
PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL (PSI) telah dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Almarhum Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim D.K., S.P.M.J., D.M.N., D.K. (Brunei) pada 29 Oktober 1964. Bangunan Perpustakaan dua tingkat berbumbung bentuk Minangkabau yang terletak di Jalan Dato Onn bersebelahan dengan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Mulai bulan Ogos 1964 warga kota Johor Bahru mula mendapat perkhidmatan perpustakaan yang ditadbirkan oleh Majlis Bandaran Johor Bahru.
Sejak ditubuhkan, PSI sentiasa berkembang pesat dan mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat setempat. Bangunan sediada di Jalan Dato Onn tidak dapat menampung pertambahan koleksi dan juga pertambahan ahli dan pengguna PSI. Untuk mengatasi masalah tersebut, Pentadbiran PSI telah memajukan permohonan ke Pengurusan Majlis untuk membina sebuah bangunan baru.
Bangunan PSI yang baru telah dibina di Jalan Datin Halimah bersebelahan Institut Perguruan Temenggong Ibrahim. Bangunan baru tiga tingkat ini lebih besar dan selesa serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengguna PSI. Perkhidmatan perpustakaan dibangunan baru ini telah dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 1988 dan terus berkhidmat dan berkembang hingga kini. Selain Perpustakaan Pusat, PSI juga mempunyai perkhidmatan Pustaka Bergerak dan juga Perpustakaan Cawangan serta menjalankan Program Pinjaman Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Ahad, Isnin, Rabu, Khamis & Sabtu
9.00 pagi - 6.00 petang
|
|
Selasa
9.00 pagi - 10.00 malam
|
|
Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tengahari
|
|
Tutup
Hari kelepasan Am, Sabtu Minggu Pertama, Ketiga & Kelima
|
|
|