BAE Systems Maritime – Naval Ships
![]() | |
Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Pertahanan Pembinaan kapal Kejuruteraan marin |
Pendahulu | BAE Systems Surface Fleet Solutions VT Shipbuilding |
Ditubuhkan | 1 Julai 2008 (sebagai BVT Surface Fleet)[1][2] |
Ibu pejabat | Glasgow, Scotland, UK |
Tokoh penting | Sir John Parker – Pengerusi (2008–2009)[3] Alan Johnston CBE – CEO (2008–2011)[3] Iain Stevenson – pengarah urusan (2016–kini) Heather Lee- HR director (2018-kini)Engineering Director Paul Feely(2016-kini) Shipbuild Director David Goodfellow (2003-kini) |
Keluaran | Kapal tentera laut |
Perkhidmatan | Rekabentuk kapal Sokongan kapal |
Hasil | £1.12 bilion (FY 2008/09)[4] |
Pendapatan kendalian | £45 juta[5] |
Jumlah aset | £352 juta[5] |
Pemilik | BAE Systems ![]() |
Bilangan kakitangan | Sekitar 7,000 |
Syarikat induk | BAE Systems Maritime |
Tapak web | www.baesystems.com |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
BAE Systems Maritime – Naval Ships adalah sebuah anak syarikat milik penuh BAE Systems, dengan pengkhususan dalam pembinaan kapal permukaan tentera laut dan integrasi sistem tempur. Ia merupakan salah satu dari tiha buah divisyen dalam BAE Systems Maritime, selain daripada BAE Systems Submarines dan BAE Systems Maritime – Maritime Services, yang mana merupakan syarikat pembina kapal terbesar di United Kingdom, dan salah sebuah pembina kapal terbesar di Eropah, serta salah satu pembina kapal perang terbesar di dunia.[6]
Ia asalnya ditubuhkan sebagai sebuah anak syarikat saham bersama pada 1 Julai 2008, ekoran penggabungan antara BAE Systems Surface Fleet Solutions dan VT Shipbuilding, maka tertubuhnya sebuah firma baharu bernama BVT Surface Fleet.
Firma baharu ini memasukkan BAE Systems Surface Fleet Solutions yang memiliki limbungan kapal di Scotstoun dan Govan yang terletak di Sungai Clyde, Glasgow dan kemudahan milik VT Shipbuilding yang terletak di dalam Pangkalan Tentera Laut di Portsmouth.
BAE Systems seterusnya membeli saham-saham perkongsian usahasama milik VT Group pada 30 Oktober 2009 dan menamakan semula perniagaan mereka sebagai BAE Systems Surface Ships Ltd.
Pada 1 Januari 2011, BAE Systems Surface Ships telah menggabungkan BAE Systems Submarine Solutions untuk membentuk BAE Systems Maritime. Pada 1 Januari 2012, BAE Systems Surface Ships membuat penstrukturan rasmi dan dijenamakan semula sebagai BAE Systems Maritime – Naval Ships dan BAE Systems Maritime – Maritime Services, di mana Naval Ships menggabungkan operasi pembinaan kapal dan pembangunan sistem tempur manakala Maritime Services menumpukan sokongan semasa perkhidmatan.[7]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- BAE Systems
- BAE Systems Marine (1999–2003)
- BAE Systems Naval Ships (2003–2006)
- BAE Systems Surface Fleet Solutions (2006–2008)
- BAE Systems Maritime – Maritime Services (2012–kini)
- BAE Systems Submarines (2012–kini)
- VT Group
- BAE Systems Ship Repair (Amerika Syarikat)
- BAE Systems Australia (marin)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Warship deal takes a step closer". BBC News. BBC. 1 July 2008.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaoperational
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamamanag
- ^ BAE Systems – Warship Business Gives Boost to UK Economy
- ^ a b BAE & VT Group Finalize, then Dissolve, UK Surface Ship JV
- ^ The Scotsman - VT makes its final shipyard departure with £300m sale
- ^ "BAE Systems Maritime".