Pergi ke kandungan

Tukang besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tukang besi
Pandai besi
Seorang tukang besi yang sedang bekerja, dari sekitar 1970
Pekerjaan
Jenis
Sektor kegiatan
Penerangan
Kemahiran
Kekuatan fizikal
Pekerjaan berkaitan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tukang besi atau pandai besi ialah orang yang mencipta barang daripada besi atau keluli dengan menempa yakni menukul, membengkok, dan memotong logam menggunakan alat khas. Mereka menghasilkan barang-barang besi tempa seperti pintu, kekisi, susur, lekapan lampu, perabot, arca, alat, perkakas ladang, barang hiasan, barang agama, perkakas masak, ladam, senjata, dan sebagainya.

Pekerjaan ini sering digambarkan dalam masyarakat Nusantara ketika dahulu melalui catatan penting seperti dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Kesenian yang dibawa dari pekerjaan ini sering menerapkan unsur teknologi bawaan luar seperti dari budaya Hindu Buddha sebelum kemudiannya dilanjutkan dengan perkenalan unsur Arab Parsi hasil penyebaran ajaran Islam.[1]

Proses penukangan besi

[sunting | sunting sumber]

Tukang besi mengerjakan besi tempa atau keluli dengan memanaskannya sehingga logam itu cukup lembut untuk dibentukkan dengan alat tangan seperti penukul, andas, atau pahat. Pemanasan dilaksanakan dengan menggunakan tempa yang dibakar dengan bahan api seperti propana, gas asli, batu arang, arang, atau kok.

Tukang besi moden juga menggunakan oksiasetilena atau penyumpit gas yang serupa untuk mencapai pemanasan yang lebih setempat. Warna adalah penting untuk menunjukkan suhu dan kebolehkerjaan logam. Sewaktu besi dipanaskan pada suhu yang semakin tinggi, ia membara dengan warna merah lalu menjadi jingga, kuning dan akhirnya, putih apabila menjadi lembut. Haba yang ideal untuk kebanyakan penempaan ialah warna jingga-kuning terang yang dikenali sebagai "haba penempaan". Oleh sebab tukang besi perlu melihat warna pembaraan logam, kebanyakan mereka bekerja di dalam keadaan yang malap. Teknik penukangan besi boleh dibahagikan kepada:

  1. penempaan (kekadangnya digelar pengarcaan);
  2. pengimpalan;
  3. pengolahan haba; dan
  4. pengemasan.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Mohd Salehuddin (Disember 1951). "Garisan Sejarah Kesenian dan Pertukangan Melayu". Mastika. No. 62. m/s. 8–16 – melalui Malaysia Design Archive.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]