Pergi ke kandungan

Stesen LRT Bandar Tun Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bandar Tun Razak Rapid KL
LokasiStesen Bandar Tun Razak, Persiaran Ikhlas, Taman Mulia, 57100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°5′23″N 101°42′45″E / 3.08972°N 101.71250°E / 3.08972; 101.71250Koordinat: 3°5′23″N 101°42′45″E / 3.08972°N 101.71250°E / 3.08972; 101.71250
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan4 Laluan Sri Petaling
Platform2 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturAtas Tanah
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen SP14 
Sejarah
Dibuka11 Julai 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Sri Petaling
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Stesen LRT Bandar Tun Razak ialah stesen LRT yang terletak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia di mana perkhidmatan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di pekan Bandar Tun Razak. Stesen ini dibuka kepada awam pada 11 Julai 1998.

Ciri-ciri stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen ini terletak di sepanjang Lebuhraya Link Timur–Barat Lebuhraya Salak. Terletak berhampiran stesen adalah Taman Mulia, Flat Sri Kota, PPR Taman Mulia dan Pusat Komuniti Komersial Bandar Tun Razak.

Pelan stesen

[sunting | sunting sumber]
G Bangunan stesen Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
SP Arah Selatan 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Putra Heights (Bandar Tasik Selatan)
SP Arah Utara 4 Laluan Sri Petaling menghala ke Sentul Timur (Salak Selatan)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[1]

Pintu stesen

[sunting | sunting sumber]

Stesen LRT Bandar Tun Razak dapat dicapai dengan menggunakan dua pintu masuk dan keluar, iaitu Pintu A dan Pintu B.

  1. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.