Pergi ke kandungan

Laluan Kelana Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan Kelana Jaya
لالوان کلان جاي
Bombardier Innovia ART 200 tren 2-gerabak di stesen Kelana Jaya.
Umum
Nama asalLRT Laluan Kelana Jaya
PUTRA LRT
Jenistransit aliran ringan berkapasiti sederhana
SistemRapid KL Rapid KL
StatusBeroperasi
LokasiLembah Klang
Terminal KJ1  Gombak
 KJ37  Putra Heights
Stesen37 [2]
PerkhidmatanGombak - Ara Damansara
Gombak - Ara Damansara - Putra Heights
Penumpang harian225,053 (2015)
Penumpang82.144 juta (2015)[1]
( 0.2%)
Nombor laluan5 (Merah Delima)
Laman sesawangmyrapid.com.my
Operasi
Dibuka01 September 1998 (1998-09-01) (Disambungkan 30 Jun 2016 (2016-06-30))
PemilikPrasarana Malaysia
PengendaliRapid Rail
CiriLandasan bertingkat, bawah tanah, dan aras tanah
DepotDepoh Subang
Stok kereta apiSet tren INNOVIA ART 200 Mark II 2-gerabak & 4-gerabak
Perbezaan panjang tren
Teknikal
Panjang aliran46.4 km (28.8 bt)
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
PengelektrikanLandasan keempat
Kelajuan operasi80 km/j (50 mph)
Peta laluan

Laluan Kelana Jaya (bahasa Inggeris: Kelana Jaya Line) ialah salah satu dari dua buah laluan transit aliran ringan (LRT) berkapasiti sederhana di Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang yang dikendalikan oleh Rapid Rail, di samping Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling.

Laluan Kelana Jaya asalnya dikenali sebagai PUTRA LRT. PUTRA ialah singkatan bagi Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd, syarikat yang membina sistem ini. Berikutan dengan penstrukturan semula pemilikan dan pengurusan, laluan ini kini dimiliki oleh Prasarana Malaysia dan dikendalikan oleh anak syarikatnya iaitu Rapid Rail.

  • 15 Februari 1994 – Projek Usahasama Transit Ringan Automatik (Putra LRT) diperbadankan.
  • 1 September 1998 – Skesyen 1 dari Depoh Subang ke Pasar Seni mula beroperasi.
  • 1 Jun 1999 – Seluruh sistem Putra LRT beroperasi sempena pembukaan Seksyen 2 dari Pasar Seni ke Terminal Putra yang merangkumi landasan bawah tanah pertama di Malaysia.
  • 1 September 2002 – Pengurusan Putra LRT diserahkan kepada [[Syarikat Prasarana Negara] (SPNB) dan dinamakan Putraline mengikut fasa pertama penstrukturan semula sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur. SPNB turut mengambil alih Star LRT dan menamakannya Starline.
  • November 2004 – Aspek-aspek pengendalian kedua-dua sistem LRT diserahkan kepada syarikat milik kerajaan Rapid KL yang baru diasaskan mengikut fasa kedua proses penstrukturan semula, sementara aset masih dimiliki oleh SPNB.
  • Julai 2005 –Nama ditukar dari Putraline ke Laluan Kelana Jaya.
  • 24 Julai 2006 – Kegagalan komputer sandar berfungsi menyebabkan sistem tergendala pada waktu sibuk petang. Para penumpang terkandas dalam tren sampai ada yang memaksa pintu terbuka untuk keluar.
  • 29 Ogos 2006 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan aliran ini akan dipanjangkan dari Lembah Subang ke Subang Jaya dan USJ.
  • 6 Oktober 2006 – "Masalah teknikal" menyebabkan sebuah tren terkandas sepanjang landasan berhampiran stesen Damai pada jam 7 pagi, mengakibatkan perkhidmatan sepanjang bahagian Masjid Jamek-Terminal PUTRA tergendala sehingga pulih pada 5 petang.
  • 13 Oktober 2006 – SPNB menandatangani perjanjian bersama Konsortium Bombardier-Hartasuma Consortium (BHC) untuk membeli 22 set tren empat gerabak untuk Laluan Kelana Jaya beserta pilihan membeli 13 lagi set untuk RM1.2 bilion. Tren-tren tersebut dijangka sampai pada tahun 2008.
  • 12 Disember 2006 – Apabila menghampiri stesen Pasar Seni pada waktu kesibukan, sebuah tren terhenti tiba-tiba seolah-olah terhentak sesuatu. Tiada kecederaan dilaporkan.
  • 8 Oktober 2007 – SPNB membeli 13 lagi set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II (52 gerabak) dengan harga 71 juta untuk Laluan Kelana Jaya. Penghantaran set tren berkenaan dijangka pada tahun 2010.[3]
  • 27 Julai 2009 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan 35 tren empat gerabak baru akan beroperasi mulai akhir tahun 2012.[4] (Pada Julai 2009, laluan ini masih dijalani oleh tren dua gerabak walaupun dijanjikan tren empat gerabak pada tahun 2008).
  • September 2009 – SPNB memulakan pameran usaha memanjangkan Laluan Kelana Jaya (dan Laluan Ampang) di lokasi terpilih selama tiga bulan untuk tujuan mendapatkan maklumbalas awam.[5][6]
  • 24 Disember 2010 – Stesen LRT Sri Rampai akhirnya dibuka kepada umum, setelah pembinaannya terbengkalai selama 11 tahun semenjak seluruh aliran ini disiapkan.
  • 22 Julai 2015 – Berlaku kebakaran kecil pada bahagian brek kepada dua set tren Advanced Rapid Transit (ART) MK II empat gerabak, satu set berhampiran stesen Setiawangsa menuju ke stesen Gombak pada jam 8:12 pagi, manakala satu set lagi berhampiran stesen Universiti menuju ke stesen Kerinchi pada jam 12:15 tengahari, masing–masing berpunca daripada kegagalan brek. Tiada kecederaan penumpang dilaporkan.

Landasan dan stesen

[sunting | sunting sumber]
Stesen KLCC adalah salah satu dari lima buah stesen bawah tanah sepanjang Laluan Kelana Jaya. Stesen bawah tanah ini dilengkapi pintu skrin platform untuk tujuan keselamatan.
Stesen LRT Kuala Lumpur Sentral.
Stesen Universiti pada waktu malam.

Laluan Kelana Jaya terdiri daripada sebatang laluan tunggal yang didirikan dari Gombak hingga ke Putra Heights yang berkhidmat di kawasan Petaling Jaya di selatan; kawasan barat daya dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur di tengah; dan beberapa kawasan perumahan berkepadatan rendah di utara Kuala Lumpur. Laluan sepanjang 46.1 km ini ialah sistem transit aliran ringan tanpa pemandu automatik sepenuhnya ketiga terpanjang di dunia yang menggunakan pergerakan tujahan kuasa magnet, di belakang SkyTrain di Vancouver, Kanada (49.5 km) dan Lille Metro VAL di Lille, Perancis (32 km),Dubai Metro di Dubai,UAE (79.6km)

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya diatur mengikut arah utara-selatan. Terdapat 24 buah stesen kesemuanya, 16 daripadanya bertingkat, dan 5 lagi di antara Pasar Seni dan Ampang Park di bawah tanah.

Begitu juga dengan Laluan Ampang, stesen-stesen ini bergayakan pelbagai reka bina. Kebanyakan stesen struktur bertingkat dibina mengikut empat gaya utama yang menampilkan rekabentuk bumbung berbeza untuk bahagian-bahagian laluan yang tertentu. Stesen KL Sentral pula menampakkan reka bina yang lebih sejajar dengan seluruh bangunan Stesen Sentral. Stesen bawah tanah pula berupa susun atur ruang legar dan vestibul yang unik, serta dilengkapi pintu tabir platform lantai ke siling untuk mengelakkan pencerobohan antara platform dan landasan. 13 stesen (termasuk dua stesen terminal dan kelima-lima stesen bawah tanah) berplatform tengah (island), sementara 11 yang lain pula dilengkapi dua platform sisi (side) setiap satu. Stesen-stesen yang berplatform tengah memudahkan pertukaran antara tren arah utara dan tren arah selatan tanpa perlu berjalan naik/turun ke aras ruang legar.

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya direka khas untuk menampung keperluan orang kurang upaya, termasuk lif dan lif kerusi roda di samping tangga bergerak dan tangga biasa di setiap stesen, di samping juga sela antara platform dan tren kurang dari 5 cm untuk membolehkan warga kurang upaya memasuki dan keluar dari tren. Antara yang lain:

  • Landasan tidak berbalast, agar menggeserkan pergerakan landasan dan tren.
  • Tren dilengkapi ampaian getah langsung, agar mengurangkan pergerakan badan tren.
  • Tren tidak melangkau stesen.
  • Stesen dibina dengan platform lurus.
  • Lima stesen bawah tanah (antara stesen Ampang Park dan Masjid Jamek) dilengkapi pintu skrin platform untuk tujuan keselamatan penumpang.

Stesen-stesen ini adalah satu-satunya sistem transit aliran ringan di Lembah Kelang direkabentuk untuk menyediakan kemudahan khas untuk pengguna kurang upaya.

Stesen-stesen Laluan Kelana Jaya juga dilengkapi kamera keselamatan litar tertutup terhad untuk menjaga keselamatan.

Demi menampung 13 stesen baru menjelang tahun 2017, kod stesen dinama semula dari KJ1 hingga KJ37, iaitu stesen terminus Kelana Jaya dan Gombak masing-masing diberi kod KJ14 dan KJ 37.

Senarai stesen

[sunting | sunting sumber]
Kod Stesen Gambar Kedudukan Jenis Platform Tempat Letak Kenderaan Perkhidmatan Bas Catatan Lokasi
Fasa Kedua: Dibuka pada 1 Jun 1999.[note 1]
 KJ1  Gombak Frameless Bertingkat Pulau
(1,441)
T200 
T201 
GOMBAK
MPS1
Terminal utara.

Satu-satunya stesen laluan ini yang menyediakan perkhidmatan pandu dan rantau bertingkat.

Sebelum ini dikenali sebagai Terminal PUTRA.

Gombak, Selangor
 KJ2  Taman Melati Frameless Sisi
(Disediakan oleh DBKL)
T202 
T203 
Kuala Lumpur
 KJ3  Wangsa Maju Frameless Pulau
(Disediakan oleh DBKL)
222 
250 
T250 
253 
TARUCWM
 KJ4  Sri Rampai Frameless Separuh tenggelam Sisi T221 
T222 
T251 
GO KL Laluan Perang
Dibuka pada 20 Disember 2010.
 KJ5  Setiawangsa Frameless Bertingkat Pulau
(125)
T223 
GO KL Laluan Turquoise
 KJ6  Jelatek Frameless Sisi
(292)
T224 
 KJ7  Dato' Keramat Frameless 220 
T224 
GO KL Laluan Turquoise
 KJ8  Damai, Malaysia Frameless Pulau
(1,236; Melalui UTC Keramat)
 KJ9  Ampang Park Frameless Bawah tanah 300 
303 
DS01
Sambungan ke  PY20  Stesen Ampang Park MRT Laluan Putrajaya.
 KJ10  KLCC Frameless 300 
302 
303 
402 
DS01
GO KL Laluan Hijau
700m ke  PY21  Stesen Persiaran KLCC MRT Laluan Putrajaya.

Laluan pejalan kaki 1.2km ke Pavilion Bukit Bintang.

 KJ11  Kampung Baru Frameless 1.5km ke  PY19  Stesen Raja Uda MRT Laluan Putrajaya.
 KJ12  Dang Wangi Frameless 300 
303 
Sambungan ke  MR8  Stesen Bukit Nanas KL Monorail.
 KJ13  SP7  AG7  Masjid Jamek Frameless 180 
190 
300 
303 
851 
Pertukaran ke  AG7  SP7  Stesen Masjid Jamek LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling.
Fasa Pertama: Dibuka pada 1 September 1998. [note 2]
 KJ14  KG16  Pasar Seni Frameless Bertingkat Pulau 180 
600 
640 
650 
P701 
750 
751 
770 
772 
780 
782 
821 
851 
GO KL Laluan Ungu
Pertukaran ke  KG16  MRT Laluan Kajang.

Sambungan ke  KA02  Stesen Kuala Lumpur KTM Laluan Tanjung Malim - Pelabuhan Klang dan Laluan Batu Caves - Pulau Sebang serta KTM ETS.

Sambungan ke Hab Bas Pasar Seni yang terletak di bawah stesen.

Kuala Lumpur
 KJ15  KL Sentral Frameless Sisi
(Melalui KL Sentral)
T819 
GO KL Laluan Merah
AERO1 (KLIA T1/T2)
AERO6 (Awana Genting)
APCH (KLIA T1/T2)
GTGKLS (Awana Genting)
SE01 (KLIA T2)
SKY1 (KLIA T1/T2)

Nu Sentral: 600 
640 
650 
750 
751 
770 
772 
780 
782 
821 

Sambungan ke  KG15  Muzium Negara MRT Laluan Kajang.

Sambungan ke  KA01  KL Sentral KTM Laluan Tanjung Malim - Pelabuhan Klang dan Laluan Batu Caves - Pulau Sebang serta KTM ETS.

Sambungan ke  KE01  KLIA Ekspres dan  KT01  KLIA Transit.

Sambungan ke  MR1  KL Sentral Monorel KL (melalui Nu Sentral).

Dibuka pada 16 April 2001.

 KJ16  Bank Rakyat–Bangsar Frameless 750 
751 
772 
780 
782 
821 
822 
T850 
 KJ17  KD01  Abdullah Hukum Frameless
(Melalui Mid Valley Megamall/KL Eco City)
750 
751 
772 
780 
782 
821 
Sambungan ke  KD01  Stesen Abdullah Hukum KTM Komuter Laluan Tanjung Malim - Pelabuhan Klang.
 KJ18  Kerinchi Frameless
(Melalui Pusat Perniagaan Bangsar)
T791 
 KJ19  Universiti Frameless Pulau 750 
751 
772 
780 
T788 
T789 
T790 
GO KL Laluan Merah Jambu
 KJ20  Taman Jaya Frameless Sisi T640 
PJ01
PJ02
Petaling Jaya, Selangor
 KJ21  Asia Jaya Frameless Pulau
(Disediakan oleh MBSJ)
P701 
710 
734 
750 
751 
770 
772 
780 
T786 
T787 
PJ01
PJ02
 KJ22  Taman Paramount Frameless
(68; Disediakan oleh MBPJ)
T785 
T790 
 KJ23  Taman Bahagia Frameless Sisi
(Disediakan oleh MBSJ)
T783 
PJ03
PJ04
PJ05
 KJ24  Kelana Jaya Frameless Pulau
(482)
506 
T780 
T781 
783 
802 
803 
SHCG
Bekas terminal selatan (sebelum LRT dilanjutkan ke  KJ37  Putra Heights pada Jun 2016).
Fasa Pemanjangan: Dibuka pada 30 Jun 2016.
 KJ25  Lembah Subang Frameless Bertingkat Sisi T782 
T807 
Terletak berdekatan Depoh Lembah Subang. Petaling Jaya, Selangor
 KJ26  Ara Damansara Frameless Pulau
(817)
772 
 KJ27 
 SA07 
Glenmarie Frameless
(569)
T774  Pertukaran ke  SA7  Stesen Glenmarie 2 LRT Laluan Shah Alam. Shah Alam, Selangor
 KJ28  KD09  Subang Jaya Frameless
(Melalui stesen KTM)
641 
SJ01
TU2A
Sambungan ke  KD09  Stesen Subang Jaya KTM Komuter Laluan Tanjung Malim - Pelabuhan Klang. Subang Jaya, Selangor
 KJ29  SS15 Frameless 771 
SJ01
TU2A
 KJ30  SS18 Frameless SJ02
 KJ31  SB7  USJ7 Frameless 770 
T776 
SJ01
Pertukaran ke  SB7  BRT Laluan Sunway.
 KJ32  Taipan Frameless Sisi 770 
T776 
SJ01
 KJ33  Wawasan Frameless
 KJ34  USJ21 Frameless
(694)
T778 
 KJ35  Alam Megah Frameless Pulau
(196)
T757 
SA08
 KJ36  Subang Alam Frameless
(115)
 KJ37  SP31  Putra Heights Frameless Pulau dan Sisi
(452)
752 
T760 
Terminal selatan.

Pertukaran rentas platform ke  SP31  Stesen Putra Heights LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling.

Stok kereta api

[sunting | sunting sumber]

Laluan ini menggunakan tren Bombardier Innovia ART 200 dan Innovia Metro 300 yang menggunakan motor linear.

  1. ^ Kecuali Stesen Sri Rampai yang dibuka pada 20 Disember 2010.
  2. ^ Kecuali Stesen KL Sentral yang dibuka pada 16 April 2001.
  1. ^ "JADUAL 2.9 : BILANGAN PENUMPANG BAGI PERKHIDMATAN SISTEM ALIRAN RINGAN, SUKU KEEMPAT, 2015" (PDF) (dalam bahasa Malay dan English). Ministry of Transport, Malaysia. Dicapai pada 31 March 2016. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Kelana Jaya Line". RapidKL. Dicapai pada 2015-04-21.
  3. ^ Bombardier Press release on 71 Million Euro Order by SPNB
  4. ^ Nik Anis & Dharmender Singh (2009-07-28). "Targets set for the six Key Result Areas". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-31. Dicapai pada 2021-10-01.
  5. ^ [ http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/37652-new-lrt-line-extensions-on-display-from-tomorrow Diarkibkan 2009-09-16 di Wayback Machine New LRT Line Extensions on Display from Tomorrow]
  6. ^ [ http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20090914120418/Article/index_html Public May Give Feedback on LRT Extension Project]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Rangkaian Transit Rapid KL