Vinil asetat
Vinil asetat | |
---|---|
Maklumat | |
Nama sistematik | etenil asetat 1-asetoksietilena |
Nama am | Vinil asetat |
Nama lain | Ester vinil asid asetat, asetoksietena, VyAc, VAM, zeset T |
Rumus molekul | C4H6O2 |
Jisim molar | 86.09 g/mol |
Ketumpatan dan Fasa | 0.934 g/cm3, cecair |
Takat lebur | -93 °C |
Takat didih | 72.7 °C |
Keadaan | Cecair tidak berwarna |
Vinil asetat, atau VAM (vinyl acetate monomer) adalah sebatian kimia dengan rumus kimia CH3COOCH=CH2, dan merupakan monomer bagi polivinil asetat. Sebatian ini merupakan cecair tidak berwarna dengan rasa manis. Nama sistematik bagi sebatian ini adalah 1-asetoksietilena atau etenil asetat.
Sebatian ini biasanya diperbuat melalui tindakbalas antara etilena dan asid asetat dengan mangkin oksigen dan paladium.[1] Sebatian ini dapat dipolimerkan sendiri membentuk polivinil asetat (PVA), atau bersama monomer lain untuk membentuk kopolimer, seperti etilen-vinil asetat. Usaha untuk mengawal pempolimeran ini merupakan suatu perkara yang sukar kerana ketidakstabilan radikal yang dapat diturunkan vinil asetat. Namun, pempolimeran RAFT (atau lebih tepat lagi, MADIX) adalah salah satu kaedah yang tepat untuk mengawal sintesis PVA dengan penambahan agen pemindahan rantaian.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-03-07. Dicapai pada 2008-04-13.