RUU Persendirian bukti kerjasama Umno-Pas
KUALA LUMPUR - Tindakan kerajaan yang memberi laluan kepada Rang
Undang-undang (RUU) Persendirian pindaan kuasa Mahkamah Syariah
dibentangkan ke Dewan Rakyat merupakan bentuk kerjasama yang dinantikan
oleh Pas.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata,
kerjasama itu demi kebaikan dan kepentingan bersama sangat dialu-alukan
Pas meskipun ia datang daripada parti pembangkang yang lain.
"Inilah contoh kerjasama yang Pas maksudkan, kita berterima kasih
kepada speaker, dan pihak kerajaan, yang berani untuk kali pertama
membenarkan usul pindaan persendirian ini dibentangkan.
"Cuma ada orang lihat semua kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh.
Walaupun tak bersama dengan kita, tapi yang baik daripada Pakatan
Harapan, adalah sama seperti kita," katanya kepada pemberita di lobi
Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bahawa
tindakan kerajaan yang mendahulukan RUU itu sebagai bukti kerjasama Umno
dan Pas untuk tujuan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar
dan Kuala Kangsar, pada 18 Jun ini.
Mengulas lanjut, Ketua Pemuda Pas itu juga enggan melayan dakwaan
sebarang dakwaan mengatakan RUU itu untuk kepentingan politik.
Sebaliknya Nik Mohamad Abduh menegaskan, Pas sentiasa menjelaskan
kepada rakyat tentang perjuangan mereka dan dasar Islam yang dibawa
parti Islam itu untuk kesatuan dan kesejahteraan Malaysia.
"Bagi saya, yang menentang itu, dia tak banyak tahu mengenai hukum Islam, mereka nampak hukum Islam akan menyusahkan manusia.
"Kita akan buktikan bahawa meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah
ini, termasuk dalam kerja-kerja agama, yang tujuannya satu, untuk
manfaat manusia," jelasnya.
Ditanya tentang kempen penerangan RUU akan dibawa dalam PRK akan
datang, beliau berkata Pas akan terus beri penjelasan kepada rakyat.
"Kita akan bawa perkara ini dalam PRK. Umno mungkin akan bawa juga, kita pun akan bawa, dan semua pun berhak nak bawa.
"Ini peluang kita dalam PRK nanti, paling tidak rakyat Sungai Besar dan
Kuala Kangsar, akan lebih awal mendapat penjelasan, berbanding kawasan
lain," ujarnya.
Beliau turut berkeyakinan bahawa usul itu akan mendapat sokongan
daripada semua ahli Parlimen Islam apabila dibahaskan pada sesi Dewan
Rakyat akan datang.
"Sudah pasti (dapat sokongan) saya bukan minta, bahkan bahawa semua
ahli Parlimen Islam akan sokong semua (termasuk Amanah dan PKR).
"Saya harap kalau ada yang bukan Islam sokong, itu lagi baik," katanya lagi.
3 orang berkata:
Nape tak bentang? Malah minta tangguh. Sepatutnya telah bersedia, atau baru nak buat kertas kerja walau telah setahun dicanang.
Oleh kerana ada pertanyaan kenapa ditangguhkan ke Oktober, aku nak jwb atas kapasiti aku sbg bukan seorg ahli parlimen..
Pada sesiapa yg dah tgk video usul tu pasti dpt melihat AP DAP jelas menyatakan mereka tak sempat meneliti usul berkenaan wpun sebenarnya ini adalah kali ketiga cuba hendak dibentangkan.. di sini kita dapat melihat tingginya keperibadian TGHA yg mengambil kira faktor tak sempatnya AP DAP berkenaan.. mereka kini mempunyai masa yg panjang sehingga Oktober utk buat persiapan membahas nanti..
Faham ke tak ni? Aku harap faham lah ye? Bimbang AP DAP nanti lebih faham dari penyokong2 atau khodam DAP sendiri!
chaussure louboutin
reebok shoes
true religion outlet
hollister shirts
ferragamo shoes
cheap jordans
ferragamo shoes
longchamp handbags
ray ban sunglasses
rolex watches
ugg boots clearance
swarovski outlet
pandora outlet
christian louboutin online
louis vuitton handbags outlet
michael kors outlet clearance
cheap oakley sunglasses
coach outlet
nike air max 90
rolex watches for sale
instyler ionic styler
uggs on sale
cheap nhl jerseys
cheap replica watches
fred perry polo shirts
ugg outlet
michael kors uk outlet
michael kors factory outlet
lacoste shirts
adidas outlet
nba jerseys
new balance outlet
michael kors handbags
mulberry bags
prada shoes
ralph lauren outlet
ugg boots
0812jianxiang
Post a Comment