Hélder Postiga
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Hélder Manuel Marques Postiga | ||
Tarikh lahir | 2 Ogos 1982 | ||
Tempat lahir | Vila do Conde, Portugal | ||
Ketinggian | 1.82 m (5 ka 11 11⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang | ||
Kerjaya remaja | |||
1992–1996 | Varzim | ||
1996–2000 | Porto | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2000–2001 | Porto B | 37 | (10) |
2001–2003 | Porto | 58 | (22) |
2003–2004 | Tottenham Hotspur | 19 | (1) |
2004–2008 | Porto | 54 | (15) |
2006 | → Saint-Étienne (pinjaman) | 16 | (2) |
2008 | → Panathinaikos (pinjaman) | 14 | (2) |
2008–2011 | Sporting CP | 71 | (12) |
2011–2013 | Zaragoza | 70 | (23) |
2013–2014 | Valencia | 15 | (3) |
2014 | → Lazio (pinjam) | 5 | (0) |
2014–2015 | Deportivo La Coruña | 14 | (1) |
2015 | Atlético Kolkata | 1 | (2) |
2016 | Rio Ave | 10 | (5) |
2016 | Atlético Kolkata | 11 | (2) |
Pasukan kebangsaan | |||
2002–2003 | Portugal B21 | 16 | (12) |
2003–2014 | Portugal | 71 | (27) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Hélder Manuel Marques Postiga (lahir 2 Ogos 1982) merupakan pemain bola sepak Portugal bersara yang beraksi di posisi penyerang.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]FC Porto
[sunting | sunting sumber]Postiga memulakan kerjayanya di Varzim SC. Pada tahun 1998, beliau ke kelab belia FC Porto dan meneruskan progres sehingga beliau memasuki skuad utama. Selepas José Mourinho menjadi jurulatih Porto, Postiga memasuki skuad utama. Pemain berusia 20 tahun itu menjaringkan 19 gol pada 2002-03 dan membuatkan Porto memengani dua gelaran. Porto juga berjaya meluaskan kekuasaan ke Piala UEFA sebanyak lima kali walaupun beliau hanya terlepas perlawanan akhir.
Tottenham
[sunting | sunting sumber]Postiga berpindah ke kelab Tottenham Hotspur sebanyak £6.25 juta.[1] Beliau menandatangani kontrak lima tahun. Postiga membuat debut pada 16 Ogos ketika tewas 1-0 kepada Birmingham City tetapi dikeluarkan pada minit ke-57 dan digantikan oleh Bobby Zamora.[2] Gol pertama beliau pada 3 Disember ketika menang 3-1 ke atas Manchester City dan berjaya ke suku akhir Piala Liga.
Kembali ke Porto
[sunting | sunting sumber]Postiga kembali ke Porto untuk pertukaran pemain Pedro Mendes ke Tottenham. Jurulatih baru, Víctor Fernández memasukkan beliau dalam pasukan untuk kempen 2004-05, tetapi beliau meneruskan musim yang tidak memuaskan. Walau bagaimanapun, selepas José Couceiro menjadu jurulatih, beliau beraksi dengan baik dan menjaringkan tiga gol sebelum tamatnya musim.
Pada 2005, Postiga ke kelab B Porto selepas jurulatih baru Co Adriaanse tidak berpuas hati dengan persembahan beliau. Pada Januari tahun berikutnya, beliau dipinjam ke AS Saint-Étienne, mana beliau menjaringkan dua gol liga menentang FC Metz dan Le Mans Union Club 72.
Postiga kembali ke Porto untuk musim 2006-07. Beliau kehilangan tempat kepada pemain Brazil, Adriano. Walau bagaimanapun, beliau berjaya menjaringkan 10 gol liga.
Pada pertengahan Januari 2008, selepas tidak menepati cita rasa pengurus, beliau dipinjam selama enam bulan ke Panathinaikos FC. Gol pertama beliau untuk kelab Greece itu ketika menentang AEK Athens, seri 1-1.
Sporting
[sunting | sunting sumber]Pada 1 Jun 2008, Postiga dikejutkan dengan perpindahan beliau ke pesaing terdekat Porto, Sporting Lisbon dan menandatangani kontrak tiga tahun dengan bayaran €2.5 juta. Pada 1 September, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Sporting menewaskan SC Braga, 1-0.
Musim kedua Postiga amat hambar dan pasukannya menduduki tempat kedua liga. Lebih malang lagi, beliau gagal menjaringkan sebarang gol sehinggalah pada 19 April 2010, beliau menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Vitória de Setúbal .
Zaragoza
[sunting | sunting sumber]Pada 31 Ogos 2011, hari terakhir perpindahan musim panas, Postiga menewaskan Sporting dan berpindah ke Real Zaragoza di La Liga dengan bayaran 1 juta euro.
Selepas tiga gol tidak disahkan, Postiga akhirnya menjaringkan gol untuk Zaragoza pada 16 Oktober 2011, beliau menjaringkan dua gol untuk menang 2-0 ke atas Real Sociedad. Salah satu daripada gol ini termasuklah sepakan gunting pada minit ke-11. Beliau menjadi penjaring terbanyak kelab pada musim 2011-12.
Valencia
[sunting | sunting sumber]Pada 8 Ogos 2013, Postiga berpindah ke Valencia CF dengan bayaran 2.6 juta euro untuk menggantikan pemain yang berpindah ke Tottenham, Roberto Soldado. Pada 1 September, beliau menjaringkan gol ketika menentang FC Barcelona, malangnya pasukannya tewas 2-3.
Postiga dipinjam ke SS Lazio pada kempen Serie A pada 30 Januari 2014. Beliau membuat debut pada 26 Mac, tumpas 2-0 kepada Genoa.
Deportivo
[sunting | sunting sumber]Pada 1 September 2014, Postiga menandatangani kontrak setahun bersama Deportivo di La Liga. Beliau membuat debut dua minggu kemudian dengan menang 1-0 ke atas SD Eibar. Gol pertama beliau tiba pada 31 Oktober tetapi tewas 2-1 kepada Getafe CF. Seminggu kemudian, beliau dibuang padang pada minit ke-29 ketika seri tanpa jaringan menentang Córdoba CF. Beliau dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari Íñigo López.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Postiga membuat debut untuk pasukan kebangsaan Portugal pada 12 Februari 2003 pada perlawanan persahabatan menentang Itali. Perlawanan ini juga merupakan perlawanan pertama Luiz Felipe Scolari sebagai pengurus Portugal. Beliau menjaringkan dua gol pada 10 Jun ketika menang 4-0 ke atas Bolivia.
Walaupun mengalami musim yang mengecewakan di Tottenham, beliau tetap termasuk dalam skuad Portugal di UEFA Euro 2004. Pada peringkat suku akhir menentang England, beliau berjaya menyelamatkan Portugal dengan menjaringkan gol pada minit ke-83 untuk seri 1-1 dan membawa ke penentuan tendangan penalti. Skuad Portugal layak ke separuh akhir selepas menang 6-5 berikut seri 2-2.
Postiga mula bermain di Piala Dunia FIFA 2006 menentang Mexico, menang 2-1. Pada saingan Euro 2008, beliau masuk ke padang dan menjaringkan gol lewat perlawanan ketika menentang Jerman, walau bagaimanapun Portugal tewas 3-2 pada suku akhir.
Postiga dipanggil untuk kempen kelayakan Euro 2012 menentang Denmark dan Iceland pada Oktober 2010. Pada 17 November 2010, beliau menjaringkan dua gol untuk Portugal menang 4-0 ke atas juara dunia, Sepanyol di Lisbon.
Pada 4 Jun 2011, Postiga menjaringkan gol tunggal pada kelayakan Euro 2012 menentang Norway], membuatkan beliau menjadi sepuluh penjaring terbanyak teratas dalam sejarah Portugal. Beliau dipilih oleh Paulo Bento sebagai penyerang pertama ke UEFA Euro 2012. Beliau menjaringkan gol ketika menentang Denmark, menang 3-2. Beliau mengalami kecederaan pada separuh masa pertama ketika pasukannya menang 1-0 ke atas Republik Czech. Keadaan ini memaksa beliau untuk berehat sehingga tamatnya kejohanan.
Gol antarabangsa
[sunting | sunting sumber]# | Tarikh | Lokasi | Lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
13 Jun 2003 | Lisbon, Portugal | Bolivia | 3–0 | 4–0 | Persahabatan | |
4–0 | ||||||
5 Jun 2004 | Setúbal, Portugal | Lithuania | 4–1 | 4–1 | Persahabatan | |
24 Jun 2004 | Lisbon, Portugal | England | 1–1 | 2–2 | UEFA Euro 2004 | |
8 September 2004 | Leiria, Portugal | Estonia | 2–0 | 4–0 | Kelayakan Piala Dunia 2006 | |
4–0 | ||||||
26 Mac 2005 | Barcelos, Portugal | Kanada | 3–0 | 4–1 | Persahabatan | |
30 Mac 2005 | Bratislava, Slovakia | Slovakia | 1–1 | 1–1 | Kelayakan Piala Dunia 2006 | |
17 Ogos 2005 | Ponta Delgada, Portugal | Mesir | 2–0 | 2–0 | Persahabatan | |
2 Jun 2007 | Brussels, Belgium | Belgium | 1–2 | 1–2 | Kelayakan Euro 2008 | |
19 Jun 2008 | Basel, Switzerland | Jerman | 2–3 | 2–3 | UEFA Euro 2008 | |
12 Oktober 2010 | Reykjavík, Iceland | Iceland | 1–3 | 1–3 | Kelayakan Euro 2012 | |
17 November 2010 | Lisbon, Portugal | Sepanyol | 2–0 | 4–0 | Persahabatan | |
3–0 | ||||||
4 Jun 2011 | Lisbon, Portugal | Norway | 1–0 | 1–0 | Kelayakan Euro 2012 | |
10 Ogos 2011 | Faro, Portugal | Luxembourg | 1–0 | 5–0 | Persahabatan | |
7 Oktober 2011 | Porto, Portugal | Iceland | 3–0 | 5–3 | Kelayakan Euro 2012 | |
15 November 2011 | Lisbon, Portugal | Bosnia dan Herzegovina | 4–2 | 6–2 | Kelayakan Euro 2012 | |
6–2 | ||||||
13 Jun 2012 | Lviv, Ukraine | Denmark | 0–2 | 2–3 | UEFA Euro 2012 | |
7 September 2012 | Bandar Luxembourg, Luxembourg | Luxembourg | 1–2 | 1–2 | Kelayakan Piala Dunia 2014 | |
11 September 2012 | Braga, Portugal | Azerbaijan | 2–0 | 3–0 | Kelayakan Piala Dunia 2014 | |
16 Oktober 2012 | Porto, Portugal | Ireland Utara | 1–1 | 1–1 | Kelayakan Piala Dunia 2014 | |
6 Februari 2013 | Guimarães, Portugal | Ecuador | 2–1 | 2–3 | Persahabatan | |
22 Mac 2013 | Ramat Gan, Israel | Israel | 3–2 | 3–3 | Kelayakan Piala Dunia 2014 | |
7 Jun 2013 | Lisbon, Portugal | Rusia | 1–0 | 1–0 | Kelayakan Piala Dunia 2014 | |
15 Oktober 2013 | Coimbra, Portugal | Luxembourg | 3–0 | 3–0 | Kelayakan Piala Dunia 2014 |
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]Kelab
[sunting | sunting sumber]- Porto
- Piala UEFA: 2002–03
- Piala Antara Benua: 2004
- Primeira Liga: 2002–03, 2006–07
- Taça de Portugal: 2002–03
- Supertaça Cândido de Oliveira: 2001, 2004, 2006
- Sporting
Antarabangsa
[sunting | sunting sumber]- Portugal
- Kejohanan Bola Sepak Eropah Naib juara: 2004
Pingat
[sunting | sunting sumber]- Pingat Merit, Order of the Immaculate Conception of Vila Viçosa (Kerabat Braganza)
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Tottenham turn to Postiga Diarkibkan 2018-06-15 di Wayback Machine; UEFA.com, 25 June 2003
- ^ "Birmingham 1–0 Tottenham". BBC Sport. 16 August 2003. Dicapai pada 19 January 2015.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hélder Postiga |
- Stats and profile at Zerozero Diarkibkan 2013-12-19 di Wayback Machine
- Hélder Postiga di ForaDeJogo
- PortuGOAL profile
- Laman web Soccerbase: Statistik kerjaya Hélder Postiga
- BDFutbol profile
- (Inggeris) Profil Hélder Postiga di National-Football-Teams.com
- Hélder Postiga – Rekod persaingan FIFA
- ForaDeJogo player ID sama seperti Wikidata
- Kelahiran 1982
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Portugal
- Pemain FC Porto
- Pemain Sporting Clube de Portugal
- Pemain Tottenham Hotspur F.C.
- Pemain AS Saint-Étienne
- Pemain Panathinaikos F.C.
- Pemain Real Zaragoza
- Pemain Valencia CF
- Pemain Deportivo de La Coruña
- Pemain S.S. Lazio
- Pemain UEFA Euro 2004
- Pemain Piala Dunia FIFA 2006
- Pemain UEFA Euro 2008
- Pemain UEFA Euro 2012
- Pemain Piala Dunia FIFA 2014