Pergi ke kandungan

Wulfenit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wulfenit

Wulfenit dari Mexico
Maklumat am
KategoriMineral molibdat
Formula kimiaPbMoO4
Pengecaman
WarnaKuning jingga, kuning, kuning madu, jingga kemerah-merahan, jarang tanpa warna, kelabu, perang, hijau zaitun dan juga hitam
Tabii hablurBerjadual nipis hingga berbentuk piramid
Sistem hablurSegi empat
PengembaranKembar pada [001] am
PembelahanPada {011}, jelas; pada {001}, {013}, kabur
FrakturTidak nalar terhadap sub-konkoidal
Kekerasan skala Mohs2.75 - 3
KilauAdamantin, berdamar
Indeks biasannω = 2.405 nε = 2.283
Sifat-sifat optikEkapaksi (-), mungkin dwipaksi secara beranomali
Dwibiasanδ = 0.122
PleokroismeLemah; jingga dan kuning
Pendarfluor ultraungguTiada
GurisPutih
Graviti tentu6.5-7.0
Diafaneiti Lutsinar hingga legap
Ciri-ciri lainSpesimen mungkin piezoelektrik

Wulfenit (Jawi: وولفنيت) ialah sejenis mineral molibdat plumbum dengan formula PbMoO4. Mineral ini boleh paling kerap dijumapi sebagai hablur berjadual nipis dengan warna dewangga cerah hingga jingga kuning, kadang-kadang perang, tetapi warnaya boleh agak berubah-ubah. Dalam bentuk kuningnya mineral ini kadang-kadang dipanggil "bijih plumbum kuning."

Wulfenit menghablur dalam sistem segi empat, kerap terjadi sebagai hablur piramid atau berjadual yang kontot. Mineral ini juga terjadi sebagai jisim kebumian dan berbutir. Mineral ini juga dijumpai dalam banyak ketempatan, berhubung kait dengan bijih plumbum sebagai mineral sekunder berhubung kait dengan zon teroksida mendapan plumbum. Wulfenit juga merupakan bijih sekunder molibdenum, dan dicari-cari oleh pemungut.

Penemuan dan keterjadian

[sunting | sunting sumber]

Wulfenit pertama kali digambarkan pada 1845 kerana satu keterjadian di Bad Bleiberg, Carinthia, Austria.[1] Wulfenit dinamai sempena Franz Xavier von Wulfen (1728–1805), seorang ahli mineralogi Austria.[2]

Wulfenit terjadi sebagai mineral sekunder di dalam mendapan plumbum hidroterma teroksida. Mineral ini terjadi dengan serusit, anglesit, smitsonit, hemimorfit, vanadinit, piromorfit, mimetit, deskloizit, platnerit dan pelbagai besi dan mangan oksida.[2]

Satu ketempatan ketara kerana wulfenit ialah Lombong Red Cloud di Arizona. Hablur berwarna merah dalam dan biasanya terbentuk dengan sangat baik. Ketempatan Los Lamentos di Mexico menghasilkan hablur jingga berjadual sangat tebal.

Satu lagi ketempatan ialah Gunung Peca di Slovenia. Hanlurnya kuning, kerap dengan piramid dan dwipiramid terbina dengan baik. Pada 1997, hablurnya digambarkan pada sekeping setem oleh Pošta Slovenije.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Mindat
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Handbook
  3. ^ Gašperšič, Primož. "Rudnik svinca in cinka v Mežici". Enciklopedija naravne in kulturne dediščine na Slovenskem – DEDI (dalam bahasa Slovenia). Dicapai pada 12 Mac 2012. Unknown parameter |editors= ignored (bantuan); Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)