Pergi ke kandungan

Cermin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cermin di laman.

Cermin adalah permukaan memantul yang cukup licin untuk membentuk gambaran atau bayangan yang seiras-iras objek yang menghadap ia.

Bahan digunakan

[sunting | sunting sumber]

Cermin awal terdiri daripada kepingan atau helaian logam digilap, biasanya logam perak atau tembaga apabila imej yang dipantuklan kembali adalah untuk dilihat (seperti perapian diri) tetapi juga dari logam lain apabila hanya penumpuan cahaya terbias yang diperlukan.

Kebanyakan cermin moden terdiri daripada lapisan nipis aluminium disalut atau "tersepuh belakang" pada kepingan kaca; permukaan memantul dilihat melalui kepingan kaca menjadikan cermin tahan, tetapi mengurangkan mutu cermin kerana tambahan biasan permukaan depan kaca. Cermin seperti ini membalikkan sekitar 80% daripada cahaya tuju. "Bahagian belakang" cermin sering dicat hitam sepenuhnya untuk melindung logam dari hakisan.

Teleskop dan peralatan jitu yang lain menggunakan cermin sepuh hadapan front silvered, di mana permukaan memantul diletak dipermukaan hadapan kaca, yang memberikan kualiti imej lebih baik. Sesetengah dari cermin ini menggunakan perak, tetapi banyak jenis menggunakan aluminum yang lebih memantul pada gelombang pendek berbanding perak. Kesemua lapisan ini mudah calar dan memerlukan pengendalian dengan cermat. Ia memantulkan 90% hingga 95% daripada cahaya semasa baru. Lapisan ini biasanya dilekatkan melalui vakum vacuum deposition Lapisan pelindung biasanya diletakkan sebelum cermin dikeluarkan dari vakum mengelakkan dari penguraian atau pengakisan apabila ia terdedah kepada udara beroksigen dan lembap. Oleh itu cermin sepuh hadapan perlu diganti permukaannya secara berulang untuk mengekalkan mutu.

Pantulan dari cermin cembung sfera spherical convex mirror.

Kepantulan pelapisan cermin bergantung pada panjang gelombang cahaya dan juga pada logam itu sendiri, dan ini dipergunakan dalam kerja optik untuk menghasilkan cermin sejuk dan panas. Cermin sejuk dihasilkan menggunakan substrat lutsinar dan memilih bahan penyaduran yang memantulkan lebih banyak cahaya nampak dan merambatkan kurang cahaya inframerah. Cermin panas pula adalah sebaliknya, iaitu lebih memantulkan cahaya inframerah. Permukaan cermin kadang-kala diberikan penyaduran tambahan (overcoating) untuk membantutkan degradasi permukaan tersebut dan meningkatkan kepantulan bahagian-bahagian spektrum yang akan digunakan. Sebagai contoh, cermin aluminum biasanya disaluti magnesium florida. Kepantulan sebagai fungsi penjang gelombang bergantung kepada ketebalan pelapisan dan bagaimana ia disadurkan.

Untuk kerja optikal saintifik , cermin dielektrik biasanya digunakan. Ia merupakan substrat kaca (atau kadang-kadang bahan lain) yang disaluti satu atau lebih lapisan bahan dielektrik untuk menghasilkan penyaduran optik. Melalui pemilihan teliti tentang jenis dan ketebalan lapisan dielektrik, julat panjang gelombang dan jumlah pantulan cahaya daripada cermin boleh ditetapkan. Cermin terbaik dari jenis ini dapat memantulkan >99.999% cahaya yang menuju ke cermin tersebut. Cermin-cermin jenis ini selalunya digunakan dalam laser.

Sinaran cahaya dipantul oleh cermin pada sudut pantulan yang bersamaan dengan sudut tuju. Iaitu, sekiranya sinar cahaya memancar atas permukaan cermin pada sudut 30° dari tegak, maka ia akan dipantul pada titik tuju pada sudut 30° dari tegak pada arah yang bertentangan.

Fail:Waves reflecting from a curved mirror.png
Gelombang cahaya dipantulkan dari cermin lengkong.

Bertentangan dengan kepercayaan am, cermin sebenarnya tidak menyongsangkan kiri-ke-kanan; ia sebenarnya menyongsangkan depan-ke-belakang sementara komponen kiri-ke-kanan dan atas-ke-bawah kekal tanpa perubahan. Kekeliruan berpunca daripada persepsi bahawa seandainya seseorang berdiri di belakang cermin berdepan dengan kita, seperti bagaimana kelihatan dalam pantulan kita, maka mereka akan kelihatan songsang kiri-ke-kanan relatif kepada diri kita sendiri. Akan tetapi, songsangan kiri-ke-kanan ini bukanlah dihasilkan oleh cermin tersebut, sebaliknya oleh orang khayalan yang bergerak kiri-ke-kanan untuk menghadap kita daripada belakang cermin.

Cermin pandang belakang digunakan dalam dan atas kenderaan.

Terdapatnya juga cermin mata gelap pandang belakang, yang mana hujung kiri kaca sebelah kiri dan hujung kanan kaca sebelah kanan berfungsi sebagai cermin.

Cermin sehala, juga digelar cermin dua hala (!), memantulkan kira-kira setengah cahaya dan membenarkan setengah yang lain untuk melaluinya. Ia merupakan sekeping kaca yang disadur lapisan logam hanya beberapa dozen ketebalan atom-atom, lalu membenarkan sebahagian cahaya melalui permukaannya (daripada dua-dua segi). Ia digunakan di antara sebuah bilik yang gelap dan sebuah lagi yang diterangi cahaya. Orang daripada bahagian yang diterangi cahaya dapat melihat pantulannya -- ia kelihatan seperti sekeping cermin yang biasa. Orang daripada bahagian yang gelap dapat melihat menerusinya -- ia kelihatan seperti tingkap lutsinar. Ia boleh digunakan untuk memerhati orang-orang yang disyaki melakukan jenayah, pelanggan (untuk mengelakkan kecurian), dsb. Cermin jenis yang sama, jika digunakan dalam radas optikal, dikenali sebagai cermin separa perak half-silvered mirror. Kegunaannya adalah untuk mengasingkan sinar cahaya supaya setengah akan lalu menerusinya, manakala setengah lagi dipantulkan -- ini amat berguna untuk interferometri.

Bebola pemantul hiasan daripada kaca nipis yang disadur logam, yang berfungsi sebagai penurunan cermin sudut luas, dijual pada masa-masa sebelum Krismas, untuk digunakan dalam penghiasan pokok Krismas yang dikenali sebagai bauble.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]