Pergi ke kandungan

Mantera Anjasmoro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mantera Anjasmoro
Genre
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahAidilfitri Mohamad Yunos
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
M. Nasir
Lagu pembukaan"Paluan Rindumu" oleh Idayu
Lagu penutupPaluan Rindumu" oleh Idayu
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitNor Aliah Lee
Tempoh siaran39โ€“40 minit
Syarikat penerbitan
Padi Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
Format audioStereo
Siaran asal3 Mac 2011 โ€“ 26 Mei 2011
Kronologi
MengikutiSaka Jentayu
Diikuti olehYou Saka... Pergi Jauh-Jauh

Mantera Anjasmoro ialah sebuah siri drama televisyen seram Malaysia 2011 dibintangi oleh Eja, Adi Putra, Fouziah Gous dan Raja Noor Baizura.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Seram TV3 dari 3 Mac 2011 hingga 26 Mei 2011[2] menggantikan Saka Jentayu.


Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3 Malaysia.[3]

Mengisahkan tentang seorang isteri yang menggunakan ilmu pengasih rebusan air seluar suami. Zahid dan Eja merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam kerjaya masing-masing. Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous). Pada suatu hari, Sabrina didatangi oleh seorang wanita misteri bernama Ramona (Raja Nor Baizura) dan dia sering terpukau dengan wanita itu yang kononnya pemilik salun kecantikan.rumahnya.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Tajuk drama ini dinamakan sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton yang mengamalkan ilmu jahat menggunakan serapah dan makhluk halus. Menurut Aidilfitri Mohamad Yunos selaku pengarah, drama ini adalah metafora amalan ilmu Jawa kawi apabila seseorang itu terdesak kerana ia menceritakan tentang wanita yang menggunakan 'pendamping' untuk mengekalkan kecantikan dan menakluki suaminya. Si isteri sanggup merebus seluar pendek suaminya dan kemudian air rebusan itu dipuja sebelum diberikan kepada suami untuk diminum.[4]

  1. ^ 'Mantera Anjasmoro' Air Rebusan Seluar Suami Dipuja mStar Online (23 Februari 2011). Dicapai pada 17 April 2011.
  2. ^ Ending Mantera Anjasmoro Sesat Lagi Menyesatkan BeautifulNara (26 Mei 2011). Dicapai pada 17 April 2012.
  3. ^ Mantera Anjasmoro (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Jun 2018.
  4. ^ Sinopsis Mantera Anjasmoro Azilas (24 Februari 2011). Diperoleh pada 17 April 2011.