Brie
Brie | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Keju Perancis, keju susu lembu, white mold-rind cheese (en) |
Dinamakan sempena | Brie (en) |
Asalan | |
Negara | Perancis |
Kawasan | Ile-de-France |
Lokasi | Île-de-France, Brie (en) |
Ciri-ciri | |
Sumber susu | Lembu |
Bahan | Susu |
Dipasteurkan | Ya |
Tekstur | Lembut |
Kandungan lemak | 30-60% |
Tempoh penuaan | 4 minggu |
sunting · sunting di Wikidata |
Brie adalah keju bertekstur lembut dari susu lembu yang dipasteur yang berasal dari Perancis.[1] Brie dihasilkan di kawasan Ile-de-France yang berada di sebelah timur bandar Paris.[1] Sebelum pengangkutan di Perancis membangun, keju ini tidak boleh dihantar ke daerah lain selain kota Paris, sehingga orang sering menyebutnya "keju Paris".[1] Keju Brie Perancis asli menggunakan susu lembu yang tidak dipasteur sehingga rasanya lebih kompleks.[2] [3] Manakala keju Brie yang dieksport ke negara lain menggunakan susu lembu yang dipasteur sehingga boleh bertahan lebih lama dan tidak terdedah terhadap jangkitan bakteria.[2] [3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Brie, yang disebut-sebut sebagai "raja" atau "ratu" keju, telah dikenali sejak abad kelapan.[2] [3] [4] [5] Beberapa ratus tahun yang lalu, keju Brie diberikan sebagai ufti kepada raja-raja Perancis pada zaman itu.[2] Bukti tertulis paling tua mengenai keju ini ditemukan pada tahun 774 M.[6] [7] Charlemagne, pemerintah Perancis ketika itu, mencuba keju Brie dan kemudian memerintahkan agar dua timbun keju tersebut dihantar kepadanya setiap tahun.[6] [7] Raja Louis XVI juga dikenal menyukai keju ini.[4] [7] Kononnya, ketika mati dia meminta dihidangkan keju Brie sebagai hidangan terakhirnya.[4] [7] Disebabkan kepopularannya di kalangan raja-raja, keju Brie mendapatkan gelaran "Raja Keju dan Keju Raja-raja" (Roi de Fromages et Fromage de Rois) oleh Androuet dan Chabot pada tahun 1985.[8]
Bentuk dan tekstur
[sunting | sunting sumber]Keju ini mempunyai bentuk bulat seperti kuih dengan diameter 25 hingga 40 cm.[1] Keju dengan diameter 15 hingga 22 cm juga diperbolehkan untuk dijual.[1] Berat keju Brie antara 1 hingga 2 kilogram.[2] Keju Brie boleh didapati dijual dalam bungkusan kotak kayu.[2]
Pembuatan
[sunting | sunting sumber]Untuk membuat keju Brie, susu lembu yang digunakan dipanaskan sehingga tidak lebih dari 37 °C dan renet ditambah.[8] [7] Dadih kemudian dicetak dengan bantuan sudu besar yang berlubang yang dikenali sebagai pelle à brie.[7] [9] Lalu dadih diletakkan di dalam cetakan dan dikeringkan selama satu hari.[4] [5] Kemudian garam ditambah untuk mengimbangi rasa manis susu yang digunakan.[7] Sebelum dimatangkan, cendawan Penicillium camemberti digunakan sehingga terbentuk kulit berwarna putih di bahagian luar keju.[8] [5] [7] Proses terakhir adalah kematangan di gudang bawah tanah atau gua yang memakan masa sekurang-kurangnya empat minggu.[7] [5] [4]
Jenis
[sunting | sunting sumber]Terdapat pelbagai variasi keju Brie yang asli yang boleh didapati, namun hanya dua jenis keju Brie yang telah mendapat pensijilan AOC.[1]
Keju Brie AOC
[sunting | sunting sumber]Brie de Meaux
[sunting | sunting sumber]Keju yang mempunyai berat 2.5 - 3 kilogram ini pada awalnya dibuat di Meaux, di daerah Brie. [6] [10] Brie de Meaux dibuat daripada susu lembu mentah pada bulan Julai hingga Mac.[10] Tekstur keju ini lembut dengan warna yang berubah menjadi kuning pucat ketika matang.[10] Permukaan keju ini berwarna putih dengan bintik-bintik berwarna jingga.[10]
Brie de Melun
[sunting | sunting sumber]Brie de Melun mempunyai rasa yang lebih tajam dan lebih masin berbanding Brie de Meaux.[6] [1] Dari segi saiz, Brie de Melun mempunyai diameter yang lebih kecil sehingga dikenali sebagai "adik" Brie de Meaux.[1] Berbeza dengan Brie de Meaux, Brie de Melun tidak menggunakan renet untuk melakukan proses pembekuan pada susu melainkan menggunakan bakteria asid laktik dan oleh itu memerlukan waktu yang lebih lama.[6] [1] Masa minimum yang diperlukan untuk proses pembekuan pada Brie de Melun adalah 18 jam, manakala pada Brie de Meaux hanya 30 minit.[1]
Keju Brie lain
[sunting | sunting sumber]Coulommiers
[sunting | sunting sumber]Berasal dari bandar dengan nama yang sama iaitu Coulommiers di Ile-de-France.[1] Keju ini melalui proses pematangan selama dua minggu.[1] Ukuran keju ini sepertiga daripada ukuran keju Brie terbesar dengan rasa yang halus.[1] Disebabkan dihasilkan oleh industri maka keju ini boleh ditemui di mana-mana sahaja dan bila-bila sahaja.[1]
Fougeru
[sunting | sunting sumber]Keju ini berbeza sedikit dengan keju Brie lain kerana pada permukaan keju ini diberi daun paku pakis.[1] Rasa dan kaedah pembuatan keju ini mempunyai persamaan dengan Coulommiers.[1]
Brie Jerman
[sunting | sunting sumber]Brie Jerman merupakan tiruan Brie Perancis.[1] Berat Brie Jerman sekitar 1 hingga 3 kilogram, dimatangkan selama empat minggu maksimum.[1] Keju ini juga ada yang diberi rempah yang dimasukkan ke dalam keju sebelum dimasak.[1]
Brie dari susu kambing
[sunting | sunting sumber]Keju ini tidak menggunakan susu lembu, tetapi menggunakan susu kambing.[1] Warna keju ini lebih cerah dibandingkan dengan keju Brie yang terbuat daripada susu lembu.[1]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaLexicon of Cheese
- ^ a b c d e f (Inggeris) Brie, Cheese.com. Diakses pada 5 Mei 2010.
- ^ a b c (Inggeris) What is Brie Cheese?, About.com. Diakses pada 5 Mei 2010.
- ^ a b c d e (Inggeris) Brie[pautan mati kekal], Ile de France. Diakses pada 5 Mei 2010.
- ^ a b c d (Inggeris) What is Brie?, Wise Geek. Diakses pada 5 Mei 2010.
- ^ a b c d e Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaencyclopedia
- ^ a b c d e f g h i (Inggeris) The History of Brie Cheese Diarkibkan 2010-02-05 di Wayback Machine, World Village. Diakses pada 5 Mei 2010.
- ^ a b c (Inggeris) Davidson, Alan (2006). The Oxford Companion to Food. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-280681-9. Page 106,161.
- ^ (Inggeris) Brie, Cheese-France. Diakses pada 5 Mei 2010.
- ^ a b c d (Inggeris) Brie de Meaux, The World Wide Gourmet. Diakses pada 6 Mei 2010.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Brie |
- (Inggeris) Tips Memasak Keju Brie