Saturday, May 30, 2009

5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi

Kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Yang tentunya Kak Min akan kehilangan 5000 undi dari ahli Umno yang sepatutnya mengundi beliau esok.

Semakin cerahlah kekalahan Kak Min pada pilihanraya kecil Penanti esok.

Friday, May 29, 2009

Ahli Umno hadapi tuduhan mahkamah digantung jawatan parti

Umno memutuskan ahlinya yang menghadapi dakwaan di mahkamah akan digantung daripada jawatan dalam parti serta-merta.Bagaimanapun, kedudukan mereka itu akan dikembalikan sekiranya didapati tidak bersalah kelak.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam mesyuarat selama kira-kira dua jam petang tadi. Presidennya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, MT Umno secara prinsipnya menerima syor Jawatankuasa Pengurusan parti untuk menguatkuasakan peraturan tersebut.


Kalau ahli UMNO itu berjawatan menteri jawatan menterinya juga sepatutnya digantung sehingga selesai kes mahkamah.

UMNO Ada Calun Bertanding di Penanti

Sebenarnya UMNO ada calun di Pilihanraya kecil Penanti. Kalau tidak masakan UMNO/BN heboh sangat berkempen dan memasang poster disana sini. Malahan pemasangan poster dan berkempen yang telah tidak dibenarkan kepada parti yang tidak bertanding dikecualikan kepada UMNO/BN yang hakikatnya UMNO/BN tiada mempunyai calun untuk bertanding.

Apakah yang akan dilakukan oleh UMNO seterusnya... ?

Thursday, May 28, 2009

Pusat membeli belah Jaya Supermarket Runtuh

28/05/2009 9:22pm

PETALING JAYA 28 Mei –

Seorang buruh warga Indonesia maut, manakala enam lagi dikhuatiri tertimbus apabila bangunan lama pusat membeli belah Jaya Supermarket setinggi enam tingkat di Seksyen 14 di sini runtuh ketika kerja-kerja mengubah suai dilakukan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed,

kejadian dipercayai berlaku pukul 4.45 petang ini.

“Seramai 150 pegawai dan anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela dikerahkan ke tempat kejadian.

“Dua daripada mangsa sudah diselamatkan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala enam lagi dikhuatiri tertimbus,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat dijalankan menjurus kepada kawasan di mana posisi mangsa-mangsa yang tertimbus dikenal past

Operasi mencari dan mengesan enam mangsa yang tertimbus dalam runtuhan pusat beli belah Jaya Supermarket di Seksyen 14 di sini masih diteruskan sehingga malam ini.

Sehingga pukul 9 malam ini, seorang buruh warga Indonesia yang meninggal dunia dalam runtuhan itu dikenali sebagai Maskor, 28.

Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai Suriono, 31, dan Salleh, 48. Suriono kini dirawat di Wad Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala Salleh dirawat sebagai pesakit luar.

Ketika kejadian, dianggarkan terdapat 20 hingga 30 orang pekerja warga Indonesia berada di bangunan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan kren serta jentera untuk memantau runtuhan kecil di tapak bangunan enam tingkat itu.

“Pasukan mencari dan menyelamat hanya akan memasuki kawasan bencana setelah keadaan disahkan selamat,” katanya. – Utusan

Begini Rupanya DS Shahidan Kassim

Petikan dari http://kerabubersuara.blogspot.com/2009/05/kisah-benar-shahidan-kasim-ex-mb-perlis.html

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah ditakdirkan berlakunya pilihanraya kecil Indera Kayangan untuk menentukan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato Seri Shahidan Kassim. Sebagai Pegawai Kerajaan yang telah berkhidmat di bawah kepimpinan 4 menteri besar iaitu bermula dari YAB Dato’ Jaafar Hassan, YAB Dato’ Ali Ahmad, Tan Sri Abdul Hamid Pawan Teh dan sekarang Dato’ Seri Shahidan Kassim, saya telah melalui dan merasai pengalaman tentang corak dan gaya kepimpinan kesemua menteri besar tersebut dan saya merasakan era Dato’ Seri Shahidan Kassim adalah yang paling buruk dan paling malang bagi keseluruhan rakyat M@rhaen negeri Perlis.

Baca selanjutnya DISINI

Wednesday, May 27, 2009

ADUN Bebas Terima RM3 Juta Daripada Najib

Salah seorang bekas exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai.

Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000.

"Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.

Dr Lee berkata lagi beberapa badan bukan kerajaan Melayu telah mendedahkan informasi tersebut minggu lepas dan mendesak supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

"Saya yakin beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan," jelas beliau.

Februari lalu dua exco Pakatan Rakyat, Jamaluddin Mat Radzi dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu meninggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang pro-BN bersama-sama ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Fong.



Petikan TV Antara

Cadangan Untuk Elakkan Kesesakan di TOL

KUALA LUMPUR - Kepayahan ramai warga kota untuk membayar tol di laluan tunai pada waktu puncak dirasai sendiri oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor (gambar kecil) yang terpaksa menunggu 15 minit sebelum dapat membuat bayaran di Plaza Tol Jalan Duta semalam.

Shaziman yang memandu sendiri kereta Proton Perdana V6 dalam kempen turun padang, mengikuti barisan sepanjang 100 meter di plaza tol itu pada pukul 8.45 pagi, hanya dapat melepasi kaunter tol 15 minit kemudian.

"Barisan saya tak sampai 100 meter, itupun sudah kena tunggu hingga 15 minit tetapi kalau sampai satu kilometer pasti pengguna menunggu satu jam, bayangkan berapa banyak masa dibazirkan,'' ujarnya kepada pemberita semalam.



Cadangan kepada Menteri.

Untuk mengurangkan kesesakan atau menghapuskan kesesakan lalu lintas di TOL adalah amat mudah. Kajian perlu dibuat kenapa ada kesesakan. Suruh consultant yang besar buat kajian dan lapurkan pada kementerian dan bayar pada mereka jutaan ringgit untuk kajian tersebut. Tentunya kajian mereka sudah tentunya terperinci.

Tetapi jangan terkejut pada perenggan penutupnya dan cadangan. Konsultan akan mencadangkan:

1. Meruntuhkan pondok pondok TOL dan menjadikan ruang rehat dan rawat.
2. Menghapuskan TOL maksudnya semua lebuh raya dari utara ke selatan dan dari timur ke barat adalah bebas dari TOL.

Senangkan .... semua pasti gembira ..... konsultant gembira (dapat duit buat kerja) .. peniaga pun gembira kerana dapat berniaga di bekas bekas pondok TOL dan akhir sekali pemandu kenderaan paling gembira ... perjalanan lancar ... tol tak kena bayar ...


Tuesday, May 26, 2009

Semua Buat Salah .

Sejak kebelakangan ini apa yang rakyat buat semuanya salah.

1. Pakai baju hitam - salah (kalau keturunan cina berkabung atas kematian keluarga macam mana?)
2. Pakai baju kuning - salah jugak ke ?
3. Pakai baju merah - mungkin salah kot
4. Pasang lilin - salah (kalau tak ada letrik macam mana ?)
5. Tak makan - salah sebab mereka sudah sediakan nasi kandaq dari Kak Min yang bertanding di Penanti
6. Puasa - belum salah lagi .... tak tau mungkin boleh disalahkan
7. Tak pakai seluar dalam masa tidor dirumah - salah dan kalau ADUN atau penjawat awam dinasihatkan letak jawatan.

Mungkin banyak lagi yang tidak dapat disebut. Jadi berhati hatilah supaya tidak membuat yang salah.

Yang tak salah dan terbukti tak salah ... yang sepatutnya ada 1 tetapi ditambah 1 lagi secara haram (jumlahnya jadi 2) .Dan segala jawatan yang haram diujudkan tak salah

Teringat satu lagu lama yang antara senikatanya "Buat salah ... tak buat salah .. .jadi semua serba salah.."

Monday, May 25, 2009

1 Malaysia - 2 Perak

Sekali baca tajuk diatas macam keputusan bola sepak. Malaysia 1 dan Perak 2. Tentunya Perak yang menang. Maksudnya bukan begitu .....


Satu Malaysia diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah memberi rakyat satu misi bagi memajukan negara secara bersama.Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, adat resam dan fahaman politik dan perlu menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa
Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.

.... Macam cakap orang merapu aje Najib ni ... macam pernah dengar dulu dulu ...seolah konsep ciplak ....


2 Perak pula bermaksud dua Menteri Besar satu Menteri Besar dipilih oleh rakyat dan satu lagi Menteri Besar dipilih oleh mahkamah. Selain itu di Perak juga mempunyai dua Speaker satu speaker yang dilantik oleh rakyat dan undang-undang Tubuh Negeri dan satu lagi speaker baru yang dilantik dengan cara haram. Di samping itu ada dua juga setiausaha DUN satu yang telah dipecat yang masih merasakan dirinya Setiausaha DUN dan seorang lagi yang dilantik baru oleh speaker. Konsep 2 Perak ini.

Ada lagi .....


Malaysia dibawah pemerintahan BN/UMNO yang memPerdana Menterikan Najib telah kalah 1 kali diMahkamah Tinggi dalam kes Zambri lwn Nizar manakala Perak yang berMenteri Besar Nizar kalah 2 kali dimahkamah rayuan. (iaitu mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi mengistiharkan Nizar MB dan mengistiharkan YB Nizar bukan MB Perak )


.

Sunday, May 24, 2009

Menanti Di Penanti - Milik Siapakah gadis Ini..



Gambar ini pula aku seludup dari Perisik Rakyat aka Topeng Perak. Terdapat dua gambar gadis diatas yang diambil oleh topeng perak dan dipaparkan dalam blog Perisik Rakyat. Aku rasa macam aku pernah jumpa dulu.







Tetapi dimana aku tidak dapat ingat dimana. Di PRK Bukit Gantang ????? atau di PRK Permatang Pauh ??? Aku tidak pasti ......




Milik siapakah gadis ini ?????



Ratusan ahli Umno Perlis keluar parti hanya gimik politik semata-mata: Radzi


KANGAR: Isu ahli Umno Perlis keluar parti sertai pembangkang tidak lain hanya sekadar gimik politik semata-mata, kata Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Bagi Radzi yang juga Ahli Parlimen Kangar, isu ahli Umno lompat parti bukan lagi perkara baru, malah sudah sekian lama dijadikan gimik murahan demi meraih populariti politik peribadi.

Berita Harian.

Ulasan

Kalau orang UMNO masuk parti pembangkang merupakan GIMIK politik tetapi kalau orang dari parti pembangkang masuk UMNO hendak dipanggil apa ??????.GIMIK Najib ke atau GIMIK Zambri atau GIMIK Mahathir ?????

Baru baru ini pula heboh diperkatakan orang PAS masuk parti UMNO tetapi bila disemak orang yang masuk parti UMNO tersebut adalah bukan orang PAS . Yang ini GIMIK apa pulak ?????? atau GIMIK Bik Mamma ??????

Oh Mawarku... Kaulah Mawarku



Gambar diatas aku seludup dari The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

"Kak Hendon pun tak lepas peluang bergambar dengan Cikgu Ibrahim, Penyokong calon Dr Mansor dan disebelah Cikgu Ibrahim ialah Mawar, anak tempatan Permatang Pauh yang bermastautin di Shah Alam."

Aku bukan saja saja nak seludup gambar ni tetapi aku suka tengok gambar Mawar yang dari Shah Alam ni. Orangnya manis dan siap bagi senyum lagi ...Oh Mawar ku.

BERITA DARI BLOGGER 2