BAE Systems
Koordinat: 51°16′25″N 0°46′00″W / 51.27361°N 0.76667°W
Nama asli | BAE Systems |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Berhad (LSE: BA.) |
ISIN | GB0002634946 |
Industri | Aeroangkasa dan pertahanan |
Pendahulu | Atlantic Marine Royal Small Arms Factory British Aerospace Marconi Electronic Systems |
Ditubuhkan | 30 November 1999 |
Ibu pejabat | Farnborough, England, UK |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Richard Olver (Pengerusi) Ian King (CEO) |
Keluaran | Aeroangkasa awam dan ketenteraan Pertahanan elektronik Kapal-kapal laut peluru Sistem pertempuran darat |
Perkhidmatan | Penyelenggaraan, khidmat nasihat, latihan dsb. |
Hasil | £18,543 juta (2008) |
Pendapatan kendalian | £1,718 juta (2008) |
Pendapatan bersih | £1,768 juta (2008) |
Jumlah aset | 22,980,000,000 paun sterling (2016) |
Bilangan kakitangan | 105,000 (2009) |
Pembahagian | Lihat di bawah |
Anak syarikat | BAE Systems Inc. |
Tapak web | www.baesystems.com |
sunting · sunting di Wikidata |
BAE Systems plc (BAE) merupakan sebuah syarikat pertahanan dan aeroangkasa Britain ynag beribu pejabat di Farnborough, Hampshire, England. Ia memiliki kepentingan global, terutamanya di Amerika Utara melalui anak syarikatbya iaitu BAE Systems Inc. BAE merupakan kontraktor pertahanan ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Eropah.[1] BAE Systems telah ditubuhkan pada 30 November 1999 dengan £ 7.7 bilion berikutan penggabungan dua syarikat Britain, iaitu Marconi Electronic Systems (MES), sebuah syarikat pertahanan elektronik dan anak syarikat pembinaan kapal bagi General Electric Company plc (GEC), dengan pengeluar pesawat, peluru dan sistem-sistem tentera laut British Aerospace (BAe).
BAE Systems adalah waris kepada pelbagai pesawat udara dan syarikat pertahanan udara, termasuklah The Marconi Company, syarikat komersial pertama yang menumpu kepada pembangunan dan penggunaan radio; A.V. Roe and Company, salah satu daripada syarikat pesawat udara pertama di dunia; de Havilland, pengilang pesawat penumpang jet komersial pertama di dunia; British Aircraft Corporation, pengilang bersama Concorde pengangkutan supersonik; dan Supermarine, pengilang Spitfire. Semenjak penubuhannya, ia telah menjual saham di Airbus, Astrium, AMS dan Atlas Elektronik, dan membuat sebilangan permintaan pemilikan, yang paling utama adalah United Defense dan Armor Holdings dari AmerikA Syarikat.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Defense News Top 100". www.DefenseNews.com. Dicapai pada 2007-07-31.[pautan mati kekal]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan BAE Systems |