Pemurnian bahasa atau purisme bahasa adalah amalan mengatur bahasa[1] secara menetapkan atau mengakui laras sesebuah bahasa sebagai bentuk yang lebih "murni", tulen atau yang memiliki mutu lebih tinggi daripada jenis-jenis lain yang sepuncanya. Pendekatan ini dilakukan badan-badan pengatur bahasa yang sering kali dikukuhkan peranan mereka dengan wewenang undang-undang hukum.[2]

"Ketidakmurnian" yang dilihat oleh pendokong fahaman inu bahasa dapat berupa perubahan kosa kata, pengacukan unsur tatabahasa, atau penggunaan kata pinjaman. Gagasan ini sering dikemukakan sebagai gagasan yang diperlukan untuk "melindungi" suatu bahasa dari "serangan" bahasa lain atau untuk "mempertahankan" Volksgeist nasional. Kadang-kadang purisme bahasa menjadi sebahagian daripada dasar bahasa dilaksanakan pemerintahan sesebuah negara terhadap bahasa tuturan dalam negara tersebut.

Langkah pemurnian bahasa datang dalam pelbagai aliran yang mandiri dan tidak saling berkaitan dari segi pendekatan atau tujuan.

  • Pemurnian merakyatkan (democratic purism): menjaga tahap kefahaman inti pati konsep atau pengetahuan baharu diungkapkan sesebuah bahasa dalam kalangan lingkungan penuturnya
  • Pemurnian menyatukan (unificatory purism): menyatukan lingkungan penutur sesebuah bahasa dalam sesebuah kawasan yang barangkali terpisah secara kepencaran dalam loghat-loghat setempat yang berbeza
  • Pemurnian mempertahankan (defensive purism): memelihara atau menepis daripada unsur luaran yang menimpa sesebuah bahasa dilihatkan mampu meleraikan hubungan atau kesalingfahaman antara laras bahasa tuturan semasa dengan laras-laras lama yang wujud sama ada dari generasi terdahulu atau entiti rangkuman supranasional.

Pendekatan

sunting
  • Pemurnian arkaik (archaic purism), percubaan membangkitkan suatu laras bahasa yang dianggap "adiluhur" atau sebati persuratan lama.
  • Pemurnian etnografik (ethnographic purism), sering kali didasarkan cerita rakyat. Contoh: Nynorsk (bahasa Norway Baru), beberapa bentuk bahasa Yunani Demotik
  • Pemurnian elitis (elitist purism), terkait dengan ragam bahasa yang dituturkan oleh suatu kelompok elit misalnya laras bahasa yang diwujudkan dalam bidang kehakiman.
  • Pemurnian membaharu semula (reformist purism), menghapuskan ikatan dengan bahasa masa lalu contohnya penghapusan kata-kata serapan Parsi dan Arab dalam laras bahasa Turki yang wujud pada zaman kerajaan Uthmaniyah dalam pembentukan bahasa Turki Moden dilakukan Mustafa Kemal Atatürk
  • Pemurnian patriotik (patriotic purism): penghapusan penuh segala unsur asing.

Rujukan

sunting
  1. ^ Veisbergs (2010), m/s. 15
  2. ^ Thomas (1991), m/s. 108
Sumber utama
  • Thomas, George (1991). Linguistic Purism. Studies in Language and Linguistics. Longman. ISBN 9780582037427.
  • Veisbergs, Andrejs (2010). "Development of the Latvian Language, Purism and Prescriptivism". Linguistic Studies in Latvia (PDF) (dalam bahasa Inggeris). 18. University of Latvia.CS1 maint: ref=harv (link)