Hari Akhirat

(Dilencongkan daripada Akhirat)

Hari Akhirat (Arab: اليوم الآخرة; Jawi: هاري اخيرة) merupakan hari manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup dalam agama Islam. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat.

Eskatologi Islam
Portal Islam

Kepercayaan kepada hari akhirat adalah merupakan kepercayaan asas kepada agama yang berasal dari Ibrahim atau agama samawi iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam.

Pernyataan mengenai peristiwa hari akhirat sering diulang dalam beberapa ayat dalam al-Quran sebanyak 115 kali,[1] yang menceritakan tentang Yawm al-Qiyâmah dan akhirat juga merupakan bahagian penting dalam eskatologi Islam.

Menurut kepercayaan Islam, Allah akan memainkan peranan sebagai qadi, menimbang perbuatan setiap individu. Dia akan memutuskan sama ada di Akhirat orang itu berada di Jahannam (Neraka) atau Jannah (Syurga) berdasarkan berat sama ada perbuatan baik atau buruk jika dibandingkan antara satu sama lain. Penghakiman tidak bergantung pada jumlah perbuatan, perbuatan dinilai berdasarkan niat di belakangnya.

Syurga dan Neraka kedua-duanya mempunyai pelbagai peringkat. Penempatan seseorang mungkin bergantung pada sejauh mana perbuatan baiknya.

Rukun iman

sunting

Akhirat juga termasuk sebagai salah satu rukun iman, yaitu:

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada malaikat
  3. Percaya kepada kitab
  4. Percaya kepada nabi dan rasul
  5. Percaya kepada hari akhirat
  6. Percaya kepada qada dan qadar


Etimologi

sunting

Asal perkataan âkhirah (آخِرَة) adalah al-âkhir (الآخِر) yang bermaksud kebalikan dari al-awwal (الأوَّل) atau “yang terdahulu”. Perkataan ini juga bermaksud "akhir dari sesuatu",[2] yang biasanya merujuk pada jangka masa.[3]

Penggunaan perkataan âkhirah dalam al-Quran merujuk kepada definisi alam yang akan berlaku selepas berakhirnya alam dunia. Dengan kata lain, perkataan âkhirah adalah antonim dari perkataan dunia (misalnya, dalam al-Baqarah 2: 201 dan Ali 'Imran 3: 152). Sejajar dengan makna asal perkataan âkhirah, al-Quran juga menggunakan kata al-ûla (الأُوْلَى yang pertama) untuk menunjukkan makna dunia.[4][5][6]

Fasa akhirat

sunting

Dalam aqidah Islam, dikatakan bahawa kematian bukanlah akhir dari segalanya, melainkan permulaan kehidupan baru menuju akhirat.[7]

Perhentian akhirat

sunting

Di akhirat, seluruh manusia akan dihimpunkan dari satu tempat ke tempat yang lain, sebelum akhirnya mereka sampai ditempat terakhir, iaitu Syurga atau Neraka. Tidak ada tempat lain selain 2 tempat ini.

Bagi mereka yang belum dapat masuk ke Neraka atau Syurga. Mereka akan ditempatkan di Al-Arf iaitu tempat yang tinggi di antara Syurga dan Neraka.

(Rujuk di surah Al-Arf:46-49)


Catatan Kaki

sunting
  1. ^ "Kata âkhirah (آخِرَة) disebut 115 kali di dalam al-Quran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-26. Dicapai pada 2020-12-28.
  2. ^ Surah Yûnus 10:10
  3. ^ Surah Al-Hadîd 57:3.
  4. ^ Surah An-Najm 53:25,
  5. ^ Surah Al-Lail 92:13
  6. ^ Surah Adh-Dhuhâ 93:4.
  7. ^ "Kubur adalah tempat turun pertama dalam menuju ke alam akhirat. Siapa selamat di situ, maka alam-alam selepas itu lagi senang buatnya. Siapa dalam kubur tidak selamat, maka alam-alam lain akan lebih teruk.” Hadis riwayat Imam Tirmidzi

Lihat juga

sunting