Pergi ke kandungan

Zeti Akhtar Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ungku Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz
Pengerusi
Permodalan Nasional Berhad
ke-4
Dalam jawatan
1 Julai 2018 – 30 April 2021
Didahului olehAbdul Wahid Omar
Digantikan olehArifin Zakaria
Ahli Majlis Penasihat Kerajaan
Dalam jawatan
12 Mei 2018 – 29 Februari 2020
Gabenor Bank Negara Malaysia
Dalam jawatan
1 Mei 2000 – 28 April 2016
Didahului olehAli Abul Hassan Sulaiman
Digantikan olehMuhammad Ibrahim
Maklumat peribadi
LahirUngku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz
(1947-08-27) 27 Ogos 1947 (umur 77)
Johor Bahru, Johor, Malayan Union (kini Malaysia)
PasanganDato' Dr. Tawfiq Ayman
AnakAlif Ayman
Aziz Ayman
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
Tempat belajarUniversiti Malaya
Universiti Pennsylvania
Laman webBank Negara Malaysia

Tan Sri Datin Paduka Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (lahir 27 Ogos 1947) merupakan anak kepada Almarhum Profesor Diraja Dr. Haji Ungku Abdul Aziz dan Allahyarhamah Sharifah Azah Aziz, ialah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.

Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor[1][2] dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.[3][4]

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.

Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.[5]

Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang cahaya mata, iaitu Alif dan Aziz Ayman. Bapa beliau ialah Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid manakala ibu beliau ialah Sharifah Azah Mohamed Alsagoff.

Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia

[sunting | sunting sumber]

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah Ketua Bank Pusat Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah).[6]

Darjah Kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Kehormatan Malaysia

[sunting | sunting sumber]

Kehormatan Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Syed Muhammad Naquib al-Attas Diarkibkan Januari 14, 2011, di Wayback Machine, MSA Library Online
  2. ^ Taking root, branching out, DZIREENA MAHADZIR, April 1, 2007, The Star (Malaysia)
  3. ^ "Finance's female face". TMCnet.com. 29 Disember 2005.
  4. ^ "The world's successful diasporas". managementtoday.com. 3 April 2007.
  5. ^ "Zeti dilantik semula Gabenor Bank Negara", Malaysiakini.com, 20 April 2011
  6. ^ Zeti Dipilih Antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia
  7. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2001" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-05-28. Dicapai pada 2020-12-26.
  8. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 26 Disember 2020.
  9. ^ "Celebration of Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz's award of The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star". Embassy of Japan in Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 27 April 2018. Dicapai pada 10 Mac 2021.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

{{Gabenor