Saraswathy Kandasami
Saraswathy Kandasami Ahli Dewan Negara | |
---|---|
Timbalan Menteri Perpaduan Negara Malaysia | |
Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Aaron Ago Dagang |
Didahului oleh | kosong |
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi | |
Dalam jawatan 10 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Ewon Benedick |
Didahului oleh | Muslimin Yahaya |
Digantikan oleh | Ramanan Ramakrishnan |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 10 Disember 2022 – 9 Disember 2025 | |
Penggal | Pertama |
Naib Presiden (Lantikan) Parti Keadilan Rakyat | |
Menyandang jawatan 13 Ogos 2022 Berkhidmat with | |
Presiden | Anwar Ibrahim |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pulau Pinang, Malaysia | 24 September 1968
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
YB Senator Puan Saraswathy Kandasami(Tamil:சரசுவதி கந்தசாமி) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau kini berkhidmat di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara Malaysia dan Ahli Dewan Negara. Beliau juga berkihidmat sebagai Senator sejak Disember 2022. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam pentadbiran PH di bawah Perdana Menteri Anwar dari Disember 2022 hingga Disember 2023. Beliau merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen dalam gabungan PH, dan telah berkhidmat sebagai Naib Presiden PKR sejak Julai 2022.[1][2]
Kerjaya Politik
[sunting | sunting sumber]Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (sejak 2022)
[sunting | sunting sumber]Selepas pemilihan parti PKR 2022 pada 20 Julai 2022, Presiden PKR Anwar telah melantik Saraswathy sebagai Naib Presiden PKR, berkhidmat bersama empat Naib Presiden yang dipilih, iaitu Amirudin Shari, Chang Lih Kang, Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Aminuddin Harun serta dua lagi Naib Presiden yang dilantik, Awang Husaini Sahari dan Nurul Izzah Anwar.
Calon Ahli Parlimen (2022)
[sunting | sunting sumber]Dalam pilihan raya umum 2022, Saraswathy membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh PH untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Tapah. Beliau tewas kepada penyandang kerusi, Saravanan Murugan dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti kecil sebanyak 5,064 undi.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2022–2023) & Senator (sejak 2022)
[sunting | sunting sumber]Pada 10 Disember 2022, Perdana Menteri Anwar melantik Saraswathy sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, membantu Menteri Ewon. Oleh kerana beliau bukan seorang Ahli Parlimen, Saraswathy turut dilantik sebagai Senator bagi membolehkannya memegang jawatan timbalan menteri.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara (sejak 2023)
[sunting | sunting sumber]Dalam rombakan kabinet pada 12 Disember 2023, Saraswathy dikekalkan sebagai Timbalan Menteri tetapi dipindahkan dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Kementerian Perpaduan Negara, membantu Menteri Aaron.
Pada 27 Mac 2024, beliau mendedahkan bahawa cadangan pindaan terhadap Akta Rukun Tetangga 2012 sedang diperhalusi. Beliau menambah bahawa pindaan tersebut akan memberi lebih penekanan kepada inisiatif tiang kejiranan yang sedang dilaksanakan. Selain itu, beliau melaporkan bahawa sebanyak 8,428 jawatankuasa rukun tetangga telah ditubuhkan di seluruh negara dengan keahlian seramai 210,000 individu, melibatkan 12.5 juta penduduk.
Beliau juga menggariskan objektif kementerian untuk merealisasikan inisiatif pemerkasaan sebagai kekuatan bagi pembangunan komuniti progresif melalui lapan bidang tumpuan, merangkumi ekonomi dan sara hidup, keselamatan dan kebergantungan kendiri, kepimpinan, kesejahteraan komuniti, pembelajaran sepanjang hayat, persekitaran, warisan budaya dan digital.
Selain itu, beliau menyatakan bahawa beberapa aktiviti telah dirancang untuk menggalakkan penyertaan golongan belia dalam komuniti kejiranan (KRT), seperti program Young, Effective and Smart (YES), Jiran Muda serta inisiatif e-Usahawan dan Pasukan Inovasi Jiran Muda.[3]
Penghormatan
[sunting | sunting sumber]Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]Parlimen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Tapah | Saraswathy Kandasami | PH (PKR) | 13,334 | M. Saravanan | BN (MIC) | 18,398 | 5,064 |
Muhammad Yadzan Mohammad | PN (BERSATU) | 12,115 | ||||||
Mior Nor Haidir Suhaimi | GTA (PEJUANG) | 335 | ||||||
Mohamed Akbar Yasin | WARISAN | 200 | ||||||
M. Kathiravan | BEBAS | 99 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Saraswathy A/P Kandasami, HON. Senator Puan". Senate. Parliament of Malaysia. 2023. Dicapai pada 17 January 2023.
- ^ "List Of Deputy Ministers In Anwar's Cabinet And Their Party". Business Today (dalam bahasa English). Malaysia. 10 December 2022. Dicapai pada 17 January 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Amendments to Rukun Tetangga act being fined tuned, says Saraswathy". The Star. 27 March 2024. Dicapai pada 27 March 2024.
- Tunas ahli politik Malaysia
- Kelahiran 1968
- Anggota wanita Parti Keadilan Rakyat
- Anggota Parti Keadilan Rakyat
- Bekas anggota Kongres India Malaysia
- Ahli politik wanita Malaysia berketurunan India
- Ahli politik Malaysia berketurunan India
- Timbalan menteri kerajaan wanita Malaysia
- Senator wanita Malaysia
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-15
- Wakil Rakyat India Malaysia