Pergi ke kandungan

BT Group

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
BT Group plc
Nama dagangBT
Nama dahuluBritish Telecom
Jenis/bentuk sahSyarikat awam berhad
Didagangkan sebagaiLSE: BT.A
NYSE: BT
Komponen FTSE 100
ISINGB0030913577 Sunting ini di Wikidata
IndustriTelekomunikasi
Pendahulu
Ditubuhkan1969; 55 tahun yang lalu (1969)
PengasasJohn Lewis Ricardo
William Fothergill Cooke Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatBT Centre, London,, United Kingdom
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • Jan du Plessis
    (Pengerusi)
  • Philip Jansen
    (Ketua Eksekutif)
  • Simon Lowth
    (Pengarah Kewangan Kumpulan)
Keluaran
Hasil £23.746 bilion (2018)[1]
Pendapatan kendalian £3.381 bilion (2018)[1]
Pendapatan bersih £2.032 bilion (2018)[1]
PemilikDeutsche Telekom, BlackRock Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan106,700 (2019)[2]
Pembahagian
  • BT Consumer
  • EE Limited
  • BT Business and Public Sector
  • BT Global Services
  • BT Wholesale and Ventures
  • Openreach
  • BT Technology, Service and Operations
Anak syarikat
  • BT Ireland
  • BT Italia
  • Plusnet
Tapak webbtplc.com
Twitter: bt_uk Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

BT Group plc (didagangkan sebagai BT dan dahulu British Telecom) ialah syarikat induk telekomunikasi multinasional British yang beribu pejabat di London, United Kingdom. Ia mempunyai operasi di sekitar 180 negara dan merupakan penyedia perkhidmatan talian tetap, jalur lebar dan mudah alih yang terbesar di UK, dan juga menyediakan langganan perkhidmatan televisyen dan IT.[3]

Asal-usul BT bermula pada penubuhan Syarikat Telegraf Elektrik pada 1846 yang membangunkan rangkaian komunikasi di seluruh negara. Pada tahun 1912, Pejabat Pos Besar, sebuah jabatan kerajaan, menjadi pembekal telekom monopoli di United Kingdom. Akta Pejabat Pos 1969 membawa kepada GPO menjadi sebuah perbadanan awam. British Telecommunications didagangankan sebagai British Telecom, ditubuhkan pada tahun 1980, dan menjadi bebas daripada Pejabat Pos pada tahun 1981. British Telecommunications telah diswastakan pada tahun 1984, menjadi British Telecommunications plc, dengan sekitar 50 peratus sahamnya dijual kepada pelabur. Kerajaan menjual baki kepentingannya dalam penjualan saham selanjutnya pada tahun 1991 dan 1993. BT merupakan pemegang Waran Diraja Keluarga Diraja British dan mempunyai penyenaraian utama di Bursa Saham London, penyenaraian sekunder di Bursa Saham New York, dan merupakan penyususn Indeks FTSE 100.

BT mengawal sejumlah anak syarikat besar. Bahagian Perkhidmatan Global BT membekalkan perkhidmatan telekomunikasi kepada pelanggan korporat dan kerajaan di seluruh dunia,[4] dan bahagian Pengguna BT membekalkan perkhidmatan telefon, jalur lebar, dan perkhidmatan televisyen berlangganan di Great Britain kepada sekitar 18 juta pelanggan.[5] Pada Januari 2016, BT memperoleh EE untuk £ 12.5 bilion.

Pembentukan British Telecom

[sunting | sunting sumber]

Jenama British Telecom mula diperkenalkan pada 1980. Pada 1 Oktober 1981, ia menjadi nama rasmi Telekomunikasi Pejabat Pos, yang menjadi perbadanan milik negeri bebas Pejabat Pos di bawah kelulusan Akta Telekomunikasi British 1981. Pada tahun 1982 monopoli BT dalam telekomunikasi telah dipecahkan dengan pemberian lesen oleh Mercury Communications.[6]

Penswastaan

[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Julai 1982, Kerajaan mengumumkan hasratnya untuk menjual saham dalam British Telecom kepada umum. Pada 1 April 1984, British Telecommunications telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat awam terhad (plc) dengan jangkaan berlakunya Rang Undang-Undang Telekomunikasi. Rang Undang-Undang ini menerima Perakuan Diraja pada 12 April, dan pemindahan ke British Telecommunications plc dari British Telecom sebagai perbadanan berkanun perniagaannya, harta, hak dan liabilitinya berlaku pada 6 Ogos 1984.[7]

Pada mulanya semua saham dalam plc baru dimiliki oleh Kerajaan. Pada November 1984, 50.2% syarikat baru ditawarkan untuk dijual kepada umum dan pekerja. Saham-saham ini disenaraikan di London, New York, dan Toronto dan hari pertama dagangan pada 3 Disember 1984. Kerajaan menjual separuh kepentingannya pada Disember 1991 dan separuh lagi pada Julai 1993. Pada Julai 1997, Kerajaan Buruh baru melupuskan Saham Khasnya ("Saham Emas"), ditahan pada masa pengapungan, dengan berkesan memberikan kuasa untuk menghalang pengambilalihan syarikat, dan melantik dua pengarah bukan eksekutif ke Lembaga Pengarah.[8]

Syarikat ini menukar nama perdagangannya kepada "BT" pada 2 April 1991. Pada tahun 1996 Peter Bonfield dilantik sebagai CEO dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekuif sehingga perletakan jawatannya pada Oktober 2001.[9]

Pada tahun 1990-an, BT memasuki pasaran telekomunikasi Ireland melalui usaha sama dengan Lembaga Pembekalan Elektrik, pembekal kuasa kerajaan Ireland milik negara. Usaha ini, dikenali sebagai Ocean, mendapati kejayaan utamanya melalui pelancaran pangganan ISP percuma pertama Ireland, oceanfree.net. Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang mendapati kejayaan yang kurang, terutamanya mensasarkan pelanggan korporat. BT memperoleh 100% usahasama ini pada tahun 1999.[10]

  1. ^ a b c "Annual Report 2018" (PDF). BT Group plc. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Januari 2019. Dicapai pada 2 Mac 2019.
  2. ^ "BT Group plc Annual Report 2019" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 November 2019. Dicapai pada 20 November 2019.
  3. ^ "Our company". BT Group plc. Dicapai pada 27 August 2017.
  4. ^ "BT Global Services". BT Group plc. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2010. Dicapai pada 24 August 2010.
  5. ^ "BT Consumer". BT Group. Dicapai pada 20 December 2014.
  6. ^ "Mercury Communications Ltd". Hansard. 14 Jun 1982. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2019. Dicapai pada 2 Mac 2019.
  7. ^ "3 December 1984: BT is sold off in a gamble over privatisation". Money Week. 3 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2019. Dicapai pada 2 Mac 2019.
  8. ^ "Government abandons BT Golden Share". The Independent. 16 Julai 1997. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2019. Dicapai pada 2 Mac 2019.
  9. ^ "Sir Peter Bonfield: A profile". BBC News. 31 Oktober 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2004. Dicapai pada 27 April 2010.
  10. ^ "Heart-stopping time for Ocean boss in setting up telecom company". Irish Times. 8 Januari 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2019. Dicapai pada 2 Mac 2019.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Baldwin, F.G.C. The History of the Telephone in the United Kingdom (1925)
  • Foreman-Peck, J. "The development and diffusion of telephone technology in Britain, 1900–1940," Transactions of the Newcomen Society, (1991–92). 63, pp165–180.
  • Foreman-Peck, J., & Millward, R. Public and private ownership of British industry 1820–1990 (1994).
  • Hazlewood, A. "The origins of the state telephone service in Britain" Oxford Economic Papers (1953). 5:13–25. in JSTOR
  • Holcombe, A. N. (1906). "The Telephone in Great Britain". Quarterly Journal of Economics. 21 (1): 96–135. doi:10.2307/1883751. JSTOR 1883751.
  • Johannessen, Neil. Ring up Britain: the Early Years of the Telephone in the United Kingdom (British Telecommunications plc, London, 1991)
  • Johnston, S. F. "The telephone in Scotland." in: K. Veitch, ed., Transport and Communications. Publications of the European Ethnological Research Centre; Scottish life and society: a compendium of Scottish ethnology (2009): pp. 716–727 online
  • Magill, Frank N. Great Events from History II: Business and Commerce Series, volume 1:1897–1923 (1994) pp 218–23; historiography
  • Meyer, Hugo Richard. Public Ownership and the Telephone in Great Britain: Restriction of the Industry by the State and the Municipalities (1907). online
  • Pitt, D.C. The telecommunications function in the British Post Office. A case study of bureaucratic adaption (Westmead: Saxon House, 1980).
  • Robertson, John Henry. The story of the telephone: A history of the telecommunications industry of Britain (1947)
  • Tucker, D. G. (1978). "The Early Development of the British Underground Trunk Telephone Network". Transactions of the Newcomen Society. 49: 57–74. doi:10.1179/tns.1977.005.
  • Wetton, Jenny (2007). "The Early History of Telephony in Manchester, 1877–1898". Transactions of the Newcomen Society. 77 (2): 245–260. doi:10.1179/175035207x204833.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]