Pergi ke kandungan

Cinta Untuk Ain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Untuk Ain
GenreDrama
Ditulis olehAkhbar Hashim
PengarahHeykal Hanafiah
Dibintangi oleh
Nabila Huda
Que Haidar
Ako Mustapha
Sherry Ibrahim
Lagu pembukaan"Tanpa"
oleh 6ixth Sense
Lagu penutup"Tanpa"
oleh 6ixth Sense
Negara asal Malaysia
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitAkhbar Hashim
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal24 Februari 2009 – 12 Mei 2009
Pautan luar
Laman sesawang

Cinta Untuk Ain ialah sebuah siri televisyen 13 episod yang disiarkan dalam slot Lestary di TV3, dibintangi oleh Nabila Huda dan Que Haidar.

Ain yang baru kematian ibunya terpaksa menjadi mangsa baran bapa tirinya, Kamal, seorang kaki judi yang ketagih sekali sehingga sanggup menjual Ain kepada Farid setelah banyak berhutang kerugian judi kepadanya. Dalam dipaksa menjadi pelacur di bawah jagaan Farid, Ain melarikan diri berjauhan ke bandar dalam keadaan uzur, sehingga rebah di hadapan sebuah rumah. Mujurlah dia diselamatkan oleh tuan punya rumah itu, Rahim dan Milah, lalu menjaganya seperti anak mereka sendiri. Sayangnya, disebabkan demam panas bercampur traumanya, Ain mengalami amnesia dan sempat mengingat namanya sahaja tanpa mengenang kejadian lalu yang pahit itu.

Lama-kelamaan Ain menjadi dewasa, ketika membeli-belah bersama kawan, dia bertemu dengan Shahrul, lambat-laun menjalin hubungan cinta. Pada masa yang sama, Ain mengalami kekusutan mengenai masa silamnya, setelah ayah angkatnya menceritakan saat dia dan Milah menemui Ain dahulu.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Cinta Untuk Ain diperkenalkan melalui sebuah sidang media di Sri Pentas pada Februari 2009. Apabila ditanya mengenai pengaruh Rashid Sibir, mentor kepada Heykal dalam bidang pengarahan, Heykal menjelaskan, "Saya tidak nafikan pengaruh Rashid memang ada setiap kali saya mengarah drama kerana saya tidak boleh lari daripada gaya kerjanya memandangkan dia cikgu saya. Banyak ilmu diturunkan Rashid kepada saya. Sejak mula membabitkan diri dalam bidang penerbitan drama mahupun filem sehinggalah sekarang."[1]

Que Haidar menceritakan pengalamannya, "Saya pernah berlakon cerita-cerita cinta, tetapi saya akui pada awalnya agak ragu-ragu juga untuk bawa karektor romantik dalam drama ini. Tambahan pula digandingkan dengan Nabila yang memang 'gila-gila' macam saya juga. Tetapi pengarah, Heykal Hanafiah dan Nabila sendiri banyak membantu. Malah, adakalanya seluruh krew tidak ketinggalan membantu kami."[2]

  1. ^ Anak Didik Rashid Sibir, Harian Metro, 20 Februari 2009.
  2. ^ Nabila, Que sukar wujudkan bibit cinta, mStar Online, 17 Februari 2009.
TV3: Lestary, Selasa, 9 malam
Sebelumnya Cinta Untuk Ain Berikutnya
Ku Milikmu La Dolce Amira