh Azizan Abdul Razak
Digantikan oleh Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi
Maklumat peribadi
Lahir (1957-08-25) 25 Ogos 1957 (umur 67)
Kedah Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik1. PAS (sehingga 31 Disember 2017)
2. AMANAH (1 Januari 2018 - kini)
PasanganDatin Wira Ruswati Jaafar[1]
PekerjaanAhli politik
Anugerah awamSenarai
Laman webgemasuara.blogspot.com

Dato' Wira Haji Mahfuz Omar (lahir 25 Ogos 1957) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Pokok Sena selama empat penggal (2008-2022 dan 1999-2004) dan mantan Timbalan Menteri Sumber Manusia (2018-2020). Di peringkat parti beliau ialah Naib Presiden AMANAH. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan ketika dalam PAS.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Pokok Sena Mahfuz Omar PH (AMANAH) 20,524 Ahmad Yahaya PN (PAS) 52,275 31,751
Noran Zamini Jamaluddin BN (UMNO) 14,523
Noraini Md Salleh WARISAN 622
2018 Mahfuz Omar PH (AMANAH) 28,959 Muhamad Radhi Mat Din PAS 23,401 5,558
Said Ali Syed Rastan BN (UMNO) 18,390
2013 Mahfuz Omar PAS 36,198 Shahlan Ismail BN (UMNO) 32,263 3,935
2008 Mahfuz Omar PAS 29,687 Abdul Rahman Ibrahim BN (UMNO) 23,956 5,731
2004 Mahfuz Omar PAS 22,440 Abdul Rahman Ibrahim BN (UMNO) 29,740 7,300
1999 Mahfuz Omar PAS 27,466 Wan Hanafiah Wan Mat Saman BN (UMNO) 23,829 3,637
1995 Mahfuz Omar PAS 20,667 Wan Hanafiah Wan Mat Saman BN (UMNO) 25,825 4,618
1990 Permatang Pauh Mahfuz Omar PAS 7,643 Anwar Ibrahim BN (UMNO) 23,793 16,150

Dewan Undangan Negeri (DUN)

[sunting | sunting sumber]
Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2023 Alor Mengkudu Mahfuz Omar PH (AMANAH) 8,832 Muhamad Radhi Mat Din PN (PAS) 18,936 10,104

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negara ini yang dilihat menimbulkan kesukaran kepada rakyat,justeru itu PAS di bawah Dewan Pemuda menerusi Lujnah Undang-undangnya, mengambil inisiatif untuk menawarkan perkhidmatan guaman secara percuma.khidmat guaman secara percuma itu ditawarkan kepada individu yang disaman dan bersedia untuk ke mahkamah setelah menerima notis. [2]

Isu MYKAD

[sunting | sunting sumber]

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar,menunjukkan surat pekeliling iaitu surat arahan yang didakwa dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung kad pengenalan dan MyKid.Mahfuz dalam satu sidang akhbar mendakwa JPN melalui surat pekeliling bertarikh 14 Disember lalu telah mengarahkan semua kad pengenalan yang tidak dikutip pemohon melebihi 18 bulan dihantar ke satu alamat di Keningau, Sabah.Bagaimanapun dakwaan Mahfuz Omar itu telah disiasat oleh JPN mengesahkan surat itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan jabatan tersebut. [3]

  •  Kedah
    • Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) - Dato' Wira[4]
    • Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) - Dato'

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Mahfuz Omar di Facebook

  1. ^ "Senarai Timbalan Menteri dan pasangan" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-09-21. Dicapai pada 2018-08-31.
  2. ^ Rosmiza Kassim. "Mahfuz: Jangan bayar dulu saman AES", Sinar Harian, 17 November 2012. Retrieved on 23 Februari 2013.
  3. ^ Utusan Online. [http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130201/po_11/Tuduhan-Mahfuz-berasaskan-surat-palsu#ixzz2LZRsi8wy © Utusan Melayu (M) Bhd "Tuduhan Mahfuz berasaskan surat palsu"], Utusan Online, 1 Februari 2013. 23 Februari 2013.
  4. ^ Mukhriz heads list of award recipients on Kedah ruler's birthday