Pergi ke kandungan

Yusuf Mansur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yusuf Mansur
Kelahiran
Jam’an Nurchotib Mansur

(1976-12-19) 19 Disember 1976 (umur 47)
WarganegaraIndonesia
Nama lainH. Yusuf Mansur
Pusat pendidikanUIN Syarif Hidayatullah
Universiti Trisakti
Pekerjaan
PasanganSiti Maemunah
Anak-anak5
Ibu bapaAbdurrahman Mimbar (ayah)
Humrif'ah (ibu)
KeluargaK. H. Muhammad Mansur (datuk besar)

Dr. H. Jam'an Nurchotib Mansur, S.H.I., M.E. yang lebih dikenal oleh khalayak awam sebagai Yusuf Mansur (lahir di Jakarta, 19 Disember 1976; umur 47 tahun) ialah ialah seorang usahawan Paytren dari Jakarta, pimpinan pesantren Daarul Qur'an Ketapang di Tangerang, pemimpin pengajian Wisata Hati, Timbalan Ketua Umum Bidang Ekonomi Ummat dan Syariah Parti Perindo, dan pemilik 10% stok kepemilikan kelab bola sepak Poland, Lechia Gdańsk.[1][2][3]

Mansur muda memulakan kerjaya niaga pada tahun 1996 semasa menjadi pelajar tinggi dengan membuka sebuah kedai komputer, tetapi beliau dihukum oleh sebuah kes dan dipenjara sekitar tahun 1998–1999.[4][5] Tidak lama selepas bebas dari penjara, Mansur berkahwin dengan Siti Maemunah dan pada 2003 bisnis beliau terbangun dengan cepat selepas penubuhan Program Pembibitan Penghafal Al-Qur’an (PPPA) di Pondok Pesantren Daarul Qur’an Bulak Santri, Karang Tengah, Tangerang.[6][7]

Pada tarikh 10 Julai 2013, Mansur menubuhkan syarikat yang bernama PT Veritra Sentosa Internasional, tetapi syarikat yang beroperasi di bahagian pelaburan itu baru teregistrasi sebagai Penyelenggara Jasa Sistem Pembayaran (organisasi rasmi yang diiktiraf Indonesia) pada 2018.[8] Syarikatnya itu mulai menaja salah satu kelab Poland yang menyertai Ekstraklasa bernama Lechia Gdańsk dan membeli 10% daripada kepemilikan kelab.

Pada 8 Mei 2024, Otoritas Jasa Keuangan (pengawas kewangan) Indonesia berazam bahawa Paytren sudah tidak mempunyai izin untuk melanjutkan operasi mereka dan harus bersurai.

  1. ^ Muslim leaders join call for peaceful poll. Haeril Halim and Fachrul Sidiq, The Jakarta Post. Retrieved October 19, 2017.
  2. ^ Nadzib, Abu (2021-12-25WIB01:02:59+00:00). "Dari Jam'an Nurchotib Mansur Berubah Jadi Yusuf Mansur, Ini Kisahnya". Solopos.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-04-06. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ https://kumparan.com/kumparannews/ustaz-yusuf-mansur-gabung-perindo-jadi-wakil-ketua-umum-20ExmtyIzQ0
  4. ^ "Ustaz Yusuf Mansur Akui Pernah 2 Kali Dipenjara |Republika Online". Republika Online (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-08-04.
  5. ^ Mansur, Ustadz Yusuf (2014-12-21). Mencari Tuhan Yang Hilang: Sumber Elektronis Volume 1 (dalam bahasa Indonesia). Buku Yusuf Mansur. ISBN 978-602-70371-0-6.
  6. ^ "SEDEKAH, ZAKAT, WAKAF, INFAQ, MUZAKI, MUSTAHIK, DONASI, PENDIDIKAN, PENGHAFAL, ALQURAN, TAHSIN, TAHFIDZ, TALAQI, TAFSIR, SANTRI, PENGAJAR, Tentang PPPA Daarul Quran". PPPA Daarul Qur'an (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-08-04.
  7. ^ "Berawal dari Bulak Santri". Republika Online (dalam bahasa Indonesia). 2015-03-29. Dicapai pada 2022-08-04.
  8. ^ "Sejarah Paytren, Cita-Cita IPO Yusuf Mansur, dan Divestasi Aset Manajemen | Market". Bisnis.com (dalam bahasa Indonesia). 2022-04-13. Dicapai pada 2022-04-13.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]