Saturday, April 18, 2009

Jangan Jadi Loyar Buruk Kata Dato' Shamsuddin Nawawi

Dipetik dari http://dongtalk.blogspot.com/ Blog Dato' Shamsuddin Nawawi

Kalau Mahkamah perintahkan seseorang itu dihukum mati maka permohonan untuk hukum penjara seumur hidup itu terbatal lah dengan sendirinya!

Sama lah juga kalau Mahkamah perintahkan lesen memandu si Anu itu dibatalkan maka semua sekali lah batal baik kelas B dan D atau apa-apa kelas pun. Jangan lah pulak kata, si Anu itu masih boleh pakai Lesen L dia sebab mahkamah tak sebut pun dalam perintahnya.

Kalau Mahkamah batalkan keputusan dan perbuatan Speaker mengantung kehadiran ahli Dewan maka akibat dari perintah itu, ahli Dewan itu bolehlah hadir dan turut serta prosiding Dewan itu seolah-olah apa yang Speaker buat itu tidak pernah wujud!

Itu pun susah nak faham ke?

Ulasan.

Agaknya Dato' Shamsuddin ni terlupa Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan seperti dibawah ini

(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

Barulah Faham Berkaitan Kes Penggantungan ADUN Perak

Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Maksud yang telah maklumkan dan difahami ialah

Zambri boleh hadir di DUN Perak tetapi sebagai pemerhati sahaja.


Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

Antaranya

Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

Maksud yang difahami.

Mahkamah tidak membenarkan pengistiharan penggantungan Zambri dan Geng Gengnya oleh Speaker untuk menghadiri sidang DUN sebagai bertentangan dengan undang undang.

Dengan kata mudah, tindakan speaker melarang Zambri and the Geng hadir sidang DUN tidak boleh dipertikaikan.


Begitulah yang difahamkan ....... Kalau sesiapa nak jelaskan lagi ..dipersilakan

Puas Nak Memahami - Masih Tak Faham

Petikan dari Harakah
oleh
Mohamed Hanipa Maidin
Fri | Apr 17, 09 | 10:14:14 pm MYT

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja.

Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_


Komen

Saya tak faham apa maksudnya boleh sesiapa terangkan text yang bewarna merah dengan bahasa mudah???

Friday, April 17, 2009

Siapa Speaker dan Setiausha DUN Perak Yang Sah

Abdullah Untung yang telah digantung tugasnya sebagai Setiausha DUN Perak oleh Speaker telah menghantar notis Sidang DUN yang akan diadakan pada 7 Mei 2009 kepada semua ADUN Perak. Misbahul Munir Masduki adalah Setiausaha DUN Perak yang sah.

Siapakah yang patut mengistiharkan Sidang DUN, Speaker atau Adun Yang belum sah jawatan MBnya bersekongkol dengan Setiausha DUN yang telah digantung jawatannya. ?

Oleh kerana YB Sivakumar masih lagi Speaker DUN Perak, maka yang patut memanggil DUN bersidang adalah Speaker dan notis dihantar oleh Misbahul Munir Masduki, Setiausaha DUN Perak yang sah setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan.

Berkemungkinan Speaker akan menggantung semula YB Zambri kerana mencampuri urusan kerja rasmi Speaker.

.

Kenapa ADUN PR - Kenapa Bukan ADUN BN

Mulai dari ADUN Behrang dan Changkat Jering yang keluar dari PKR dan seterusnya ADUN Penanti yang meletakkan jawatan membuat PKR pening kepala. Yang lebih mengecewakan lagi krisis di Negeri Perak juga disebabkan Adun Adun PKR dan disertai oleh Adun DAP sehingga kini kes masih belum diselesaikan dengan sepenuhnya.

Adalah lebih baik jika Adun Adun BN yang meletakkan jawatan atau melompat kerana ia menguntungkan Pakatan Rakyat.

Kenapa Adun Adun PKR bermasaalah ? Adakah mereka dipilih secara sembrono sehingga latar belakang, kesetiaan dan moralnya tidak diambil kira.? DAP pula dicemarkan oleh seorang Adun yang melompat keluar dari parti.

Walau bagaimanapun pujian harus diberi kepada PAS kerana mempunyai YB YB yang setia dengan partinya.

Apa Yang Harus Pakatan Rakyat Buat

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan N.H Chan berpendapat bahawa Hakim Mahkamah Persekutuan telah tersilap membuat keputusan berhubung penggantungan YB Zambri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Sila klik DISINI .

Apakah PR akan buat berkaitan kesilapan Mahkamah Persekutuan setelah membuat keputusan tersebut seperti dinyatakan dalam lapuran diatas ?



Thursday, April 16, 2009

Jangan Terlalu Gembira Zambri

Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir tidak menolak kemungkinan notis untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibuka Sultan Perak Sultan Azlan Shah, akan dikeluarkan esok ataupun awal minggu depan.

Persidangan DUN kali ini perlu diadakan sebelum 13 Mei ini dan Speaker boleh memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya persidangan tidak dilangsungkan menjelang tarikh berkenaan.

Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa perintah penggantungan itu selama 18 bulan ke atas beliau dan 12 bulan ke atas enam anggota exco kerajan negeri oleh Speaker negeri V Sivakumar, adalah melampaui perlembagaan negeri, oleh itu tidak sah dan batal.

Speaker Negeri Perak, YB V Sivakumar yang sepatutnya memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sementara itu kedudukan Zambri sebagai Menteri Besar Perak masih belum belum diputuskan oleh mahkamah. Manakala keputusan Mahkamah Persekutuan tidak membincangkan perihal siapa Menteri Besar yang sah tetapi hanya mengenai penggantungan Exco Negeri Perak.

Agaknya YB Sivakumar tengah merancang sesuatu untuk dilakukan.

Speaker Tiada Kuasa Gantung ADUN

Mulai sekarang semua Speaker DUN yang dilantik oleh parti yang memerintah negeri samada dari BN atau PR tiada lagi mempunyai kuasa untuk menggantung mana mana Ahli atas salah laku.

Ini adalah kerana
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan keputusan yang mengejutkan dan tidak pernah berlaku dalam negara kita bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Perak rampasan kuasa, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN.

Kes yang telah diputuskan ini mungkin akan menjadi kes rujukan bagi membuat keputusan untuk membicara kes kes yang serupa pada masa akan datang. Oleh itu mana mana DUN atau MP yang telah di gantung boleh membawa kes ke mahkamah untuk dibicarakan dan pastinya keputusan seperti diatas.

Adakah Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan seperti dibawah ini terlepas pandang semasa membuat keputusan ?

(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.


(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.


(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.


(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.


(5) Walau apa pun Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja berperlembagaan Negeri itu.

Adakah maksud Artikel 72 ini mempunyai pemahaman yang berbeza antara yang mempunyai kepakaran dalam undang undang dengan pemahaman rakyat biasa. Siapakah yang boleh menjawap persoalan ini. ?????

Apa lagi YB Gobind... terpulang pada kamu.

Wednesday, April 15, 2009

Penulis blog diminta henti laporan palsu, sentuh peribadi kata DS Rais Yatim

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini meminta penulis blog menghentikan penulisan mengenai perkara palsu dan menyentuh peribadi.

Beliau berkata mereka yang menulis laporan palsu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia.


Ulasan.

Harap DS juga memberi amaran kepada media penyokong kerajaan seperti TV1, TV 2 ,TV3, Utusan Melayu, Berita Harian, The New Straits Time, Metro dan juga akhbar akhbar yang sewaktu dengannya supaya meghentikan penulisan dan penyiaran mengenai perkara palsu dan menyentuh peribadi.


Selamat Kembali Berkhidmat Elizabeth Wong -

Akhirnya, Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan negeri Selangor agar kekal sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

"Ini adalah satu keputusan yang berat dalam hidup saya, saya menerima tawaran yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk kekalkan jawatan saya," katanya.


Selamat kembali berkhidmat. Penyokong penyokong di kawasan Bukit Lanjan dan diseluruh Malaysia akan tetap bersamamu.

Selamat Menyambut Hari Kelahiran Anakku - Emilia



Selamat menyambut hari kelahiran diucapkan kepada anakku Emilia. Ayah ucapkan semoga Allah memberikan kesihatan, panjangkan umur serta murahkan rezeki.

Tuesday, April 14, 2009

Ketam yang mengajar anak berjalan betul

Petikan dari
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Seri Mahdzir Khalid yang dengan sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan DiRaja yang terdapat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Perkara ini berlaku ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan lawatan di Alor Setar pada hari Sabtu, 11 April 2009 lalu. Kedua-dua tokoh berkenaan telah menduduki kerusi (set sofa) yang dikhaskan kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah di Kompleks Bunga Raya, lapangan terbang tersebut. Rakaman peristiwa ini turut disiarkan dalam siaran berita TV tempatan.

Satu ketika dahulu pimpinan Umno membuat tohmahan pihak berkenaan isu penggunaan payung kuning yang jelas bukannya Payung DiRaja tetapi digembar-gemburkan oleh media kononnya YAB. Menteri Besar Kedah telah menghina institusi DiRaja.


MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
Setiausaha Politik
kepada YAB Menteri Besar Kedah

baca lagi disini http://kedahlanie.blogspot.com/2009/04/tpm-dan-pengerusi-perhubungan-umno.html

Krisis Politik UMNO

UMNO Trengganu dan Perlis bergolak. Selangor pun begitu jugak. Masing masing mahukan jawatan dan tentunya mahu mengembalikan kuasa yang telah hilang samada dalam Perhimpunan Agung UMNO atau pun semasa pilihanraya atau tergelincir untuk memegang apa jawatan menteri atau timbalan menteri kabinet selepas DS Najib menjadi Perdana Menteri.

UMNO Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor adakah juga akan dilanda gempa atau tsunami politik atau mungkin sudah ada gegaran kecil yang menunggu masa untuk menjadi gempa bumi.

Adakah ini akibat nya derhaka pada raja. Sama sama kita tunggu dan lihat.

Krisis Dalam Negeri - Siapa Empunya Angkara

Beberapa negeri di Malaysia telah menghadapi krisis.

Negeri Perak dirampas oleh UMNO/BN setelah 3 ADUN PR keluar dari parti parti masing dan seterus melantik Zambri menjadi Menteri Besar sebelum YB Nizar mengosongkan kerusi MB seperti termaktub dalam Perlembagaan Negeri.

Kekecohan ini berlarutan hingga dibawa kemahkamah Kini krisis politik, perlembagaan dan undang-undang berikutan rampasan kuasa negeri Perak telah berlanjutan dua bulan setengah dan sehinga sekarang belum diputuskan.

Sementara di Trengganu 3 ADUN BN menerima sms berbaur ugutan. Akibat daripada menerima sms tersebut, hari ini seramai 10 ADUN tidak hadir ke dewan Seri Iman untuk SIDANG DUN Trengganu. Isu ini timbul kerana terdapat khabar angin mengatakan akan ada undi tidak percaya terhadap MB Trengganu untuk mendesak Menteri Besar Ahmad Said supaya meletak jawatan.

Cuba kita fikiran angkara siapakah atau parti manakah yang menyebabkan tercetusnya krisis diatas...... pasti nya ia tidak perlu dijawap .. semua orang tahu... rasa nak muntah sebut nama parti tu...

Monday, April 13, 2009

Artist Berpeluk Pelukan Semasa Ditayangkan Dikaca TV

Nabil memeluk kekasihnya, Irma Hasmie malam di Anugerah Bintang Popular 2008. Manakala Isma pula memeluk suaminya Zul di pertandingan Akademi Fantasia yang ditonton di kaca TV oleh jutaan orang yang pada kedua dua rancangan itu.

Perbezaannya Nabil belum menjadi suami isteri dengan Irma Hasmie manakala Isma dan Zul adalah suami isteri.

Bagi orang yang menyaksikan ia perbuatan Nabil dan Irma ia adalah diluar batas batas kesopanan dan kesusilaan.

Manakala Isma dan Zul, walaupun telah menjadi suami isteri adalah tidak wajar berbuat lakunan sedemikian dipentas. Ini telah pun dikomen oleh pengkritik jemputan Adibah Nor.

Banyak lagi aksi aksi artist berpeluk peluk diatas pentas semasa pertunjukan terutama diupacara penyampaian anugerah anugerah seolah olah ianya menjadi satu kemestian pada artist atau penerima anugerah.

Hebat sungguh artist artist Malaysia. Setanding dengan artist Hollywood.

Bawak bawak lah berubah .....

Zambri - Jangan Nafikan

Dr Zambry menafikan dakwaan Pas, keputusan itu menunjukkan rakyat tidak bersetuju dengan cara BN mengambil alih kerajaan Perak pada awal Februari lalu. Beliau berkata, apa yang sebenarnya berlaku ialah cara Pakatan Rakyat membohongi rakyat dengan memberi gambaran seolah-olah BN melakukan rampasan kuasa secara tidak sah sehingga ia terpahat dalam pemikiran mereka.

Katanya, apa yang sebenarnya berlaku ialah BN menguasai kerajaan mengikut peraturan dan Perlembagaan negeri selepas mendapat majoriti dalam DUN tanpa membelakangkan undang-undang.


Ulasan .

Apa nak di jerit jeritkan lagi Zambri. Kerusi DUN yang dipegang antara BN dan PR adalah sama.Yang 3 orang tu bebas. Bubarkan sahaja DUN dan serahkan pada rakyat untuk menentukan. Jangan nak mengembek sana sini macam kambing kembong perut aje ...

Siapakah Penentu Kemenangan Calun di Pilihanraya.


Dalam pilihanraya yang yang lepas lepas kaum yang menjadi majoriti dikawasan mengundi akan menjadi penentu untuk kemenangan calun.

Sebagai contoh jika kaum Melayu yang menjadi majoriti mengundi tentunya BN/UMNO akan memenangi pilihanraya dikawasan tersebut manakala kalau majoritinya kaum Cina sudah tentunya DAP akan menang.

Dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri kaum bukan Melayu sudah menjadi kuasa penentu. Kaum Cina walaupun mereka kumpulan minoriti dikawasan tersebut, mereka adalah dianggap akan menentukan kemenangan sesaorang calun kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah 2 kumpulan iaitu kumpulan Pakatan Rakyat dan BN/UMNO. Masyarakat Cina tidak berpecah mereka bersatu, setidak tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan. Keputusan itu adalah menolak atau menumbangkan BN . Begitu juga kaum India.

Timbalan Perdana Menteri berkata "Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa pilihan raya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina malah masyarakat India pun begitu, apatah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi timbalan ketua menteri, speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti," Muhyiddin dipetik berkata dalam satu wawancara.

"Kebimbangan saya orang yang tidak menjadi penentu sudah menjadi penentu, orang Melayu yang majoriti sepatutnya menjadi penentu sudah tidak menjadi penentu.



Sunday, April 12, 2009

Polis & FRU Malaysia Patut Ikut Contoh Polis Thailand


Demostrasi di Thailand mendesak PM nye meletakkan jawatan ditangani oleh polis dan tentera tanpa dipukul atau di tembak dengan gas pemedih mata.






Perarakan ke Istana Negera untuk menyerahkan memorandam kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong ditembak dengan pemedih mata.

Kenapa polis Malaysia tidak ikut macam polis Thailand..??

Simpatinya Aku Kepada MatSamanKati dan Topeng Perak

http://perisik-rakyat.com/2009/04/aku-cuma-dapat-kena-maki-je.html
http://perakexpress.blogspot.com/2009/04/autopsy-bukit-gantang-2.html

Bila melayari posting dari kumpulan BloggersNetwork iaitu MatSamanKati dan Topeng Perak aku terasa amat sedih dan pilu bagaimana mereka dilayan sebegitu rupa oleh jentera jebtera pilihanraya PR. Aku tak sangka begitu susah ahli BloggersNetwork membantu Pakatan Rakyat semasa Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang.

PR seolah olah menafikan keujudannya untuk membantu calun PR iaitu YB Nizar Jamaludin untuk memenangi kerusi Parlimen tersebut. Tiada langsung kerjasama diberikan malahan mereka seolah olah dipersendakan.

Walaupun kesukaran yang dihadapi oleh ahli ahli BloggersNetwork mereka tetap menjalankan tugasnya seberapa yang boleh untuk menyalurkan maklumat terkini kepada pelayar pelayar blog. Mereka bertugas tanpa memikirkan penat lelah walaupun perbelanjaan semasa membuat liputan dan menyampaikan maklumat ditanggong sendiri.

Segala penat lelah yang diperolehi bukan hendak diberi dengan senyuman tetapi cuba tengok wajah Hj Asmuni yang mencuka seperti sebelah ini. Memang orang tahu yang dia dulu seorang peguam terkenal di Ipoh tetapi janganlah pandang orang sebelah mata.

Walaupun begitu ucapan terima kasih saya ucapkan kepada bloggersnetwork yang telah membuat liputan dan menyampaikan maklumat terbaik semasa PRK Bukit Gantang tempoh hari.

Adalah diharapkan Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR menerima keujudan BloggersNetwork dengan memberi segala kemudahan yang perlu pada pilihanraya akan datang.

Syabas saya ucapkan dan diharap janganlah patah semangat untuk berjuang membantu PR dimasa akan datang.

Pinang Meminang - Ibrahim Ali

Ini kata Datuk Ibrahim Ali seperti dilapurkan oleh Bernama


“Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku),” katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai anggota Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada Umno.


“Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini, hari ini.


Petikan Ulasan Al-Brangi di http://al-brangi.blogspot.com

Naik muak, mual, loya ketahap muntah hijau bila dengar si sundal ‘jalang politik’ Pasir Mas tu menggatal. Kononnya mengharap dan menunggu-nunggu pinangan dari UMNO. Harap-harap UMNO kutiplah dia dan beri tugas-tugas khas jaga semua Zoo-zoo di Malaysia dengan memberi keutamaan di dalam pembiakan semua spesis katak-katak di dunia.

Ulasanku .

Kalau diibaratkan Ibrahim Ali seorang perempuan maka aku fikir tidak akan ada orang yang mahu meminangnya. Dah monopos. Kalau UMNO yang nak pinang memang UMNO sekarang ni sudah tak tidak ada mata dan tidak ada nafsu ... mungkin UMNO pun dah sama juga monopos atau endropos Elok lah tu sama sama dah tamat jangka hayat.

Padaku dari pinang Ibrahim Ali lebih baik cari yang lain. Carilah perempuan Mongolia atau cari la penyanyi penyanyi yang berkenan. Tentang cari perempuan sebegini pemimpin UMno memang mempunyai kepakaran . 3 ADUN Perak pun boleh dipujuk rayu sehingga negeri Perak dapat dirampas.

Kalau tidak pun cari lah janda janda yang masih aktif dan segar yang belum sampai ke tarikh luput.

Tak usah lah ambil atau pinang Ibrahim Ali. Tak selera aku tengok ... bak kata al-brangi "Naik muak, mual, loya ketahap muntah hijau bila dengar si sundal ‘jalang politik’ Pasir Mas tu menggatal."

BERITA DARI BLOGGER 2