Afrika
Kawasan | 30,370,000 km2 (11,730,000 bt2) (ke-2) |
---|---|
Penduduk | 1,225,080,510[1] (2016; ke-2) |
Ketumpatan penduduk | 36.4/km2 (94/sq mi) |
KDNK (PPP) | $7.16 trilion (2019; ke-5)[2] |
KDNK (nominal) | $2.45 trilion (2019; ke-5)[2] |
KDNK per kapita | $1,930 (2019; ke-6)[2] |
Demonim | Orang Afrika |
Negara | 54 (dan 2 dipertikai) |
Wilayah tanggungan | Luaran (1) |
Bahasa | 1250–3000 bahasa asli |
Zon masa | UTC-1 hingga UTC+4 |
Bandar terbesar | Kawasan perbandaran terbesar: |
Afrika (Tulisan Jawi: افريکا) merupakan benua yang kedua terbesar selepas Asia, sama ada dari segi keluasan atau jumlah penduduk. Luasnya adalah kira-kira 30,244,050 km2 (11,677,240 batu2) termasuk kepulauan di sekitarnya, meliputi 20.3% dari jumlah daratan di bumi dan didiami lebih daripada 900 juta orang pada 2005, atau sekitar 14% populasi manusia di bumi.
Benua Afrika disempadani:
- di sebelah utara: Eropah, oleh Laut Mediterranean dan Selat Gibraltar
- di sebelah timur, Asia, oleh Terusan Suez dan teluk, dan juga Lautan Hindi
- di sebelah barat: Lautan Atlantik
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Perkataan Afrika berasal dari bahasa Rom kuno, Africa terra — "tanah Afri" (perkataan jamak dari "Afer") — untuk menunjukkan bahagian utara benua tersebut, iaitu Tunisia sekarang, wilayah jajahan Rom Afrika. Asal perkataan "Afer" mungkin adalah dari bahasa Funisia (Phoenician), afar yang bererti debu; atau dari puak Afridi, yang mendiami bahagian utara benua dekat Carthage; atau dari bahasa Greek aphrike yang bererti tanpa dingin; atau dari bahasa Latin aprica yang bererti cerah.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Afrika adalah daratan terbesar daripada tiga daratan jika dilihat dari arah selatan di bahagian muka bumi di angkasa. Diasingkan daripada Eropah oleh Laut Mediterranean, ia bersambung hingga ke Asia pada bahagian paling timur laut oleh Tanah Genting Suez (disilang oleh Terusan Suez) 163 km (101 batu) lebarnya. Secara geopolitik, Mesir, Semenanjung Sinai dan timur Terusan Suez lazim dianggap sebahagian daripada Afrika.[3] Dari titik paling utara iaitu Ras ben Sakka di Tunisia dan titik paling selatan iaitu Tanjung Agulhas di Afrika Selatan (34°51'15" S), mempunyai jarak lebih kurang 8,000 km (5,000 batu). Dari Cape Verde, (17°33'22" W) iaitu titik paling barat ke Ras Hafun di Somalia, (51°27'52" E) bahagian paling timur, mempunyai jarak lebih kurang 7,400 km (4,600 batu).
Panjang pesisir pantai Afrika ialah 26,000 km dengan dan ketiadaan titik putus atau lubang besar di sepanjang pantainya adalah satu ilustrasi yang menggambarkan fakta bahawa Eropah, yang hanya merangkumi 10,400,000 km² (4,010,000 batu persegi )– yang luasnya hanya sepertiga daripada keluasan Afrika – mempunya pesisir pantai sepanjang 32,000 km (19,800 batu).
Negara terbesar di Afrika ialah Algeria, dan negara yang terkecil adalah Seychelles, sebuah gugusan kepulauan di luar pantai timurnya. Negara terkecil di atas daratan benua Afrika ialah Gambia.[4] Menurut Rom Purba, Afrika tersebar di barat Mesir, manakala "Asia" yang dahulunya dirujuk sebagai Anatolia tersebar ke arah timur. Garis sempadan mutlak antara dua benua ini telah digariskan oleh ahli geografi terkenal iaitu Ptolemy (85–165 Masihi), menunjukkan Iskandariah di sepanjang garis Meridian serta menentukan bahawa tanah genting Suez dan Laut Merah menjadi sempadan antara Asia dan Afrika. Apabila orang Eropah mula memahami keluasan sebenar benua ini, idea tentang Afrika mula berkembang bersama dengan ilmu pengetahuan mereka.
Iklim dan kehidupan liar
[sunting | sunting sumber]Iklim di Afrika adalah pelbagai daripada iklim tropika kepada sub-Artik (iklim yang selalunya musim salji yang teramat sejuk dan musim panas yang singkat) di bahagian puncak yang tertinggi. Bahagian utaranya terdiri daripada gurun dan padang pasir,[5] manakala di bahagian tengah dan selatannya mengandungi kedua-dua lembah savana dan wilayah hutan hujan yang tebal. Di antaranya pula didominasi oleh pertemuan tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan sahel dan steppe. Afrika merndakwa bahawa benuanya kemungkinan merupakan kombinasi terbesar dari segi kepadatan dan “ruang kebebasan” untuk populasi hidupan liarnya dan diversitinya. Dengan populasi haiwan liar untuk karnivor besar (seperti singa, dubuk dan harimau bintang) dan haiwan herbivor (seperti kerbau, rusa, gajah, unta dan zirafah) bergerak bebas di dataran tanah ratanya yang luas. Ia juga merupakan tempat tinggal kepada pelbagai makhluk hutan lain (termasuk ular dan primat) serta hidupan akuatik (termasuk buaya dan amfibia).
Politik
[sunting | sunting sumber]Hampir kesemua negara Afrika adalah republik kecuali beberapa negara yang mengamalkan sistem monarki seperti Maghribi dan Swaziland. Benua Afrika juga terkenal sebagai benua yang melahirkan ramai diktator seperti Muammar Ghadafi (Libya) dan Idi Amin (Uganda).
Kesatuan Afrika ialah sebuah badan persatuan yang merangkumi 55 negara Afrika. Badan ini ditubuhkan pada 26 Jun 2001 (secara rasmi pada 9 Julai 2002)[6] dan beribu pejabat di Addis Ababa, Habsyah.
Negara dan wilayah
[sunting | sunting sumber]Benua Afrika mempunyai 59 buah negara.
Jata | Bendera | Nama negara dan wilayah |
Keluasan (km²) |
Jumlah penduduk [7] |
Tahun | Kepadatan penduduk (per km²) |
Ibu negara |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Afrika Utara | |||||||
Algeria | 2,381,740 | 34,178,188 | 2009 | 14 | Algiers | ||
Kepulauan Canary (Sepanyol) | 7,492 | 2,154,905 | 2017 | 226 | Las Palmas de Gran Canaria, Santa Cruz de Tenerife | ||
Ceuta (Sepanyol) | 20 | 85,107 | 2017 | 3,575 | — | ||
Libya | 1,759,540 | 6,310,434 | 2009 | 4 | Tripoli | ||
Madeira (Portugal) | 797 | 245,000 | 2001 | 307 | Funchal | ||
Maghribi | 446,550 | 35,740,000 | 2017 | 78 | Rabat | ||
Melilla (Spain) | 12 | 85,116 | 2017 | 5,534 | — | ||
Mesir | 1,001,450 | 82,868,000 | 2012 | 83 | Kaherah | ||
Sudan | 1,861,484 | 30,894,000 | 2008 | 17 | Khartoum | ||
Tunisia | 163,610 | 10,486,339 | 2009 | 64 | Tunis | ||
Sahara Barat | 266,000 | 405,210 | 2009 | 2 | El Aaiún | ||
Afrika Timur | |||||||
Burundi | 27,830 | 8,988,091 | 2009 | 323 | Gitega | ||
Comoros | 2,170 | 752,438 | 2009 | 347 | Moroni | ||
Djibouti | 23,000 | 828,324 | 2015 | 22 | Djibouti | ||
Eritrea | 121,320 | 5,647,168 | 2009 | 47 | Asmara | ||
Habsyah | 1,127,127 | 84,320,987 | 2012 | 75 | Addis Ababa | ||
Kenya | 582,650 | 39,002,772 | 2009 | 66 | Nairobi | ||
Madagascar | 587,040 | 20,653,556 | 2009 | 35 | Antananarivo | ||
Malawi | 118,480 | 14,268,711 | 2009 | 120 | Lilongwe | ||
Mauritius | 2,040 | 1,284,264 | 2009 | 630 | Port Louis | ||
Mayotte (Perancis) | 374 | 223,765 | 2009 | 490 | Mamoudzou | ||
Mozambique | 801,590 | 21,669,278 | 2009 | 27 | Maputo | ||
Réunion (Perancis) | 2,512 | 743,981 | 2002 | 296 | Saint-Denis | ||
Rwanda | 26,338 | 10,473,282 | 2009 | 398 | Kigali | ||
Seychelles | 455 | 87,476 | 2009 | 192 | Victoria | ||
Somalia | 637,657 | 9,832,017 | 2009 | 15 | Mogadishu | ||
Sudan Selatan | 619,745 | 8,260,490 | 2008 | 13 | Juba | ||
Tanah Selatan dan Antartika Perancis (Perancis) | 439,781 | 100 | 2019 | — | Saint-Pierre | ||
Tanzania | 945,087 | 44,929,002 | 2009 | 43 | Dodoma | ||
Uganda | 236,040 | 32,369,558 | 2009 | 137 | Kampala | ||
Afrika Tengah | |||||||
Angola | 1,246,700 | 12,799,293 | 2009 | 10 | Luanda | ||
Cameroon | 475,440 | 18,879,301 | 2009 | 40 | Yaoundé | ||
Chad | 1,284,000 | 10,329,208 | 2009 | 8 | N'Djamena | ||
Republik Congo | 342,000 | 4,012,809 | 2009 | 12 | Brazzaville | ||
Republik Demokratik Congo | 2,345,410 | 69,575,000 | 2012 | 30 | Kinshasa | ||
Gabon | 267,667 | 1,514,993 | 2009 | 6 | Libreville | ||
Guinea Khatulistiwa | 28,051 | 633,441 | 2009 | 23 | Malabo | ||
Republik Afrika Tengah | 622,984 | 4,511,488 | 2009 | 7 | Bangui | ||
São Tomé dan Príncipe | 1,001 | 212,679 | 2009 | 212 | São Tomé | ||
Selatan Afrika | |||||||
Afrika Selatan | 1,219,912 | 51,770,560 | 2011 | 42 | Bloemfontein, Cape Town, Pretoria | ||
Botswana | 600,370 | 1,990,876 | 2009 | 3 | Gaborone | ||
Eswatini | 17,363 | 1,123,913 | 2009 | 65 | Mbabane | ||
Lesotho | 30,355 | 2,130,819 | 2009 | 70 | Maseru | ||
Namibia | 825,418 | 2,108,665 | 2009 | 3 | Windhoek | ||
Zambia | 752,614 | 11,862,740 | 2009 | 16 | Lusaka | ||
Zimbabwe | 390,580 | 11,392,629 | 2009 | 29 | Harare | ||
Afrika Barat | |||||||
Benin | 112,620 | 8,791,832 | 2009 | 78 | Porto-Novo | ||
Burkina Faso | 274,200 | 15,746,232 | 2009 | 57 | Ouagadougou | ||
Cape Verde | 4,033 | 429,474 | 2009 | 107 | Praia | ||
Côte d'Ivoire | 322,460 | 20,617,068 | 2009 | 64 | Abidjan, Yamoussoukro | ||
Gambia | 11,300 | 1,782,893 | 2009 | 158 | Banjul | ||
Ghana | 239,460 | 23,832,495 | 2009 | 100 | Accra | ||
Guinea | 245,857 | 10,057,975 | 2009 | 41 | Conakry | ||
Guinea-Bissau | 36,120 | 1,533,964 | 2009 | 43 | Bissau | ||
Liberia | 111,370 | 3,441,790 | 2009 | 31 | Monrovia | ||
Mali | 1,240,000 | 12,666,987 | 2009 | 10 | Bamako | ||
Mauritania | 1,030,700 | 3,129,486 | 2009 | 3 | Nouakchott | ||
Niger | 1,267,000 | 15,306,252 | 2009 | 12 | Niamey | ||
Nigeria | 923,768 | 166,629,000 | 2012 | 180 | Abuja | ||
Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha (United Kingdom) |
420 | 7,728 | 2012 | 13 | Jamestown | ||
Senegal | 196,190 | 13,711,597 | 2009 | 70 | Dakar | ||
Sierra Leone | 71,740 | 6,440,053 | 2009 | 90 | Freetown | ||
Togo | 56,785 | 6,019,877 | 2009 | 106 | Lomé | ||
Jumlah | 30,368,609 | 1,001,320,281 | 2009 | 33 |
Agama
[sunting | sunting sumber]Bahasa
[sunting | sunting sumber]Menurut kebanyakan perkiraan, Afrika mempunyai lebih daripada seribu bahasa.[8] Kebanyakan daripada bahasa-bahasa ini ialah bahasa asli Afrika, tetapi ada juga yang berasal dari Eropah dan Asia. Ada empat kelompok bahasa utama yang berasal dari benua ini, iaitu:
- bahasa-bahasa Afro-Asia, sebuah kelompok bahasa yang terdiri dari sekitar 240 bahasa dan 285 juta penutur yang tersebar luas di sepanjang Afrika Utara, Afrika Timur, Sahel dan Asia Barat Daya;
- bahasa-bahasa Nil-Sahara terdiri dari lebih dari seratus bahasa yang dituturkan oleh 30 juta orang. Bahasa Nil-Sahara kebanyakannya ditutur di Chad, Sudan, Ethiopia, Uganda, Kenya, dan sebelah utara Tanzania;
- bahasa-bahasa Niger-Congo mencakupi kebanyakan dari Afrika Sub-Sahara dan kemungkinan adalah kelompok bahasa terbesar di dunia dari segi jumlah bahasa. Sejumlah besar daripada bahasa-bahasa ini ialah bahasa-bahasa Bantu yang digunakan di sebahagian besar Afrika Sub-Sahara;
- bahasa-bahasa Khoisan terdiri dari sekitar 50 bahasa dan dituturkan di sebelah selatan Afrika oleh sekitar 120,000 orang. Banyak bahasa Khoisan ialah bahasa yang terancam. Suku Khoi dan San dianggap sebagai penduduk asli di kawasan ini.
Selepas zaman penjajahan oleh pihak Eropah, negara-negara Afrika mengiktiraf bahasa-bahasa luar Afrika seperti bahasa Inggeris dan Perancis sebagai bahasa rasmi negara, meskipun sesetengah bahasa Afrika seperti bahasa Swahili dan Hausa juga memperoleh taraf ini di sesetengah negara.
Kebudayaan
[sunting | sunting sumber]Legenda Afrika
[sunting | sunting sumber]Afrika kaya dengan sejarah yang kebanyakannya tidak direkodkan. Ia kaya dengan mitos, ceritera pendek dan lagenda.
Sukan
[sunting | sunting sumber]53 negara Afrika mempunyai pasukan bola sepaknya di bawah Konfederasi Bola Sepak Afrika, manakal Cameroon, Nigeria, Senegal dan Ghana telah mara di peringkat kalah mati untuk Piala Dunia FIFA. Afrika Selatan akan menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Piala Dunia 2010, dan akan menjadi negara Afrika pertama menjadi tuan rumah.
Kriket juga merupakan sukan popular di sesetengah negara Afrika,dengan Selatan Afrika and Zimbabwe memegang status Test dan dengan Kenya yang menjadi pasukan yang mampu memberi saingan dalam One-Day International Kricket. Ketiga-tiga negara ini menjadi tuan rumah secara bersama untuk Pertandingan Kriket Piala Dunia 2003.
Ada sesetengah negara Afrika, terutamanya Habsyah, Kenya dan Morocco, telah melahirkan ramai pelari jarak jauh bertaraf dunia seperti Abebe Bikila dan Cosmas Ndeti.
Afrika Selatan telah menjadi tuan rumah dan seterusnya memenangi Piala Dunia Ragbi 1995 dan juga telah memenagi Piala Dunia Ragbi 2007.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
- ^ a b c "IMF (WEO April 2019 Edition) GDP nominal and PPP data – international dollar".
- ^ "Atlas – Xpeditions". National Geographic Society. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2009. Dicapai pada 1 March 2009.
- ^ Hoare, Ben. (2002) The Kingfisher A–Z Encyclopedia, Kingfisher Publications. p. 11. ISBN 0-7534-5569-2
- ^ "Africa: Environmental Atlas, 06/17/08." Diarkibkan 5 Januari 2012 di Wayback Machine African Studies Center, University of Pennsylvania. Accessed June 2011.
- ^ Mbeki, Thabo (9 July 2002). "Launch of the African Union, 9 July 2002: Address by the chairperson of the AU, President Thabo Mbeki". ABSA Stadium, Durban, South Africa: africa-union.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2009. Dicapai pada 8 February 2009.
- ^ "IDB: Countries Ranked by Population". 28 November 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 1999.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ "Africa". UNESCO. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 June 2008. Dicapai pada 1 March 2009.