Menurut bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu, lebih baik Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menumpukan perhatian kepada isu rakyat.
“Saya beritahu kawan saya Mat Sabu usah buang masa nak saman Zahid. Dulu komunis now Syiah esok entah apa lagi. Tumpu kpd isu Rakyat #fb,” tulis Zaid melalui akaun Twitternya @zaidibrahim.
Menurut Zaid, Mohamad tidak perlu berdepan dengan Ahmad Zahid di
mahkamah kerana perkara ini tidak boleh diselesaikan menerusi
undang-undang, sebaliknya bergantung kepada pendapat orang ramai
mengenainya.
“Memang Zahid tak gentar disaman Mat. Dia hanya gentar bila PRU14 di pimpin oleh Mat. Dia takut pada PAS; tak payah layan dengan saman #fb,” tulis Zaid lagi.
Utusan Malaysia melaporkan hari ini Ahmad Zahid tidak sedikit pun gentar dengan tindakan undang-undang yang mahu diambil oleh Mohamad ekoran dakwaannya sebagai berfahaman Syiah.
Sebaliknya beliau cukup bersemangat untuk bersemuka dengan Mohamad di mahkamah.
Katanya, beliau yakin peluang tersebut dapat digunakan sepenuhnya untuk mendedahkan lebih banyak bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS itu dengan gerakan Syiah di Malaysia.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Khamis mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah diantaranya ialah kerana Timbalan Presiden PAS itu dikatakan kagum kepada perjuangan pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini.
Antara yang didedahkan KDN adalah Mohamad pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008.
Malaysian Insider