Pergi ke kandungan

Glebionis coronaria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bunga serunai
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Asterid
Order: Asterales
Keluarga: Asteraceae
Subkeluarga: Asteroideae
Genus: Glebionis
Spesies:
G. coronaria
Nama binomial
Glebionis coronaria
(L.) Cass. ex Spach
Sinonim[1][2]
Senarai
    • Buphthalmum oleraceum Lour.
    • Chamaemelum coronarium (L.) E.H.L.Krause
    • Chrysanthemum breviradiatum Hort. ex DC.
    • Chrysanthemum coronarium L.
    • Chrysanthemum coronatum Dum.Cours.
    • Chrysanthemum merinoanum Pau
    • Chrysanthemum roxburghii Desf. ex Cass.
    • Chrysanthemum senecioides Dunal ex DC.
    • Chrysanthemum spatiosum (L.H.Bailey) L.H.Bailey
    • Chrysanthemum speciosum Brouss. ex Pers.
    • Dendranthema coronarium (L.) M.R.Almeida
    • Glebionis coronaria (L.) Tzvelev
    • Glebionis roxburghii (Desf. ex Cass.) Tzvelev
    • Matricaria coronaria (L.) Desr.
    • Pinardia coronaria (L.) Less.
    • Pinardia roxburghii (Desf. ex Cass.) Less.
    • Pyrethrum indicum Roxb.
    • Pyrethrum roxburghii Desf.
    • Xanthophthalmum coronarium (L.) P.D.Sell
    • Xanthophthalmum coronarium (L.) Trehane ex Cullen

Glebionis coronaria (sin. Chrysanthemum roxburghii) ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Asteraceae. Ia tumbuh asal di rantau Mediterranean.[3] Ia tersebar di Asia Timur dan beberapa tempat di Amerika Utara.[4][5]

Ia secara umumnya dikenali sebagai bunga serunai (Jawi: بوڠا سروناي‏‎‎) dalam bahasa Melayu.[6] Daun-daun tumbuhan ini dijadikan sayur dalam masakan Asia Timur yang dikenali sebagai tung ho (Bahasa Cina: 茼蒿; pinyin: tónghāo) atau shungiku (Jepun: 春菊).[perlu rujukan]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Nama "serunai" boleh jadi diturunkan daripada akar bahasa Proto-Melayu-Polinesia Barat *sarunay yang bermaksud spesies tumbuhan serunai laut (Wedelia biflora sin. Wollastonia biflora);[7][8] nama bunga ini tiada kaitan dengan nama alat muzik serunai yang diserap daripada kata bahasa Parsi iaitu سرنای surnāy.[9]

Spesies ini tumbuh dalam kitaran satu musim. Daun-daunnya berbentuk pelepah kembar yang bercuping dan tidak berbau. Kuntum bunganya terdiri daripada anak-anak bunga yang disusun padat menjadi sebuah kuntum lagi besar. Biji-bijinya beralur dan berkepak seperti aken (cypsela).[10]

  1. ^ "Glebionis coronaria (L.) Cass. ex Spach". World Flora Online. The World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 13 November 2022.
  2. ^ "Glebionis coronaria (L.) Cass. ex Spach". Plant of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. 2022. Dicapai pada 13 November 2022.
  3. ^ Altervista Flora Italiana, Glebionis coronaria (L.) Spach termasuk gambar dan peta taburan Eropah
  4. ^ "Glebionis coronaria (Linnaeus) Cassini ex Spach, 1841. 茼蒿 tong hao". Flora of China (dalam bahasa Inggeris). n.d. m/s. 653, 772. Dicapai pada 20 Mac 2022.
  5. ^ "County distribution map". Biota of North America Program. 2014. Dicapai pada 20 Mac 2022.
  6. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "bunga". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 166 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  7. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*sarunay — a seaside plant: Wedelia biflora". Austronesia Comparative Dictionary. Dicapai pada 20 Mac 2022.
  8. ^ "serunai laut". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  9. ^ Petrů, Tomáš (2016). ""Lands below the Winds" as Part of the Persian Cosmopolis: An Inquiry into Linguistic and Cultural Borrowings from the Persianate societies in the Malay World". Moussons. 27: 147–161. doi:10.4000/moussons.3572. Dicapai pada 22 Mac 2022.
  10. ^ "Glebionis coronaria (Linnaeus) Cassini ex Spach, 1841. Crown daisy, garland chrysanthemum". Flora of North America. eFloras. n.d. m/s. 555. Dicapai pada 13 November 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]