Kirâman Kâtibîn (Arab: كراماً كاتبين) merupakan dua malaikat yang terletak di bahu kanan dan kiri setiap makhluk-Nya. Menurut syariat Islam, jika ada seseorang yang melakukan amal (perbuatan) yang lebih dominan, maka ia akan dihantar berdasarkan perbuatan semasa hidupnya di dunia, sama ada ke Jannah atau Jahannam. Para malaikat ini termasuk dalam golongan Hafazhah (Para Penjaga).

Eskatologi Islam
Portal Islam

Kirâman Kâtibîn dalam Al Qur'an

sunting

Tiada penjelasan lebih lanjut bahawa apakah nama-nama malaikat itu bernama Raqib dan Atid, yang dikenal sebagai Kirâman Kâtibîn. Pada akhir solat, umat muslim beraliran sunni selalu menghormati para malaikat ini.[1]

Kedua-dua malaikat ini disebutkan dalam Al Quran pada surah Qaaf, Al Infithaar dan Az-Zukhruf, yang berbunyi:

Gerak-geri manusia dan perkataannya dicatat oleh para malaikat dalam Al Quran Qaaf 50:"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya", "(iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri". "Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. (Qaaf 16 - 18.)

Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu)", "Yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu). (Al Infithaar 10 - 11)

"Apakah mereka mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka." (Az-Zukhruf: 80)

Kitab amal manusia dan jin di Mahsyar

sunting

Kedua malaikat ini terkenal juga sebagai "Pencatat Yang Mulia", mereka menjadi saksi dan telah menuliskan kitab amal manusia dan jin, kitab amal akan berterbangan dari 'Arsy kearah leher tiap-tiap makhluk pada "Hari Penghakiman" di Mahsyar. Sesuai dengan surah Qaaf ayat 21, iaitu:

Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama dengan dia seorang malaikat penggiring dan seorang malaikat penyaksi. (Qaaf 21)

Konsep ini hampir sama dengan ajaran agama Kristian, iaitu tentang malaikat penjaga, walaupun konsep ini sedikit berbeza, lebih pro-aktif dan lebih berusaha keras untuk menjaga makhluk dalam tugasnya. Sedangkan Qarin adalah menjadi syaitan pembangkang dalam ajaran Islam.

Lima malaikat bersama manusia

sunting

Dalam riwayat yang lain dijelaskan, terdapat lima malaikat yang menyertai manusia, iaitu:

  • Dua malaikat menjaga pada malam hari,
  • Dua malaikat menjaga pada siang hari, dan
  • Satu malaikat yang tidak pernah berpisah dengannya.

Hal tersebut dijelaskan dengan firman Allah yang artinya:

Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang bergantian (menjaganya), dimuka dan dibelakangnya." (Qs. Ar-Ra'd: 11)

Yang dimaksudkan malaikat yang bergantian iaitu malaikat malam dan siang yang melindunginya dari syaitan dari golongan jin dan manusia. Kedua-dua malaikat menulis amal kebaikan dan kejelekan diantara kedua bahunya, lidahnya sebagai pena, mulutnya sebagai tempat tinta dan ludahnya sebagai tinta, keduanya menulis amal manusia sehingga datangnya hari kematiannya.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Rangkaian

sunting

Pautan luar

sunting