Unsur (matematik)
Unsur dalam suatu set matematik merujuk kepada objek-objek matematik tertentu yang termasuk atau tergolong dalam satu set.
Set
[sunting | sunting sumber]Penulisan A = {1, 2, 3, 4} bererti bahawa unsur-unsur set A ialah nombor 1, 2, 3 dan 4. Unsur-unsur A boleh dikelompokkan, seperti {1, 2}, dan dipanggil sebagai subset kepada A.
Satu set itu sendiri boleh menjadi unsur. Misalnya, ada set B = {1, 2, {3, 4}}. Unsur-unsur B bukan 1, 2, 3, dan 4. Akan tetapi, hanya ada tiga unsur B, iaitu nombor 1 dan 2, dan (sub)set {3, 4}.
Unsur-unsur set dapat berupa apa sahaja. Misalnya, C = { merah, hijau, biru }, ialah set dengan unsurnya ialah warna merah, hijau dan biru.
Notasi
[sunting | sunting sumber]Elemen dinyatakan melalui simbol "∈", yang mengartikan "unsur daripada".[1] Sebagai contoh, bermaksud "x merupakan unsur dari A". Ini juga bermaksud "x merupakan anggota dari A". Negasi daripada simbol tersebut diwakili dengan "∉". Ketika menulis , maka ertinya ialah "x bukan unsur bagi A".
Contoh
[sunting | sunting sumber]Dengan set-set di atas, iaitu A = {1, 2, 3, 4 }, B = {1, 2, {3, 4}} dan C = { merah, hijau, biru }:
- 2 ∈ A
- {3,4} ∈ B
- {3,4} ialah anggota B
- Kuning ∉ C
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Agustianti, Rifka; Nuryami; Fajriah, Nurul Ainun; Nasruddin; Nay, Flori Aloysius; Mahmud, Ramlan; Kumanireng, Lusia Bince; Yanuarto, Wanda Nugroho; Faelasofi, Rahma (2022-06-08). Filsafat Pendidikan Matematika (dalam bahasa Indonesia). Get Press. m/s. 81. ISBN 978-623-5383-22-4.
Pustaka tambahan
[sunting | sunting sumber]- Halmos, Paul R. (1974) [1960], Naive Set Theory, Undergraduate Texts in Mathematics (ed. Hardcover), NY: Springer-Verlag, ISBN 0-387-90092-6 - "Naive" means that it is not fully axiomatized, not that it is silly or easy (Halmos's treatment is neither).
- Jech, Thomas (2002), "Set Theory", Stanford Encyclopedia of Philosophy
- Suppes, Patrick (1972) [1960], Axiomatic Set Theory, NY: Dover Publications, Inc., ISBN 0-486-61630-4 - Both the notion of set (a collection of members), membership or element-hood, the axiom of extension, the axiom of separation, and the union axiom (Suppes calls it the sum axiom) are needed for a more thorough understanding of "set element".
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Eric W. Weisstein, Element di MathWorld.